20 May 20XX
“Jiyeon”
Aku menoleh ke
arah suara tersebut. Tangan meraba mencari sesuatu yang penting. Sudah menjadi
rutin setiap petang omma menjemput aku pulang dari taman. Aku tersenyum
mendengar suara tersebut.
“Dah lama omma
sampai?”
“Tak lah lama
sangat. Tapi tengok kamu termenung tak sampai hati nak kacau kamu”
Aku hanya
tersenyum tipis. Kenangan itu kembali menerjah fikiran. Kepala kembali terasa
sakit. Kerana tidak mahu menunjukkan kesakitan di depan omma, aku hanya menahannya.
Omma membantu aku untuk bangkit dari bangku dan menghulurkan tongkat.
“Kamu tak penat
setiap petang datang ke taman ni?”
“Tempat ni adalah
satu-satunya kenangan Jiyeon dengan oppa. Kalau Jiyeon tak pergi, nanti oppa
mesti ingat Jiyeon dah lupakan dia. Betul tak omma?”
“Tapi sampai bila
kamu nak jadi macam ni sayang. Oppa dah lama tak ada. Kamu kena relakan
pemergian oppa kamu Jiyeon”
“Bukan senang
omma. Omma tak rasa apa yang Jiyeon lalui”
“Jiyeon, oppa kamu
itu satu-satunya anak lelaki omma. Ibu mana yang tak terasa dengan peninggalan
anak sendiri. Tapi omma kuat laluinya. Omma relakan pemergian dia. Kamu juga
kena relakan”
“Kejadian tu
berlaku depan mata Jiyeon. Depan mata Jiyeon omma! Jiyeon nampak semuanya.
Jiyeon nampak oppa pergi. Jiyeon nampak oppa terseksa. Jiyeon nampak oppa
senyum buat kali terakhir, omma. Dan Jiyeon dengar perkataan terakhir yang oppa
cakap. Oppa cakap dia sayang Jiyeon! Tapi kenapa dia tinggalkan Jiyeon omma!
Omma jawablah!”
“Oppa tinggalkan
kamu bukan nak tengok kamu menderita macam ni sayang. Oppa nak tengok kamu
kuat. Jangan selalu sedih dan selalu ingat pada dia. Tapi kamu kena relakan
dia. Kamu rasa oppa gembira lihat kamu macam ni. Hah Jiyeon! Jawab omma
Jiyeon!”
Hanya airmata yang
mengalir ketika itu. Tidak dapat ditahan lara di hati ini. Aku terlalu rindu
segalanya tentang oppa. Dia berkorban untuk aku. Segalanya sehingga nyawa dia
sendiri turut dikorbankan. Aku mengesat airmata dan berjanji untuk tidak
menjadi seorang yang lemah lagi. Aku ingin menjadi seorang yang kuat seperti
yang diinginkan oppa. Ya aku janji!
“Kalau macam tu,
Jiyeon nak jadi orang yang kuatlah omma. Tak nak nangis lagi. Nanti kalau oppa
nampak, dia mesti marah Jiyeon”
Omma hanya berdehem
tanda mengiyakan. Aku hanya berdiri sambil tangan mengenggam erat patung
peninggalan oppa.
“Jiyeon, nanti kalau oppa dah tak ada tolong
tengokkan omma dan appa baik-baik ye. Then ni oppa bagi hadiah untuk Jiyeon
sebab berkelakuan baik. Oppa nak Jiyeon tahu satu perkara je”
“Apa dia oppa?”
“Oppa sentiasa sayangkan Jiyeon. Kalau oppa
dah tak ada suatu hari nanti, jangan lupa oppa tau”
Airmata yang mengalir di pipi segera dikesat
menggunakan hujung jari kerana janji yang telah diberikan. Kaki melangkah berat
meninggalkan tempat tersebut. Tapi hati sempat terdetik sesuatu.
“Oppa, esok Jiyeon
datang lagi jenguk oppa ye. Tunggu Jiyeon tau”
7 Sept 20XX
“Buk”
Aku terkejut
mendengar seperti sesuatu terjatuh dalam bilik aku. Aku meraba sekeliling untuk
mencari tongkat. Malangnya aku tak jumpa. Aku buntu seketika dan jantung
berdegup dengan agak laju. Tetapi suaranya sedikit melegakan aku.
“Maaf cik muda.
Saya ni orang baru dalam rumah ni. Mulai hari ni saya akan jadi butler cik
muda”
“Oh ye, tak apa.
Tapi lain kali kalau nak masuk bilik saya jangan lupa ketuk dulu ye. Maklumlah
keadaan saya macam ni”
“Oh maafkan saya.
Maafkan saya. Oh lupa saya nak perkenalkan diri. Choneun Kim Myungsoo imnida”
“Choneun Park
Jiyeon imnida. Dan, tak payah panggil saya cik muda lah. Rasa kekok pulak bila
orang yang sebaya dengan saya panggil cik muda”
“Tapi saya still
orang gaji cik muda. Nanti apa pula cik puan kata kalau saya panggil cik muda
dengan gelaran Jiyeon je”
“Ish tak apalah.
Anggap je saya ni kawan awak. Lagipun seumur hidup saya, saya tak punyai kawan”
aku tersenyum kelat.
“Baiklah kalau itu
yang cik muda nak. Oh maaf Jiyeon”
“Mulai hari ni,
awak jadi kawan baik saya ye. Temankan kemana je saya nak pergi. Boleh?”
“Apa pulak tak
boleh. Myungsoo akan berada disisi Jiyeon 24/7 sampai Jiyeon bosan tengok muka
Myungsoo”
“Tak apa, Jiyeon tak akan bosan. Lagipun Jiyeon kan tak
boleh melihat jadi Jiyeon tak adalah menyampah kalau Myungsoo ada dengan Jiyeon
selalu”
Suasana diam
seketika. Myungsoo tidak mengeluarkan sebarang bunyi apa lagi perkataan. Aishh
dia ni, kalau nak pergi bukan nak beritahu. Kan aku dah macam syok sendiri
cakap sorang-sorang. Buat malu aku je. Tulah kau Jiyeon, entah apa yang kau
bebelkan sampai orang bosan nak dengar kau cakap. Aku berseloroh sendirian
sambil tangan meraba-raba sekeliling mencari Myungsoo sehinggalah aku terpegang
sesuatu. Aku tergamam seketika kerana Myungsoo mengenggam tangan aku dengan
begitu erat.
“Maafkan Myungsoo.
Myungsoo tak sengaja cakap macam tu. Bukan itu yang Myungsoo maksudkan. Sorry
kalau Jiyeon tersinggung dengan kata-kata Myungsoo”
“Aneyo, janganlah
fikir macam tu. It’s okay lah. Jiyeon dah terbiasa dah. Orang selalu anggap
yang Jiyeon ni boleh nampak. Kadang-kadang Jiyeon pun aneh, dieorang yang buta
ke Jiyeon yang buta. Haha”
“Jiyeon tak sedih
bila orang selalu anggap yang Jiyeon boleh melihat. Jiyeon tak rasa macam nak
lihat keadaan sekeliling?”
“Tipulah kalau
Jiyeon kata Jiyeon tak nak tengok dunia. Tapi omma cakap jangan tamak dengan
apa yang ada. Jadi Jiyeon selalu percaya, Tuhan mesti berikan hikmah disebalik
keadaan Jiyeon sekarang ni. Mungkin Tuhan nak Jiyeon hargai segala apa yang
Jiyeon ada sekarang ni”
“Jiyeon tak penat
ke dengan keadaan Jiyeon sekarang ni? Maaflah kalau Jiyeon rasa Myungsoo ni
banyak tanya”
“Tak apalah
Myungsoo. It’s okay. Kadang-kadang tu memanglah penat sampai ada satu masa rasa
macam nak putus asa. Tapi kalau fikir balik, 10 tahun Jiyeon macam ni takkan
sebab penat sedikit Jiyeon nak mengalah kan. Entahlah Myungsoo, mungkin sebab
dah terbiasa dengan keadaan gelap macam ni sampai Jiyeon sendiri rasa Jiyeon
dah lupa apa itu yang dimaksudkan dengan WARNA”
“Tak apa Jiyeon.
Mulai hari ni Myungsoo akan jadi mata untuk Jiyeon. Jadi Jiyeon tak adalah
susah nanti sebab dah ada mata yang kacak macam Myungsoo ni”
“Haha, tak payah
perasan sangatlah Myungsoo. Ni yang buat Jiyeon nak tengok Myungsoo ni. Kacak
sangat ke sampai Myungsoo bangga-banggakan. Eh lupa lagi, haha. Tak adalah memain
je pun”
“Nak tahu ye macam
mana muka Myungsoo. Hah mari sini”
Kedua tanganku
ditarik oleh Myungsoo dan diletakkan di suatu permukaan. Aku seperti merasakan
sesuatu. Aku mengusap perlahan-perlahan. Bermula dari rambutnya yang begitu
lembut, keningnya yang agak lebat, matanya yang sedikit sepet, hidungya yang
agak mancung dan bibirnya yang kecil cukup untuk aku membayangkan betapa
kacaknya muka Myungsoo. Hati terdetik untuk melihat rupanya tapi cukuplah
sekadar aku dapat menyentuhnya. Jangan tamak wahai Jiyeon.
“Hah macam mana?
Dah tahu rupa saya macam mana kan. Kacak kan?”
“Emm boleh
tahanlah. Jangan perasan lah Myungsoo. Oh please”
“Alah tak nak
mengaku pulak. Ni baru dapat rasa muka Myungsoo, belum lagi dapat tengok. Kalau
tengok mesti Jiyeon terus jatuh hati dengan Myungsoo kan”
Aku terdiam
seketika mendengar ayat yang dituturkan oleh Myungsoo. Betul juga apa yang
dikatakan oleh Myungsoo. Kalaulah aku boleh melihat, mesti aku dapat tengok
macam mana muka Myungsoo. Bagaimana bentuk rupa aku sekarang pun aku tak tahu.
Sama ada lawa atau buruk hanya orang disekeliling dan Tuhan sahaja yang tahu. Senyuman
palsu aku tonjolkan untuk menunjukkan yang aku okay. Myungsoo segera meminta
maaf kerana kata-katanya tadi mungkin mengguris hati aku.
“Alahai, maafkan
saya Jiyeon. Maafkan saya, saya tak berniat. Dah berapa kali saya tersasul”
“Emm tak apalah.
It’s okay”
Aku hanya
mendiamkan diri. Meneliti segala kata-kata yang dituturkan oleh Myungsoo.
Mungkin juga aku penat dengan ayat orang disekeliling. Kalau lah kau boleh
melihat, kalau lah kau boleh melihat. Aku seperti terseksa mendengar perkataan
tersebut. Penat, menyampah dan bosan mendengar perkataan tu. Tapi ayat Myungsoo
betul-betul buat aku terkejut.
“Awak perempuan pertama yang menyentuh muka
saya dan saya minta jangan pernah lupa macam mana rupa saya”
7 Oct 20XX
Angin malam
bertiup membuat tubuh sedikit menggigil. Mujurlah sweater oppa menutupi tubuh
sedikit sebanyak membantu mengurangkan kesejukan yang di alami. Aku mendongak
ke atas memandang langit. Seperti biasa yang kelihatan. Gelap, gelap dan gelap.
Aku melepaskan keluhan pendek sehinggalah seseorang berdehem menghentikan
lamunan aku.
“Ehem, buat apa
kat keluar sensorang? Tak takut kena culik ke apa?
“Siapalah orang
gila nak curi perempuan buta macam saya ni. Bukan dapat untung, lagi
menyusahkan adalah. Haish apa lah nasib”
“Habis tu Jiyeon
nak kata Myungsoo ni gila lah?”
“Bila pula Jiyeon
kata yang Myungsoo gila. Haih pekak ke apa Myungsoo ni. Orang cakap, orang yang
nak culik Jiyeon lah yang gila”
“Yelah, Myungsoo
nak culik hati Jiyeon, jadi Myungsoo ni gila lah ye?”
Aku tergamam mendengar ayat yang dituturkan oleh Myungsoo. Muka merah padam ketika itu sehingga tidak mampu untuk disorokkan lagi. Haih apa pulak mamat ni merepek. Apekebendalah dia ni. Dia confess ke atau saja nak kenakan aku. Ketika itu otak mula menimbulkan seribu tanda tanya. Hah, serabut lah kepala fikirkan benda ni.
“Eh, kenapa muka Jiyeon merah padam ni. Jiyeon suka Myungsoo
ye. Alah mengaku jelah”
“Ish apa Myungsoo
merepek ni. Mana ada Jiyeon suka Myungsoo. Muka merah sebab keadaan sekeliling
ni panas lah. Aigoo”
“Hah panas? Mana
ada. Kita sekarang ni kat luar rumah okay Cik Jiyeon. Apa pulak panasnya. Ala
dah malu lah tu. Haha. Ehh Cik Jiyeon belum jawab soalan saya lagi. Buat apa
kat luar sorang-sorang ni”
“Haih malas saya
nak layan karenah kamu ni Myungsoo. Ohh saya teringin nak tengok bintang
Cassieopia. Orang kata hanya certain tempat je boleh nampak. Mesti best kalau
dapat tengok malam ni kan?”
“Tapi kan Cik Jiyeon tak boleh meli….”
“Hak alah. Apa
saya merepek ni. Saya rasa saya ni macam dah kena amnesia pulak sampai lupa
keadaan diri sendiri” aku mengetuk kepalaku.
“Rilekslah Cik
Jiyeon, bintang Cassie tu tak lawa mana lah. Saya dah pernah nampak dah. Biasa
je, tapi dia terletak jauh sangatlah kat atas langit”
“Memang bintang tu
tak berapa indah, tapi itulah bintang yang paling berharga. Sebab oppa saya
suka sangat dengan bintang tu. Katanya, bintang tu membawa seribu makna dalam
hidup dia. Tapi saya tak sempat nak tengok bintang tu. Belum ada kesempatan”
aku tersenyum kelat
“Ohh maafkan saya
Jiyeon. Myungsoo cuba nak redakan hati Jiyeon. Jadi Jiyeon taklah sedih sangat
sebab tak dapat tengok. Tapi Myungsoo rasa, Myungsoo menambah kesedihan Jiyeon
lagi adalah. Maafkan Myungsoo ye Jiyeon”
“Ishh Myungsoo ni,
sejak Myungsoo sampai sini sampilah sekarang mulut Myungsoo asyik menyebut
perkataan maaf je. Myungsoo tak bosan ke sebut perkataan tu”
“Appa mengajar
Myungsoo supaya sopan dengan orang, Jiyeon. Bila lakukan kesalahan, jangan ego
meminta maaf. Bila orang lakukan kebaikan pada kita, jangan ego berterima
kasih. Sampai sekarang pesan appa, Myungsoo ingat. Myungsoo tahu Myungsoo salah
sebab tu lah perkataaan maaf tu selalu muncul ”
“Tapi Myungsoo
kena tahu, perbuatan Myungsoo bukan nak sedihkan hati Jiyeon kan? Malah untuk
gembirakan hati Jiyeon. Jadi mengapa perlu meminta maaf. Tak perlu lah
Myungsoo. Saya pula yang rasa serba salah”
“Tapi Myungsoo
tetap bersa…”
“Aishh awak ni
kenapa degil betul. Haha saya kata okay, okaylah. Mana ada apa-apa”
“Baiklah Cik Muda Jiyeon. Aduh minta maaf
salah, diam salah. Apalah Jiyeon ni”
Aku hanya
tersenyum mendengar ayatnya. Hari-hari aku kembali gembira dengan kehadiran
lelaki yang bergelar Kim Myungsoo. Aku
selesa dan rasa selamat bila berada disampingnya. Rasa seperti diri cukup
disayangi dan dilindungi. Atau mungkin aku dah jatuh cinta dengan Myungsoo.
Tapi tak mungkinlah, muka dia pun aku tak pernah nampak. Macam mana aku nak
jatuh cinta dengan dia. Entahlah, aku pun sendiri tak pasti dengan perasaan aku
sendiri. Aku buntu, fikiran aku kusut memikirkan benda ni.
30 Nov 20XX
“Cik Jiyeon, jom
kita pulang. Dah lama cik Jiyeon ada di taman ni”
Aku menoleh ke
arah suara tersebut. Hatiku terdetik sesuatu. Mana perginya omma. Selalunya dia
yang menjemput aku pulang setiap petang. Dan sejak kebelakangan ni pun, aku dah
jarang dengar suara omma di rumah. Perasaan tidak sedap hati datang menerjah.
Hati tertanya-tanya di manakah omma. Semangat dikumpul untuk mengutarakan
soalan yang membelenggu fikiran.
“Emm ahjumma, mana
omma? Selalunya omma yang ambil Jiyeon setiap petang”
“A..da… kat rumah
ci..k muda”
“Kalau dia ada di
rumah, kenapa dia tak jemput saya? Tell me the truth. Jebal”
“Cik puan…. dah
tiada cik muda” dia bersuara menahan tangisan
“Dia pergi mana?
Dia pergi ke kedai ke? Kenapa dia tak bawa Jiyeon sekali. Jiyeon teringin nak
makan mi ramen” mencuba bersuara demi menyedapkan hati sendiri
“Dia dah tak ada
Cik Jiyeon. Cik puan dah tak ada. Dia dah tak ada. Cik puan dah meninggal dunia
sejam yang lalu”
“Ahjumma tipu kan.
Semalam dia masih ambil Jiyeon di taman. Ahjumma tipu kan!” aku bersuara separa
menjerit.
“Ya itu sebab dia…”
“Sebab dia apa!”
“Sebab setiap
petang dia minta kebenaran doktor untuk keluar menjemput kamu di taman ni.
Walaupun ditegah, dia tetap berdegil. Dia kata, dia nak jumpa anak lelaki dan
perempuan dia kat taman ni. Ahjumma dan doktor tak boleh kata apa”
Aku hanya diam
terpaku dan membisu. Perih rasa dihati menahan airmata dan duka yang begitu
menghiris. Perit rasanya seperti tidak tertanggung. Airmata bertakung di kolam
mata dibiarkan jatuh membasahi bumi. Aku hanya memilih untuk terus diam dan
diam.
“Cik muda, cik
puan dah lama menghidapi barah otak. Dia merahsiakan kepada cik muda supaya cik
muda tidak rasa tertekan. Dia tetap menemankan cik muda walaupun sampai tenaga
dan semangat dia yang terakhir. Cik puan minta cik muda jangan pernah lupakan
dia, dan selalu ingat dia sentiasa akan temani cik muda dan melihat cik muda di
atas sana”
Habis sahaja dia
berkata, aku meraba mencari tongkatku. Dengan segera aku mencapainya dan
memulakan perjalanan aku walaupun kaki begitu lemah sewaktu itu. Namun
langkahku seakan ditegah oleh orang gajiku.
“Cik muda nak
pergi mana tu. Cik muda tak boleh pergi mana-mana seorang diri”
“Saya nak balik.
Omma mesti dah tunggu saya dekat rumah. Omma mesti dah masakkan mi ramen
kesukaan Jiyeon. Nanti omma marah pulak
kalau Jiyeon balik lambat. Nanti dekat rumah, Jiyeon nak peluk omma lah.
Tiba-tiba Jiyeon rasa Jiyeon rindu omma sangat-sangat. Tak tahu kenapa”
‘Cik Jiyeon,
janganlah macam ni. Omma cik muda dah tak ada”
“Siapa kata dia
dah tak ada! Siapa kata! Dia dekat rumah tu tengah tunggu Jiyeon! Dia tengah
tunggu Jiyeon! Hahhhh omma! Omma! Omma!”
Dada ditepuk
menahan kesakitan yang amat dalam. Jiwa aku cukup terseksa. Kenapa Tuhan nak
rampas semua orang yang aku sayang. Kenapa! Mula dari oppa dan sekarang omma.
Oppa, omma, kenapa tak bawa Jiyeon sekali. Jiyeon dah tak nak hidup dalam dunia
ni lagi lah. Jiyeon penat nak hadap semua ni sendiri. Aku dipapah pulang oleh
ahjumma. Waktu itu badan terlampau lemah sehingga tidak menyedari segala apa
yang berlaku.
XXXXXXX
Aku didudukkan betul-betul di hadapan satu
tubuh yang terbujur kaku. Ketika itu airmata tidak mampu lagi untuk mengalir.
Hanya keluhan demi keluhan yang dilepaskan. Tanganku dipegang seseorang
menyentuh satu permukaan. Aku amati segala sifat yang ada di permukaan muka
tersebut. Bermula dari kening, mata hidung dan seterusnya ke mulut. Hati aku
kembali sebak. Airmata jatuh diatas permukaan tersebut. Wajah tersebut tidak
langsung berubah sejak kali terakhir aku melihatnya 10 tahun yang lalu. Aku
menggoncang badan tersebut.
“Omma, bangunlah. Jangan tidur lagi. Ni
Jiyeon dah balik ni. Bangunlah omma. Jiyeon teringin omma peluk Jiyeon,
sikatkan rambut Jiyeon, tidurkan Jiyeon. Omma bangunlah! Bangunlah bangunlah”
teresak-esak aku bersuara
“Jiyeon sudahlah. Jangan macam ni. Kalau
cik puan nampak Jiyeon macam ni, dia pun terseksa. Myungsoo tak sanggup tengok
Jiyeon menangis macam ni. Tolonglah Jiyeon"
“Myungsoo ahh, tengok omma Jiyeon. Dia asyik dia tidur je dari tadi. Dia tak menyahut pun bila Jiyeon panggil. Kejutkanlah dia bangun. Jiyeon tak nampak jadi tak boleh lah Jiyeon nak kejutkan omma. Suruhlah dia bangun tau. Jiyeon nak tengok omma senyum, nak tengok omma pegang Jiyeon. Jiyeon teringin nak tengok semuanya. Myungsoo cakap dengan omma, Jiyeon nak makan mi ramen. Tolong dia suruh masakkan tau.."
“Jiyeon, Myungsoo cakap sudah tu sudah.
Apa yang omma Jiyeon rasa bila nampak Jiyeon lemah macam ni. Menangis macam ni.
Omma Jiyeon pun berat nak tinggalkan Jiyeon tapi sudah ketentuan takdir. Jiyeon
kena terima semua tu dengan redha”
“Tapi Jiyeon cuma letih. Letih dengan dunia
ni. Letih dengan orang sekeliling. Letih dengan keadaan Jiyeon sekarang ni.
Jiyeon rasa semua semangat Jiyeon dah diambil dan dibuang jauh-jauh. Jiyeon dah
tak rasa ada kekuatan yang tersisa dalam diri Jiyeon. Jiyeon cuma nak omma
bangun. Jiyeon cuma nak tengok omma buat kali terakhir. Jiyeon nak omma usap
rambut Jiyeon. Jiyeon nak dengar omma cakap omma sayang sangat dengan Jiyeon.
Jiyeon cuma nak semua tu balik”
Myungsoo mendakap tubuhku dengan erat.
Airmata tetap mengalir.
Seminggu kemudian
Kini, aku hanya mampu menguncikan diri di
dalam bilik. Aku buntu, sedih segala-galanya bercampur baur. Aku tidak
membenarkan sesiapa pun menjenguk aku kecuali seorang, Myungsoo. Myungsoo
sentiasa mengingatkan aku supaya kuatkan semangat, jangan pernah rapuh. Tapi
aku tak boleh, aku kehilangan dua orang yang paling aku sayangi dan prihatin
pada aku. Disebabkan kata-kata omma, aku mampu bertahan sehingga hari ni.
“Jiyeon, dengar pesan omma ye
nak. Kalau omma dah tak ada, jaga diri baik-baik. Belajar berdikari, jangan
terlampau bergantung pada Myungsoo. Jangan pernah lemah, sentiasa kuatkan
semangat. Bila Jiyeon rasa penat, ingat yang omma dan oppa selalu ada di hati
Jiyeon. Omma dan oppa selalu sayangkan Jiyeon. Walaupun kamu tak boleh melihat
omma, omma bersyukur kerana omma berjaya menjaga dan mengasuh kamu. Omma bangga
dengan kamu”
Syukurlah Myungsoo ada untuk menemani aku.
Sentiasa mendengar segala keluhan aku, sering meminjamkan bahunya untuk tempat
aku melepaskan segala keperihan di hati, selalu mengusap rambutku tatkala
airmata jatuh ke bumi. Sentiasa memberi semangat tatkala diri seperti ingin
berputus dengan dunia ni. Tapi aku tetap perlu berdikari, bukan selamanya dia
akan menemani aku. Suatu hari dia juga akan meninggalkan aku. Dia akan
berkeluarga dan mempunyai anak sendiri.
“Kalau suatu hari nanti
Myungsoo terpaksa tinggalkan Jiyeon, Jiyeon kena berdikari tahu. Jangan pernah
lemah semangat, jangan pernah putus asa. Ingat, tak akan selamanya kita hidup
dalam dunia sentiasa ditemani. Jiyeon kena belajar semuanya sendiri”
Hatiku tiba-tiba seperti meronta. Kenapa
seperti aku tidak boleh menerima kenyataan yang Myungsoo juga akan berumah
tangga suatu hari nanti. Kenapa seperti aku tidak rela Myungsoo tinggalkan aku.
Kenapa? Mungkin ke yang aku dah jatuh cinta dengan dia? Atau perasaan ego tiada
siapa yang akan memiliki Myungsoo kecuali aku. Tapi aku tetap kena lepaskan dia
dan aku takut untuk berbuat demikian. Aku masih tidak kuat hidup tanpa dia di
sisi. Mungkin sudah terbiasa bersama dengannya.
XXXXXXX
“Myungsoo nak bawa Jiyeon ke mana ni?”
“Myungsoo nak ajar Jiyeon supaya hafal
jalan yang selalu Jiyeon lalu”
“Tapi kenapa? Myungsoo kan ada boleh
tunjukkan. Buat apa nak hafal?”
“Myungsoo kan suruh Jiyeon berdikari. Lupa
ke?”
“Sebab Myungsoo dah nak tinggalkan Jiyeon
kan? Sebab tu Myungsoo suruh Jiyeon berdikari”
“Aishh apa cakap macam tu pula. Myungsoo
tiba-tiba je rasa nak ajar Jiyeon hafal jalan”
“Ingat ya. Bila Myungsoo dah nak pergi
tinggalkan Jiyeon, Myungsoo kena beritahu Jiyeon. Jiyeon nak ucapkan selamat
tinggal pada Myungsoo. Myungsoo jangan tiba-tiba menghilang. Nanti Jiyeon gila
pula cakap sorang-sorang. Maklumlah, orang buta kan” aku tersenyum kelat
Myungsoo mengusap lembut rambutku. Dia
mengenggam erat tanganku dan memeluk erat bahuku. Dengan sabar dia membantu aku
untuk menghafal jalan. Walaupun aku seperti tidak sedap hati, tetapi hati tetap
dipaksa untuk mempercayai kata-kata Myungsoo. Aku takut untuk menghadapi
kenyataan yang Myungsoo akan meninggalkan aku tidak lama lagi. Waktu itu, aku
seperti mahu masa supaya berhenti. Aku ingin saat ni tak akan pernah berakhir.
Aku tak nak Myungsoo pergi tinggalkan aku. Aku nak dia selalu temani aku.
Kini aku tahu, aku memang dah jatuh cinta
pada Myungsoo. Walaupun aku tidak pernah sekali pun melihat bagaimana rupanya,
tapi aku cukup tahu bahawa dia lah lelaki terbaik yang pernah aku ketahui.
Sifat ingin memiliki dirinya, membuatkan aku alpa, lalai dan tamak. Tapi aku
ego, takut untuk meluahkan. Aku tahu, tidak mungkin lelaki sempurna seperti dia
akan terima perempuan buta yang akan selalu menyusahkan hidup dia. Dia membantu
dan melayan diri aku sekarang cuma sekadar di atas faktor kerja. Jangan pernah
berangan tinggi sangat, kalau jatuh sakit Jiyeon.
Sejak kebelakangan ini, waktu aku banyak
dihabiskan bersama Myungsoo. Myungsoo sentiasa menemani aku. Dia membawa aku
bersiar-siar ke taman tema, berkelah dan juga memancing. Myungsoo bekerja part
time dan dia juga membawa aku dan mengajar aku segala benda. Kelakuannya sangat
aneh kerana sebelum ini dia tak pernah melakukan hal sedemikian rupa. Tetapi
kerana tidak mahu berprasangka buruk, aku membuang perasaan itu jauh-jauh. Aku
gembira berada disamping dia walaupun aku tahu aku tak akan pernah memiliki
dirinya. Cukuplah sekadar aku masih mendengar hembusan nafasnya disisi aku.
10 Nov 20XX
Aku melentokkan kepala di bahunya. Dibahu oppa. Terasa nyaman sekali. Ya Tuhan, betapa rindunya aku pada oppa. Aku terlalu rindukan belaian darinya. Perlukan kasih sayang darinya. Aku duduk di antara omma dan oppa. Omma membelai lembut rambutku. Aku dapat melihat dengan begitu jelas bagaimana rupa omma dan oppa ketika itu. Tidak berubah sedikit pun ketika kali terakhir aku melihat wajah tersebut 10 tahun lepas. Aku memeluk erat oppa dan dia hanya mampu tersenyum nipis. Tiba-tiba omma dan oppa bangun lantas melambaikan tangan tanda selamat tinggal. Aku tergamam disitu. Omma, oppa jangan tinggalkan Jiyeon! Tetapi perkataan itu tidak mampu untuk aku ungkapkan. Oppa dan omma melambaikan tangan sambil tersenyum serta menganggukkan kepala menyuruh aku untuk tabah menghadapi hidup.
“Omma! Oppa!”
Aku melentokkan kepala di bahunya. Dibahu oppa. Terasa nyaman sekali. Ya Tuhan, betapa rindunya aku pada oppa. Aku terlalu rindukan belaian darinya. Perlukan kasih sayang darinya. Aku duduk di antara omma dan oppa. Omma membelai lembut rambutku. Aku dapat melihat dengan begitu jelas bagaimana rupa omma dan oppa ketika itu. Tidak berubah sedikit pun ketika kali terakhir aku melihat wajah tersebut 10 tahun lepas. Aku memeluk erat oppa dan dia hanya mampu tersenyum nipis. Tiba-tiba omma dan oppa bangun lantas melambaikan tangan tanda selamat tinggal. Aku tergamam disitu. Omma, oppa jangan tinggalkan Jiyeon! Tetapi perkataan itu tidak mampu untuk aku ungkapkan. Oppa dan omma melambaikan tangan sambil tersenyum serta menganggukkan kepala menyuruh aku untuk tabah menghadapi hidup.
“Omma! Oppa!”
Aku terbangun dari tidur. Aku tak sedar
yang aku sudah terlelap di bangku di bawah sebuah pohon. Dan tidak aku sangka,
airmata juga turut mengalir. Tempat di mana dulu aku sering meluangkan masa
bersama omma dan oppa. Ya Tuhan, betapa rindunya aku pada mereka. Aku ingin
dakapan omma balik, belaian oppa balik. Aku nak semua tu balik. Aku tak kuat Ya
Tuhan. Bantulah aku.
Aku memegang dada. Kenapa aku seperti tidak
sedap hati. Hatiku seperti resah, seperti sesuatu akan berlaku. Aku duduk di
tepi tasik, tempat dimana aku dan Myungsoo sentiasa bersama. Tempat dimana
segala masalah aku curahkan pada Myungsoo. Tempat dimana bahu Myungsoo sentiasa
basah gara-gara airmata aku yang tidak pernah berhenti mengalir. Tempat dimana
bahuku dipeluk erat olehnya. Aku rindukan Myungsoo. Aku cuba memanggil namanya.
Aku tahu, dia akan sentiasa duduk disebelah aku, menemani aku.
“Myungsoo, Myungsoo, Myungsoo”
Aku memanggil namanya, tetapi tiada sesiapa
yang menyahut. Aku meraba sekeliling tetapi hampa. Aku tidak dapat merasai
kewujudan dirinya. Hatiku seperti jatuh terhempas ke batu. Airmata ditahan
supaya tidak jatuh ke tanah.
“Myung…s..oo Myung…s.oo Myun..s..oo”
terketar ketar aku memanggil namanya sekali lagi.
Namun tetap hampa. Tiada siapa yang
menyahut. Aku mencapai tongkat ku.Tetapi mengingati pesan Myungsoo, tongkat
yang dipegang dilepaskan ke tanah begitu sahaja. Dengan berbekalkan semangat
yang tersisa-sisa dan keperihan di hati, aku menapak selangkah demi selangkah
tanpa bantuan tongkat mahupun Myungsoo. Myungsoo mengajarku cara untuk
berdikari sendirian dan itu yang membuatkan aku tekad. Namun semakin jauh aku
menapak, kaki semakan lemah. Aku jatuh tersungkur di situ. Hanya Tuhan sahaja
yang tahu betapa sakitnya aku ketika itu.
Airmata dikesat menggunakan hujung jari.
Aku kembali bangkit dan terus bangkit meneruskan langkah untuk mencari Myungsoo
tetapi semakin aku bangkit semakin kerap aku jatuh. Aku tetap bertekad untuk
meneruskan usaha aku. Aku dah janji dengan Myungsoo nak berdikari, jangan
pernah putus asa. Aku dapat merasakan hembusan nafas Myungsoo, tetapi semakin
lama ia semakin jauh. Aku mengikuti jejak tersebut tetapi semakin lama ia
semakin jauh. Aku yakin itu Myungsoo. Ya itu Myungsoo. Tapi kenapa dia nak
tinggalkan aku.
“Myungsoo, jangan pergi tinggalkan Jiyeon!
Kesian lah kat Jiyeon! Kenapa Myungsoo kejam sangat ni! Kenapa! Kenap semua nak
tinggalkan Jiyeon! Apa salah Jiyeon? Jiyeon taknak susahkan semua orang, tapi
Jiyeon cuma semua orang faham perasaan Jiyeon. Jiyeon pun ingin ditemani!
Myungsoo! Myungsoo! Myungsoo!”
Tetapi tiada sebarang jawapan
dari Myungsoo, dan aku yakin dia memang ingin meninggalkan aku. Aku tetap mengejarnya, namun langkah aku
terhenti apabila seorang menahan aku dari belakang. Aku meronta untuk
melepaskan diri. Aku nak Myungsoo balik. Aku nak halang dia. Aku taknak dia
tinggalkan aku. Aku perlukan dia dalam hidup aku. Aku tak nak berpisah dengan
dia. Myungsoo milik aku. Aku berhenti meronta apabila mendengar ayat dari
perempuan tersebut.
“Tolong relakan pemergian Myungsoo. Dia
pergi untuk mengejar sesuatu yang lebih baik. Dia pergi untuk menyambung
pelajarannya di United Kingdom. Maaf jika dia tidak memberitahu cik muda, dia
tidak mahu cik muda menangis dan seterusnya dia tidak mampu untuk melepaskan
cik muda. Maafkan dia ya cik muda. Melihat dari gayanya, dia terlalu sayangkan
cik muda. Saya tahu dia terlalu cintakan cik muda. Cik muda kena beri ruang
padanya untuk mengejar cita-citanya. Dia pergi untuk menjadi seseorang yang
lebih sempurna. Lebih sempurna untuk cik muda Jiyeon”
Badanku terlepas dari pegangan dari orang
gaji ku. Aku duduk tersungkur di situ. Tidak berhenti menangsis, menangis dan
terus menangis. Aku perlukan Myungsoo. Aku perlukan dia. Aku lemah, badanku
lemah. Hatiku sakit, perih segalanya bercampur baur. Myungsoo, pergilah. Aku
relakan pemergian kau. Tapi aku tetap tungu, dan terus tunggu kau sampai
bila-bila. Ya sampai bila-bila. Senyuman diukirkan walaupun perih dihati. Dan tidak aku ketahui Myungsoo memerhatikan
aku dari jauh sambil menitiskan airmata dan menangis teresak-esak seperti aku.
Ya seperti aku.
8 tahun kemudian
Bunga sakura jatuh berguguran. Musim bunga
telah datang menggantikan tempat musim sejuk. Musim sentiasa berubah tetapi
tidak hati aku. Tetap kukuh dan utuh. Hanya kepada Myungsoo. Genap lapan tahun
dia meninggalkan aku. Tiada apa yang berubah cuma diri ku menjadi seorang yang
semakin tabah. Tabah menjalani kehidupan diri dan hidup tanpa dirinya disisi.
Sentiasa bibir mengukirkan senyuman palsu. Aku tetap menantinya, walaupun diri
tidak pasti berapa lama lagi aku mampu bertahan.
Seperti biasa, aku tetap aku duduk di
sebuah bangku di tepi tasik. Setiap hari aku disitu menanti kepulangan Myungsoo
tanpa penat dan jemu. Kadangkala hati terdetik untuk berputus asa tetapi aku
takut jika aku berputus asa, Myungsoo pula datang mencari aku. Mungkin aku
bodoh mengharapkan dirinya. Dia tidak pernah berjanji untuk kembali kepada aku.
Tidak sekali dia berkata supaya aku menunggu dirinya. Tetapi hati memberontak
untuk setia menantinya walaupun hakikatnya aku sendiri tidak pasti dia akan
pulang untuk menemani hari-hari aku kembali.
Setiap kali teringat kembali kenangan
bersama Myungsoo, airmata tidak pernah putus untuk jatuh ke bumi. Semakin
ditahan, semakin ia meronta untuk dilepaskan. Seringkali aku lemah dan rapuh,
tetapi hati dipaksa untuk berlagak kuat. Walaupun keadaan sekeliling seperti
tidak membantuku, tetapi aku membawa diriku bangkit dengan semangatku sendiri.
Semangat untuk terus hidup demi Myungsoo. Semua yang aku lakukan hanya demi
Myungsoo. Kerana dia satu-satunya harapan aku untuk bangkit dari kejatuhan dan
kelemahan aku.
Tiba-tiba tangan digenggam erat.
Genggaman yang sangat aku kenali. Tangan yang sangat aku rindui. Hembusan nafasnya,
belaiannya. Ya Tuhan, katakan sekarang aku tidak bermimpi. Apa aku mungkin
terlalu merinduinya sehinggakan aku berkhayal dia wujud bersampingan dengan ku.
Aku terlalu rindukan Myungsoo. Bibir tersenyum. Jika benar ini mimpi, jangan
pernah bangkitkan aku Ya Tuhan. Aku ingin waktu ini berhenti dan tidak
berjalan. Aku tidak mahu lagi berpisah dengannya. Walaupun sekadar di dalam
mimpi, asalkan aku mampu untuk berdampingan dengannya itu sudah mencukupi. Aku
tidak tamak dan aku tidak mahukan benda lain. Aku hanya mahu menghabiskan waktu
hidupku mencipta kenangan bersama Myungsoo.
Bunga sakura yang berguguran menyebabkan
aku terbangun dari tidur. Airmata yang mengalir cepat-cepat dikesat menggunakan
hujung jari. Sekali lagi aku bermimpi Myungsoo kembali ke pangkuan aku. Apakah
petanda ini Ya Tuhan? Adakah ini hanya tanda yang Myungsoo hanya mampu wujud
kembali dalam mimpi aku bukannya realiti. Perihnya menahan derita dan realiti
ini. Aku gagah meraba mencari tongkat di sisi. Aku panik kerana tongkat itu
sudah pun hilang. Aku yakin bahawa aku meletakkannya di samping aku. Dengan
berbekalkan semangat yang ada, aku bangkit tanpa bantuan sesiapa. Aku ingin
mencari tongkatku yang sudah hilang. Tapi suatu suara menyapaku membuat airmata
kembali jatuh.
“Bukan ke Jiyeon dah janji nak belajar
berdikari tanpa menggunakan tongkat lagi? Kenapa masih mencarinya? Jiyeon kan
kuat dan mampu untuk bangkit tanpa bantuan daripada tongkat ni. Lapan tahun
lepas, bukankah seseorang dah mengajar Jiyeon untuk menghafal jalan. Lupa ke? Kenapa
masih perlukan benda ni. Ini semua dah tak perlu. Kerana kenangan sudah kembali
kepada Jiyeon. Kenangan ni tak akan pernah melepaskan Jiyeon. Kenangan ni akan
sentiasa di samping Jiyeon. Mimpi Jiyeon telah menjadi realiti”
“Myungsoo…..”
“Ya saya, Myungsoo kembali kepada Jiyeon.
Walaupun Myungsoo tak pernah janji kepada Jiyeon untuk kembali tetapi
kesungguhan Jiyeon menunggu Myungsoo itu yang paling utama. Lapan tahun
Myungsoo pergi untuk membuktikan pada semua orang bahawa Myungsoo mampu dan
layak menjaga dengan Jiyeon. Sekali pun Jiyeon tak pernah menyusahkan hidup
Myungsoo. Myungsoo menjaga dan melindungi Jiyeon bukan kerana faktor kerja.
Myungsoo terlalu menyayangi Jiyeon. Setiap kali airmata Jiyeon jatuh, setiap
kali itu juga Myungsoo rasa diri Myungsoo tak berguna. Tidak mampu untuk
menghapuskan airmata Jiyeon”
“Tapi kenapa Myungsoo pergi tanpa beritahu
Jiyeon. Jiyeon tersiksa, sakit hati…”
“Jiyeon rasa kalau Myungsoo beritahu
Jiyeon, Jiyeon mampu lepaskan Myungsoo? Sebagaimana sukarnya Myungsoo nak
lepaskan Jiyeon begitulah sebaliknya. Myungsoo terlalu cintakan Jiyeon.
Myungsoo takut ingin berkata jujur kerana mungkin Jiyeon menganggap Myungsoo hanya
butler dan tidak lebih dari itu. Sebab itu, Myungsoo belajar bersungguh-sungguh
untuk berada pada kedudukan yang sama dengan Jiyeon”
“Tapi, Jiyeon juga mencintai
Myung…”
Tidak sempat aku menghabiskan kata-kata,
badanku sudah berada dipelukannya. Dia memelukku dengan penuh erat,. Telah lama
aku rindukan pelukannya, hembusan nafasnya, belaian lembutnya, suaranya,
segala-galanya tentang Myungsoo. Aku hanya membiarkan pelukan tersebut. Aku
dapat rasakan hangatnya airmata Myungsoo yang jatuh di bahuku. Walaupun aku tidak
mampu melihat wajah Myungsoo, cukup hanya sekadar aku tahu dia masih berada di
sampingnya. Di sini tempat terkahir kami berpisah dan disini juga tempat kami
bertemu kembali. Tak akan aku lupa kenangan yang di cipta bersama disini.
Bermula dari kenangan oppa, omma dan kini Myungsoo. Tuhan jangan kau rebut
Myungsoo juga dariku. Aku mohon.
“Myungsoo
dah jatuh cinta dengan Jiyeon sejak kali pertama Myungsoo nampak Jiyeon. I Love
You”
.gif)









1 comments:
Feeling aq mmbace nye T_T
Daebakk weh!!
pandai ko buat !
Post a Comment