Read full characters for this oneshot drama Hope HERE . Thank you and enjoy reading my third oneshot fanfic.2 May 20XX
Keadaan yang agak dingin membuatkan tubuh
aku sedikit menggigil. Persekitaran Seoul sudah ditutupi dengan bunga yang
berwarna warni dan bermacam rupa. Debunga seperti sedang meniupkan roh kepada
setiap kawasan dah hasilnya, benda yang indah akan tumbuh dengan megahnya.
Bunga. Ya, sesuatu benda indah yang boleh membuat bibir setiap wanita mengukir
senyuman. Musim bunga telah menggantikan tempat musim sejuk untuk melaksanakan
tugas alam.
Kelihatan seseorang sedang menuju ke bangku
yang aku sedang duduki. Agak lama untuk aku melihat wajahnya dengan begitu
jelas kerana faktor mata yang agak tidak membantu. Semakin lama semakin dekat
dan akhirnya lelaki itu bersuara menyapa aku.
“Hey yo Min! Sorry AJ Lambat sikit. Tadi
sesak dekat traffic light”
AJ atau nama sebenarnya Lee Gikwang. Dia
merupakan sahabat aku dari tadika lagi. Semua rahsia dikongsi bersama dan
setiap perkara yang aku suka atau aku benci dia adalah orang yang lebih maklum
daripada keluarga aku sendiri. Tetapi ada satu rahsia besar yang selama ni
tersimpan rapi di dalam hati tanpa ada kekuatan untuk mengungkapnya. Ya, aku
cukup mencintai dirinya. Dia adalah satu-satunya lelaki yang rapat dengan aku
dan dia adalah lelaki yang akan cuba sedaya upaya untuk melindungi aku.
“Nae gwaenchana. Min pun belum lama dekat
sini. Baru je sampai dua jam yang lepas”
“Eh dua jam tu lama lah Min. Maafkan AJ ye
Min. Jeongmal mianeiyo”
“Dahlah, tak payah nak rasa bersalah
sangat. Janji kan AJ datang tu dah kira okay lah”
Dia hanya mengangguk tanda tersenyum. Hari
ni hari yang penting. Mungkin bagi aku sahaja dan tidak pada dia. Hari ni
ulangtahun persahabatan kami selama 12 tahun. Aku hanya mengikuti dirinya dari
belakang. Dia seperti membawa aku ke suatu tempat yang agak jauh kerana
memandangkan kaki aku sudah sedikit melecet. Tetapi dengan penuh sabar, kaki
ini terus melangkah seperti tiada penghujungnya. Akhirnya kami sampai di sebuah
kedai yang menjual gula-gula kapas. Sambil tersenyum dia menghulurkan aku satu
batang gula-gula kapas yang agak besar.
“Nah, aku belanja kau hari ni. Esok-esok
kau kena belanja aku pulak”
“AJ taktahu ke hari ni hari apa?”
“Hari khamis kan? Hari apa lagi.”
“Hari ni ulangtahun ke 12 tahun
persahabatan kita. AJ lupa ke?”
“Eh yeke? Entah mana lah AJ nak kira. Buat
apa?”
“At least AJ mesti tahu hari ni
ulangtahun persahabatan kita walaupun AJ tak tahu dah berapa tahun kita kawan”
nada aku sedikit kecewa dengan sikapnya yang sambil lewa
“Hah ini lah perempuan. Suka buat benda
yang tak berguna. Min, Min tak bosan ke setiap tahun nak kena ingat tarikh
ulangtahun persahabatan kita lepas tu nak kena sambut event yang membosankan
tu. Tak payah nak serabut sangat lah Min. Cuba fokus pada benda yang lebih
penting. Kalau setakat setahun dua tahun tu boleh lah nak sambut, tapi kalau
dah bertahun-tahun pun orang malas nak layan”
Kata-kata dia menyentap jiwa. Sakitnya
seperti ngilu sehingga ke hulu hati. Tidak dapat diungkap betapa kecewanya
perasaan ketika itu. Lelaki memang dilahirkan dengan sikap yang sambil lewa dan
kurang menghargai benda yang ada di depan mata. Aku hanya tertunduk diam
memandang ke tanah. Tidak mempunyai mood untuk membalas kata-katanya. Buntu,
kecewa, sedih semuanya sepeti bercampur-baur membentuk satu perasaan yang sukar
untuk diungkapkan.
“Dahlah takpayah nak buat muka sangat. Jom
kita balik”
Aku hanya mengikuti langkahnya tanpa
menuturkan sepatah kata pun. Hati aku sudah tawar untuk mengeluarkan kata-kata.
Suasana dingin menambahkan lagi kedinginan di antara kami berdua. Seperti orang
yang tidak mengenali satu sama lain, sehinggalah bas tiba dan dia membayarkan
tambang bas aku. Aku hanya tunduk dan tersenyum kelat tanda terima kasih. Aku
mengambil tempat bersebelahan dengannya memandangkan keadaan bas yang agak
sempit dan tiada tempat lain untuk melabuhkan punggung.
Suasana kekok menerjah kembali kerana
masing-masing tidak mahu mengungkapkan kata-kata. Aku hanya memilih untuk
berdiam diri sambil menoleh ke luar memandang suasana Kota Seoul pada waktu
malam yang diterangi dengan pelbagai lampu yang berwarna-warni. Terkesima aku
seketika melihat keindahan kota Seoul yang dibanjiri dengan pelbagai manusia
dari serata dunia melakukan tugas masing-masing dengan penuh tekun dan sabar.
Aku menoleh ke arah AJ apabila terasa
seperti kepalanya sudah terlentok dibahuku. Aku terpegun melihat wajah lembut
dan keanak-anakan yang dimiliki olehnya. Kelihatan sangat penat sekali dan aku
mengambil keputusan untuk membiarkan sahaja. Tangan mencuba untuk mengusap
lembut rambut yang dimiliki olehnya tetapi hati seperti menahan. Jangan Min,
jangan tamak sangat. Cukuplah dengan perhubungan sekarang. Kau akan kehilangan
dia bila kau mengungkapkan perasaan tu. Bersyukurlah, walaupun kau tidak dapat
memiliki hati dia, kau masih boleh rapat dengan jasad dia. Jangan sampai kau
kehilangan dua-dua peluang tu sekaligus. Aku hanya mengeluh seketika dan tanpa
aku sedari bas sudah sampai di perkarangan rumah.
30 June 20XX
“Min, aku nak bagitahu kau satu rahsia dan
kau kena tolong aku sangat. Aku perlu bantuan kau ni”
“Hah apa rahsia yang sampai kau bersungguh
sungguh sangat ni. Ya, aku akan bantu kau. Kita kan kawan”
“Tapi kau kena janji dulu dengan aku jangan
beritahu dulu sesiapa pasal hal ni. Bila dah confirm baru boleh sebarkan.
Arasso?
“Yelah gila, bagitahu jelah. Aku dah tak
sabar ni. Jangan buat aku tumbuk kau ye”
“Alahai, malu pulak aku nak beritahu kau.
Segan gila”
“Eh ni betul ke AJ? Macam mana boleh jadi
segan ni. Lawak lah kau. Panli panli panli”
“Aku dah jatuh cinta dengan Hyosung. Please
bantu aku prepare event untuk confess pada dia”
Berderau jantung aku ketika itu. Tiba-tiba
bibir terkunci rapat dan kehilangan kata-kata. Aku seolah-olah kehilangan
separuh semangat aku. Mata seakan sudah bersedia untuk melepaskan cecair
simpanannya. Sedaya upaya aku menahan airmata itu dari jatuh menyembah bumi.
Dengan semangat yang tersisa, bibir dipaksa mengukir senyuman memeritkan jiwa.
Aku hanya mampu mengangguk tanda setuju kerana aku sukar untuk mengatakan tidak
pada dia. Aku berlari meninggalkan dia terpinga-pinga seorang diri di situ.
Kaki berlari
semahunya seperti tiada penamat untuk dituju. Hati sebak menahan kesakitan yang
amat sangat. Tercungap-cungap berlari dan berhenti seketika di sebuah pohon
yang agak besar dan berusaha untuk menyembunyikan diri supaya tidak dapat
dilihat. Disitu, segala apa yang terpendam diluahkan serta merta. Airmata
mengalir deras seperti tiada esok untuk aku. Sekali-kala dada dipegang kuat
kerana menahan luka yang amat pedih. Luka yang tiada penyembuhnya.
Mencuba untuk mencari seribu satu alasan
untuk memujuk hati tetapi gagal. Tiada tanda-tanda seperti airmata ni akan
berhenti membasahi bumi yang tandus. Mungkin ianya salah aku sepenuhnya kerana
tidak berusaha sedikitpun untuk meluahkan perasaan yang sedia ada tersimpan
rapat menjadi suatu luka yang parah. Mungkin sudah sampai masanya untuk aku
melepaskan dirinya pergi mencari seseorang yang memahami dirinya. Dan yang
utama, boleh memberi kebahagiaan dan menjadi punca kepada senyuman yang terukir
di bibir AJ.
1 Julai 20XX
“Kenapa semalam lepas AJ beritahu rahsia tu
Min terus lari tinggalkan AJ?”
Terkedu seketika apabila mendengar suara
lelaki yang semahunya aku ingin menjauhkan diri darinya. Kekuatan dikumpul dan
kepala mendongak ke atas mencari suara lelaki tersebut. Seperti biasa, bibir
melakukan tugasnya iaitu melemparkan senyuman yang sangat palsu. Mungkin aku
boleh memenangi anugerah pelakon wanita terbaik ketika itu kerana segala apa
yang aku lakukan seperti 100% mengikut skrip yang sudah dihafal.
“Oh pasal semalam. Maaflah, Min sakit perut
tak tahan. Tu yang lari tu hah menggagau cari toilet”
“Ingatkan kenapalah tiba-tiba Min larikan
diri. Oh yang pasal semalam tu…”
“Ya, jangan risau. Min kan dah janji nak
tolong AJ kan? So don’t worry k. Chill”
“Jinja? Jeongmal gomawo. Min lah sahabat
terbaik AJ”
“So bila AJ nak confess dekat Hyosung dan
apa yang patut Min buat untuk bantu menjayakan misi AJ ni?”
“AJ nak confess pada dia malam ni dekat
restoran favourite dia. Oh jangan risau, I will tell all the plan. Thank you
again Min”
Aku hanya melemparnya senyuman tipis ke
arahnya.
***************
Seluruh mata seolah memandang
pelik ke arah aku dan ada juga yang berbisik dan end up dengan gelak yang
begitu sinis. Aku memandang diri aku dari atas ke bawah. Mungkin kerana aku
memakai costum badut yang membuatkan orang melihat aku seperti alien yang baru
lepas dicampak ke bumi. Aku melakukan ini semata-mata kerana AJ untuk membantu
kerana dia begitu mengharapkannya. Hanya disebabkan Hyosung seorang peminat
tegar kepada badut, aku menjadi mangsa kepada permintaan kebudak-budakkannya.
“Hah ni baru bagus, make up badut kau pun
dah elok. Nanti bila aku dah suruh keluar baru keluar”
Aku hanya mampu mengangguk sambil tersenyum
tipis. Kesakitan di dalam hati sedaya upaya ditutup dengan melemparkan airmuka
yang begitu palsu. Hanya Tuhan yang mengetahui keadaan aku yang begitu kecewa
ketika itu. Kelihatan Hyosung sudah tiba di restoran tersebut dan dia ternyata seorang
perempuan yang cukup lawa. Terasa diri kecil apabila membandingkan kecantikan
dirinya dengan aku. Patutlah AJ cukup mencintai dirinya.
Isyarat yang diberikan AJ kepada aku
membuat aku tersentak dari lamunan. Aku keluar dengan rupa tersebut sambil
memegang satu sketchbook yang terkandung hasrat hati AJ. Dengan gagah kaki ini
melangkah untuk membantu lelaki yang dicintai menyampaikan rasa hati kepada
bakal teman wanitanya. Satu persatu helai sketchbook diselak untuk
menyempurnakan tugas aku dan kelihatan Hyosung sangat terharu sambil menitiskan
airmata kerana kegembiraan. Aku memalingkan muka aku melihat AJ mula melutut
dihadapan Hyosung.
“Will you be my girlfriend my little
sunshine. I really love you”
“Yes I will. I also love you very much.
Please don’t leave me”
“No. I promise I’ll always be
there for you and protect you until my last breath”
Ayat yang dituturkan AJ membuat aku terasa
seperti kaki tidak lagi memijak bumi. Seperti ingin rebah dan menyembah bumi.
Cepat-cepat aku berpaut ditepi tiang. Dada sakit menahan sebak yang tak
terhingga. Airmata mula jatuh satu persatu ke bumi. Ya Tuhan, berilah aku
kekuatan untuk hadapi semua ni. Mungkin dah tiba masanya aku kena move on
dengan perasaan aku. Cukuplah aku memiliki dia sebagai sahabat 12 tahun ni.
Takkan pernah lebih dari itu untuk selamanya. Ya selama-lamanya.
3 Ogos 20XX
Angin bertiup sepoi-sepoi membuatkan rambut
sedikit kusut. Mungkin sekusut hati dan perasaan yang masih tidak dapat
dilupakan. AJ semakin lama semakin jauh dengan aku. Mungkin kerana tidak mahu
kekasih hati salah faham. Aku cuba memahami dirinya dan memujuk hati supaya
tidak menyalahkan AJ sepenuhnya. Keluhan dilepaskan untuk menghilangkan sedikit
resah dihati. Tiba-tiba suatu suara menerpa dari belakang. Suara yang sering
didengari. Aku panik seketika.
“Boleh saya duduk sebelah awak? Harap tak
menganggu” dia melemparkan senyuman mesra
“Eh tak menganggu pun. Lah ini kan bangku
sekolah, apa pulak tak boleh duduk”
“Tak adalah saya nampak awak mengelamun
jauh. Taknaklah mengganggu Min”
“Mana ada saya mengelamun. Hongki ni sesuka
hati je”
“Alah malu nak mengaku lah tu. Mesti tengah
mengelamun pasal Gikwang. Mengaku jelah Min hoi”
“Itu dulu. Sekarang dah lain. Dia dah ada
orang lain yang boleh temankan dia dan buat dia tersenyum”
“Oh maafkan saya Min, saya pun terlupa. No
wonder saya dah jarang nampak awak dengan dia”
“Biarlah itu semua cerita lama. Dah taknak
ungkit lagi lah. Dia pun dah bahagia sekarang. Eh kenapa kita cerita pasal
semua benda ni. Lupakan ajelah. Saya tak kisah pun”
“Awak tak boleh tipu saya Min. Saya lelaki
dan saya boleh dapat bezakan perempuan yang okay dengan perempuan yang
berpura-pura okay. Mulut senang berbicara, tapi hati bukan boleh dilihat. Awak
tak boleh tutup kesakitan awak dengan senyuman yang begitu palsu. Berhenti
menyakitkan hati sendiri. Berhenti melakukan hal bodoh. Berhenti berfikir
tentang kebahagiaan orang dan mengorbankan kebahagiaan sendiri. Awak tak penat
ke hidup dalam kepura-puraan”
“Kalau jujur boleh membuat AJ mencintai
saya, dah lama saya berhenti dari kepura-puraan ni. Ya, ini sangat memenatkan.
Tersenyum sentiasa dan mulut sering dipaksa menipu walaupun hati meronta ingin
memberitahu hal sebenar. Awak tak lalui semua benda ni. Mencintai orang yang
tidak mencintai awak. Mencintai orang yang tak pernah anggap awak wujud dan
sering cuba memahami dan menemani dia. Mencintai orang yang hanya menganggap
awak tidak lebih sebagai kawan. Kalau berbohong boleh membuatkan saya tetap
dengan AJ, kenapa saya perlu dipaksa untuk jujur”
“Awak kata saya tak pernah merasai
mencintai perempuan sedemikian rupa. Saya sedang mengalaminya sekarang.
Mencintai orang yang sedang bergelut dengan kepura-puraannya sendiri. Mencintai
seseorang yang tidak berani melepaskan kisah silam yang sering melukai hatinya.
Mencintai seseorang yang tidak pernah tahu saya sering cuba untuk menghalang
airmata itu mengalir di pipinya. Ya, Min saya sangat mencintai awak. Cukup
mencintai awak. Tapi saya takut untuk luahkannya. Kerana dulu awak dah ada AJ. Dah ada sebab mengapa
awak senyum dan ketawa”
Tersentak seketika aku mendengar
luahan dari hati Lee Hongki atau merupakan lelaki yang sering memerhatikan aku
ketika aku pergi dan pulang ke sekolah. Aku menganggap dia seorang yang berpenyakit
mental kerana sering mengekori aku. Kini aku sudah tahu apa sebabnya dia sering
melakukan hal sedemikian. Dia mencintai aku di dalam diam. Tetapi dibandingkan
aku mencintai Gikwang dan pengorbanan yang aku lakukan, aku tidak dapat
menandingi pengorbanan dirinya terhadap aku.
“Tak apa, awak tak perlu jawab sekarang.
Tiga tahun saya boleh tunggu awak, takkan selama beberapa hari pun tak boleh
kan. Take your time, and don’t rush to make a decision. And one thing saya nak
awak tahu, saya tak pernah ambil kesempatan lepas awak berenggang dengan
Gikwang. Saya memang dah lama mencintai awak tapi cuma sekarang saya punyai
kekuatan untuk meluahkan”
Aku hanya mendiamkan diri, tidak tahu untuk
membalas apa. Betul kata dia, aku memerlukan masa untuk berfikir tentang hal
ini sedalam-dalamnya. Aku tak boleh ambil keputusan terburu-buru hanya kerana
aku kini sudah kehilangan satu-satunya sahabat baik aku. Aku bangun dari bangku
kerusi dan meninggalkan dia keseorangan disitu. Tetapi sempat juga aku menoleh
kebelakang untuk berpesan sesuatu kepadanya.
“Tunggu jawapan dari saya. Beri saya
sedikit waktu” ringkas aku menjawab. Kelihatan sedikit senyuman terukir
dibibirnya.
10 Ogos 20XX
“Kedebuk”
Jelas kedengaran seperti badan dihempas
kuat ke atas tanah. Aku mencuba kembali untuk bangkit dengan sepenuh tenaga
tetapi terus menerus badan ditolak jatuh mencium lantai. Kekuatan yang ada terus
dikeluarkan tetapi tidak dapat melawan hebatnya pukulan yang diberikan. Aku
seperti tidak merasa yang aku masih berpijak di bumi. Mata seolah-olah sudah
tidak dapat melihat keadaan sekeliling dan ianya semakin lama semakin kabur.
Perit dihati mengatasi kesakitan yang berkesan di seluruh tubuh.
“Hoi perempuan, dah banyak kali aku bagi
amaran. Jauhkan diri kau dari AJ. Sekarang dia milik aku. Mana satu ayat aku
yang kau tak faham. Sekarang terima balasan atas kedegilan kau sendiri” Hyosung
bersuara
Satu sepakan kuat terkena tepat pada perut.
Sakitnya hanya Tuhan yang tahu ketika itu. Rambutku turut dijambak kuat oleh
salah seorang rakannya. Muka ditumbuk kuat dan seluruh badan terasa sangat
perih. Terasa darah panas mengalir di tepi bibir gara-gara tumbukan yang diberikan.Sebak dihati ditahan seketika sehinggalah airmata kekalahan mula
jatuh sebutir demi sebutir.
“Kau yang paksa aku buat semua ni. Hah biar
kau serik dan tak kacau AJ lagi. Cukuplah wey”
“Tapi dia kawan baik aku. 12 tahun aku
kenal dia. Wajar aku rapat dengan dia” menggigil bibir menuturkan
kata-kata.
“Memang lah 12 tahun kau kawan
dengan dia. Sebab dah 12 tahun lah AJ cakap dia muak dengan kau. Dia menyampah
dengan kau yang 24 jam dengan dia. Dia rasa kau ni dah macam jadi bayang-bayang
yang mengekori dia setiap masa. Then dia dah jemu nak dengar semua keluhan kau.
So please lah wey, dia totally annoyed with you. Please leave him alone”
Tersentak aku mendengar setiap kata yang
dituturkan oleh Hyosung. Airmata bercampur darah mengalir deras menuruni pipi bukan kerana
kesakitan yang dialami tetapi kerana keperihan hati menanggung kata-kata yang
menghunus tajam tepat ke arah dada. Ianya menambah kesakitan apabila ayat itu
keluar dari mulut orang lain bukan dari AJ. Ketika itu, sebaldi air dicurah ke
atas diri membuat aku mengelesat dan badan menggigil kesejukan gara-gara air
sudah membasahi tubuh badan.
Mulut ketika itu hanya memohon pertolongan.
Hati terdetik nama Gikwang tetapi ianya hilang serta merta apabila teringat
kembali ayat yang keluar dari mulut Hyosung. Sepintas lalu aku melihat seperti
Gikwang turut berada di depan mata. Mulut seperti ingin mengucapkan terima
kasih tetapi ianya hilang gugur begitu sahaja. AJ hanya melihat sambil
tersenyum sinis. Dia hanya memandang aku lalu memberi jelingan sambil memalingkan muka. Mana perginya AJ yang dulu? AJ yang
sering melindungi aku dalam apa jua keadaan. Sering temankan aku waktu susah senang. Menghapus airmata ketika ianya jatuh ke bumi. Dia meninggalkan aku disitu
bertemankan hati yang luluh dan badan yang terlampau kesakitan. Ayat yang dia
tuturkan sekali lagi membuatkan nyawa aku seperti telah diragut.
“Nak buat apa dengan budak ni, buatlah. Sampai tak boleh bangun esok pun okay. Budak annoying macam dia ni patut diajar. Kalau tak 24jam nak menyusahkan aku”
Aku cuba untuk bangun gara-gara terlampau geram dengan kata-kata tersebut tetapi sekali lagi perutku ditendang kuat. Aku tersungkur disitu dan muka tersembam ke atas lantai. Hidung mengalirkan darah yang begitu banyak. Aku mengesatnya dengan tangan dan memandang AJ dengan penuh simpati. AJ hanya beredar dari situ tanpa berkata apa-apa. Aku hanya berserah kepada Tuhan
kerana tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Badan sudah tidak mampu untuk memberi
kerjasama kerana terlampau dilanda kesakitan. Tetapi pintu tandas kedengaran
ditendang kuat dan semua badan disitu ditolak kuat oleh seseorang sehinga satu
persatu tubuh rebah ke bumi. Hyosung yang berada di depan juga mengalami nasib
yang sama.
Lee Hongki. Nama itu meluncur keluar dari
bibir. Air yang tersisa di baldi dituang Hongki ke atas Hyosung kerana terlalu
geram mungkin. Ketika itu airmata seolah-olah tidak berhenti mengalir mungkin
kerana bersyukur akhirnya ada seseorang yang ingin melepaskan diri dari terus
terseksa. Dia mengangkat aku keluar dari tandas tersebut. Sempat bibir
menuturkan satu ayat di dalam kelemahan yang melanda diri.
“Terima kasih….sebab datang” tercungap-cungap bibir dipaksa berkata-kata
“Maaf saya lambat. Saya minta maaf sangat-sangat” airmata
kelihatan mengalir di pipinya tetapi cepat-cepat dikesat menggunakan hujung
jari.
***************
Terasa pedih apabila luka itu
disentuh oleh ubat penahan sakit. Sekali kala mulut mengeluarkan desahan yang
agak kuat kerana tidak tahan menahan kesakitan. Setiap luka dicuci satu persatu
oleh Hongki, lelaki yang cukup mencintai aku. Begitu tekun dia merawatnya dan
aku hanya memerhatikan dia. Sehinggalah dia tiba ke kawasan muka, dia merawat
luka dipipi akibat tumbukan yang agak kuat dan airmatanya jatuh satu persatu.
Dia berhenti seketika sambil memalingkan mukanya. Tersedu sedan dia menahan
kesedihan. Dia mengelap airmata dan meneruskan kerja yang tertangguh dan sekali
lagi dia berhenti kerana airmata yang tidak tertahan.
Kepalanya aku tarik perlahan menghadap ke
arah mukaku. Airmata yang mengalir dipipinya cepat-cepat aku kesat. Kepalanya
ku usap perlahan. Aku menggeleng-geleng kepala supaya dia tidak menangis lagi.
Dia hanya memandang tepat ke arah aku dan mata kami bertautan. Ayat dia membuat
aku tersentak.
“Kenapa saya tidak dilahirkan untuk menjadi
Gikwang. Kenapa bukan saya mengenali awak dahulu. Kenapa bukan saya yang
memiliki hati awak. Kenapa bukan saya yang dicintai awak. Kalau saya jadi
Gikwang, mungkin muka awak tidak akan mempunyai kesan calar sedikitpun seperti
sekarang. Cukuplah Min, berhenti seksa jiwa dan diri awak. Saya cukup derita
bila nampak airmata awak jatuh. Mungkin hari ni saya boleh protect awak, lain
hari bila saya dah tak ada saya tak boleh fikir bagaimana keadaan awak ketika
itu” tersedu-sedan dia bersuara
“ Nak tahu kenapa awak tak akan pernah jadi
Lee Gikwang selama-lamanya? Sebab awak dilahirkan untuk menjadi Lee Hongki.
Seorang lelaki yang akan menggantikan penderitaan ini kepada sesuatu
kegembiraan. Lelaki yang akan mencintai saya apa adanya. Lelaki yang akan juga
turut dicintai oleh saya. Lelaki yang akan merawat setiap luka yang ada
diseluruh tubuh dengan penuh kasih sayang. Yang akan cuba melindungi saya
walaupun terpaksa mengorbankan segala apa yang ada. Jangan minta sesuatu yang
tidak pasti, tetapi cubalah hargai setiap sesuatu yang sudah dimilki” aku
tersenyum sambil mengesat airmatanya.
“Apa maksud awak dengan lelaki yang akan
turut juga dicintai oleh awak. Jadi jawapan untuk soalan saya hari tu…..”
“Ya saya terima awak sebagai pendamping,
peneman, rakan baik, pendengar setia dan jika istilah itu digabungkan sekali
akan menjadi satu perkataan. Teman Lelaki. Ya, kini Lee Hongki rasmi menjadi
teman lelaki Lee Min Young” aku tersenyum tipis kerana luka yang ada
menyukarkan senyuman untuk terukir.
Selesai sahaja ayat aku habis dituturkan, badanku
dipeluk erat olehnya sehingga aku seperti tidak bernafas. Aku hanya membiarkan
sahaja pelukan itu. Dalam hati terdetik sesuatu. Mencuba mencintai dan
menyayangi seseorang yang menghargai kita tidak sesukar mencuba menyuruh
seseorang yang dicintai menghargai kita. Aku akan cuba membalas cinta yang kau
beri pada aku sedaya upaya yang aku mampu beri, Lee Hongki.
4 September 20XX
Hampir sebulan hubungan aku dengan lelaki
yang bergelar Lee Hongki. Hidup aku juga turut berubah 360 darjah. Dulu mungkin
susah untuk melihat senyuman iklas terukir di bibir tetapi kini tanpa sebab pun
senyuman itu juga boleh terbit dengan penuh keikhlasan. Satu sekolah turut
kecoh dengan gossip hangat kami bercinta kerana memandangkan Hongki adalah anak
kepada salah satu penyumbang dana terbesar di sekolah kami. Dan aku tidak lagi
menghiraukan kewujudan Lee Gikwang.
Segala memori yang dikongsi
bersama turut dihapus serta-merta. Semakin diingat, semakin ianya menambah luka
di jiwa. Kadang-kadang kita kena lepaskan sesuatu kenangan indah untuk mencipta
satu kenangan yang lebih baik di masa hadapan. Mungkin ianya terlalu sukar
tetapi perkara itu perlu kekuatan yang kental. Mungkin kita sudah terbiasa
dengan persahabatan yang terjalin dan apabila ianya hilang dalam sekelip mata
mungkin ianya akan memberi sedikit kesan. Segalanya memang sangat perit untuk
dijalani, tapi setiap yang berlaku pasti akan Tuhan sediakan hikmah yang
tersirat. Mungkin Tuhan nak tunjuk kita pun tidak sesempurna mana yang akan
sering ditemani, disukai dan disegani kerana ada suatu hari mungkin kita akan
kena hidup bersendirian.
Tapi
bagi aku, cukuplah hidup aku ditemani dengan dirinya. Aku tak mahu meminta yang
lebih kerana bagiku kehadiran dirinya menjadi pelengkap untuk hari-hari yang
aku jalani. Tapi kerap juga aku bersendirian kerana faktor Hongki yang sering
mewakili sekolah dalam beberapa event. Hari ini juga aku ditinggalkan tetapi
hanya untuk seketika kerana pengetua ingin berbincang sesuatu dengan Hongki.
Seperti biasa aku menunggunya dengan penuh sabar di bangku sekolah tempat
dimana Hongki meluahkan perasaan kepada aku. Bila terfikir kejadian tu balik,
aku tersenyum sendiri. Dan aku dikejutkan apabila terasa dua tangan menutup
mata. Serta merta mulut mengeluarkan sesuatu nama. Lee Hongki.
Darah seperti menyerbu ke muka ketika aku
menoleh ke belakang. Rupanya empunya tangan itu adalah Lee Gikwang. Aku terkedu
seketika dan mulut terdiam seribu bahasa. Dia duduk bersebelahan dengan aku.
Agak lama juga kami berdua terdiam dan suasana terasa amat kekok. Aku masih
tidak mempunyai kekuatan untuk mengeluarkan kata-kata kepadanya. Akhirnya dia
melepaskan keluhan sebelum meneruskan kata untuk berbicara memecah kesunyian.
“Hai Min. Lama tak tegur dengan Min. Are
you okay?”
“Emm hai. Okay je. Masih belum mati”
“Why you talking like that? About Hyosung,
I’m so sorry. Tak sangka dia akan buat kat Min teruk macam tu sekali”
“Nah, it’s okay. Kalau dia tak buat macam
tu maybe aku masih hidup dalam dunia khalayan yang penuh kepura-puraan dan
mungkin aku masih bodoh tak tahu apa itu maksud kawan sejati”
“Sorry Min. AJ bukan tak nak tolong haritu
but Hyosung force me to do that. And about what I saying to her about you, I’m
just lying bout it. You still my best friend”
“Mungkin Min dulu yang polos dan bodoh boleh
kau tipu. Tapi sekarang tak lagi. Gwaenchana. Bak kata aku tadi, aku masih
belum mati. Best friend? Jangan pernah sebut perkataan berharga tu dengan mulut
kotor kau”
“Min AJ nak minta maaf sangat-sangat. I
know you must hate me right now. I’m so sorry. If I have one thing to do to
make you forgive me i’ll do it. Just say it to me. I am willing to do it”
“Aku tak pernah benci kau.
Walaupun macam mana aku cuba pun aku tak boleh. Aku cuma benci diri aku sebab
terlalu bergantung dengan kau sampai aku ni seperti bayang-bayang kau. Cukuplah
AJ, hentikan semua ni. Kau dah bahagia dengan Hyosung dan aku pun dah bahagia
Hongki. Just follow our path life”
“Siapa kata AJ bahagia dengan Hyosung? Aku
seperti dipergunakan dengan dia. Aku nak hubungan kita yang dulu. Aku nak kau
di sisi aku semula. Aku sanggup tinggalkan Hyosung demi kau. Jebal, nado
saranghae. I love you Min”
“Kau dah gila ke apa AJ? Kau sedar tak apa
yang kau tengah cakap ni? Sedar lah AJ. Cukuplah aku cakap cukup! Jangan sebut
perkataan tu. Aku dah tetap dengan pendirian aku. Aku dah ada Hongki. Kau ni
dah kenapa? Kenapa baru sekarang wey? Kenapa bila aku dah bahagia dengan Hongki
baru kau terhegeh-hegeh cari aku. Selama ni mata kau dah dibutakan dengan ego
kau yang tinggi sampai kau tak sedar siapa yang ada dengan kau susah senang.
Siapa yang pernah mencintai kau apa adanya kau. Kenapa kau seperti nak rampas
kebahagiaan yang aku ada. Leave me alone”
“Kenapa perlu Hongki? Kenapa tak aku? Aku
tahu Min, kau masih suka aku kan? So apa kau tunggu lagi. Aku dah confess yang
aku suka dekat kau, so kau terima aku dan we will happy ? It’s so easy right?”
“And Hongki must sacrifice his own love for
me to see me with you? No way AJ! Stop AJ, you must stop all your insane action
right now. Imagine what Hyosung will feel If she hear our conversation. She
must feel so hurt and I know how much it’ll hurt”
“But just let go Hongki and I promise I’ll
take care and love you more than him. Just leave him. I really love you”
“Aku tak akan pernah tinggalkan lelaki yang
ikhlas mencintai aku dan ada bila aku memerlukan seseorang sebagai teman
meluahkan perasaan hanya untuk lelaki yang ego dan sering ingin mendapatkan apa
yang dia hendak macam kau! Kau kena tahu, tak semua benda dalam dunia ni akan
jadi milik kau bila kau menginginkannya. Tak semua!”
Dia terdiam seketika apabila mendengar ayat
yang meluncur laju keluar dari mulut aku. Mungkin dia tidak akan menyangka ayat
tersebut akan keluar dari mulut aku. Rambutnya yang sebentar tadi kemas menjadi
kusut masai. Dia kelihatan seperti sedang bergaduh dengan sisi baik dan jahat
yang berada di dalam dirinya. Dia melepaskan keluhan berat dan kembali
bersuara. Aku hanya meneliti setiap bait kata yang dituturkan oleh AJ.
“Apa yang aku dah lakukan ni? Maafkan AJ,
Min. Hanya kerana AJ rasa tercabar melihat Hongki merebut apa yang selama AJ
miliki iaitu Min buat AJ lakukan benda bodoh. AJ tak berniat nak merebut kebahagiaan
Min. Mungkin sudah sampai waktunya AJ lepaskan Min walaupun berat. Tapi Min
kena ingat, you’ll always be my friend. My best friend”
"Just remember what i say now Lee Gikwang. You'll find your true love who will love you and be beside you no matter what happen. Walau selama mana pun, kau tetap akan jumpa pendamping hidup kau. Kerana setiap manusia tu diciptakan berpasangan. And, thank you because give me such a wonderful memories for 12 years our friendship. I’ll remember you as a friend who is the best in my life”
“Thank you Lee Min Young, I’ll keep our memories together with m. You’re a miracle thing which happen in my life”
Aku hanya tersenyum apabila mendengar kata-katanya. Aku selalu terfikir apa hikmah aku tak ditakdirkan mempunyai hubungan yang lebih erat dengan Gikwang. Sekarang aku dah tahu apa hikmah yang tersembunyi. Sebab Tuhan nak aku hargai hubungan sedia ada dan persahabatan yang sedia. Dan Tuhan juga sudah menciptakan seseorang yang lebih baik untuk aku dalam menjalani kehidupan seharian.
Beberapa tahun kemudian
"Just remember what i say now Lee Gikwang. You'll find your true love who will love you and be beside you no matter what happen. Walau selama mana pun, kau tetap akan jumpa pendamping hidup kau. Kerana setiap manusia tu diciptakan berpasangan. And, thank you because give me such a wonderful memories for 12 years our friendship. I’ll remember you as a friend who is the best in my life”
“Thank you Lee Min Young, I’ll keep our memories together with m. You’re a miracle thing which happen in my life”
Aku hanya tersenyum apabila mendengar kata-katanya. Aku selalu terfikir apa hikmah aku tak ditakdirkan mempunyai hubungan yang lebih erat dengan Gikwang. Sekarang aku dah tahu apa hikmah yang tersembunyi. Sebab Tuhan nak aku hargai hubungan sedia ada dan persahabatan yang sedia. Dan Tuhan juga sudah menciptakan seseorang yang lebih baik untuk aku dalam menjalani kehidupan seharian.
Beberapa tahun kemudian
Musim luruh menjadikan keadaan sekeliling
agak dingin dan angin bertiup sepoi-sepoi cukup untuk membuat perasaan tenang
menerjah dalam diri seseorang manusia. Aku memerhatikan mereka bermain dengan
begitu gembira dan sekali sekala dia akan memeluk belakang lelaki itu dengan
kedua tangannya yang begitu kecil. Mereka berlari-lari anak dan sesekali budak
itu akan tertawa dengan penuh gembira.
Ya, budak itu adalah anak hasil perkongsian hidup dengan lelaki yang
bernama Lee Hongki. Aku memberi namanya Lee Donghae yang bermaksud laut dan aku
berharap dia akan mempunyai sifat seperti laut. Walaupun sentiasa bergelora tetapi dia akan mencuba pelbagai cara untuk kembali tenang dan dapat
mengatasi segala dugaan dan halangan dengan penuh berani. Lamunanku jauhku
terhenti apabila dia menarik baju aku. Aku mengusap lembut rambutnya.
“Omma, appa ajak balik sebab appa kata dia
nak bagi Hae adik bila kita balik rumah nanti. Cepatlah Hae tak sabar ni. Lepas
tu Hae nak bagi nama adik Hae Lee Hyukjae ye omma” dia tersenyum mesra
“Kaja! Apa lah appa kamu cakap dengan kamu
ni Hae. Omma mesti ajar appa ni. Cakap benda bukan-bukan pulak” mata
dijengilkan kearah Hongki dan dia hanya mengangkat bahu sambil membuat muka
seposen. Haih apa-apalah perangai Hongki tak berubah langsung.
Bercerita tentang Gikwang, dia menyambung
pelajarannya di University Cambridge dalam bidang pentafsiran kod matematik. Haritu
dia sempat hantar sekeping poskad dan diselitkan satu gambar. Kelihatan dia
bersama seorang perempuan tempatan yang turut belajar bersamanya di sana. Dan
berdasarkan apa yang aku fahami dalam isi kandungan poskad tersebut, perempuan
itu adalah pengganti kepada diri aku yang bermaksud perempuan yang sering
menemani dirinyaa ketika susah dan senang merangkap orang yang dicintai oleh
AJ. Ayat yang ditulis dalam poskad membuatkan aku tersenyum.
Betul cakap awak, saya dah temui kebahagiaan saya sendiri. Saya dah temui apa itu erti sebenarnya cinta. Ianya bukan berdasarkan kepada rasa ingin memiliki semata-mata tapi apa yang paling penting adalah perasaan. Mungkin selama ni saya tak pernah bersyukur dengan apa yang saya miliki. Tapi selepas awak tinggalkan saya, saya bertekad untuk cuba menghargai sesuatu. Terima kasih sebab ajar AJ apa itu erti cinta, kasih sayang dan persahabatan. One day we will meet again if God wills it. I really miss you. Take care yourself.
Aku bangga dengan AJ, dia dah
temui apa yang dia perlu dalam hidupnya. Dan aku pun dah bahagia dengan hidup
yang aku jalani sekarang. Tuhan kurniakan aku seorang suami yang terlalu memahami
diri dan menerima segala kelemahan aku tanpa sedikit pun merungut dan seorang
anak yang menceriakan lagi hidup kami berdua. Dan aku bukanlah seorang manusia
yang terlalu tamak untuk meminta lebih kerana apa yang ada sudah cukup untuk
menjadi penyebab kepada senyuman yang terukir di bibir setiap hari.










0 comments:
Post a Comment