11 February 2013

Sacrifices (Oneshot)



2 May 20XX
    “Suho akan sentiasa ada dengan Taeyeon. Kita akan jadi kawan selama-lamanya. Suho tak akan pernah tinggalkan Taeyeon walau apa pun yang berlaku. Sebab Taeyeon kawan terbaik yang Suho pernah ada dan hampir sepanjang Suho hidup, waktu Suho banyak dihabiskan bersama Taeyeon. Suho sayang Taeyeon”
    Tekak seperti perit untuk menelan segala realiti. Namun tetap aku gagahkan juga. Mata dipejamkan dan airmata mula jatuh titik demi titik. Mencuba untuk melupakan segalanya namun seperti hati tidak mahu untuk melepaskan kenangan itu pergi. Segala kenangan manis dihapuskan dengan hanya satu peristiwa. Peristiwa yang makin lama diingat, semakin ianya merentap jiwa. Sakitnya, perihnya aku menerima realiti ini. Bibir ini berusaha sedaya upaya untuk mengungkapkan perkataan “ya saya okay” tanpa meninggalkan sedikit pun keluhan di raut wajah.
    “Jangan pernah tinggalkan Suho. Suho nak Taeyeon sentiasa setia dengan Suho je. Taeyeon kena tunggu Suho dan beri masa pada Suho untuk berfikir”
    Tetapi hakikatnya, hatiku terasa amat sakit. Aku terluka tetapi aku memaksa diri berlagak kuat. Ya, aku mampu walaupun memerlukan semangat yang kukuh untuk aku terus bangkit dari kejatuhan ini. Kejatuhan yang dicipta oleh kau. Maaf, aku tidak kuat seperti apa yang kau lihat. Aku tetap juga seorang perempuan yang mempunyai hati dan perasaan. Bukan bahan boneka yang akan kau cari apabila kau di dalam kesedihan, dan kau buang boneka tersebut apabila kau sudah jemu dan menemui pengganti.
    Kau menyuruh aku untuk setia, menanti dan memberi kau waktu. Aku dengan penuh sabar, tersenyum dan setia disisi kau menanti segala apa yang ingin sampaikan. Menunggu suatu hari kau akan meluahkan kepada aku. Mungkin aku terlalu memberi harapan kepada diri sehingga mata dibutakan dengan kenyataan. Kenyataan di mana tiada satu detik pun kau belajar untuk menghargai atau menyayangi aku dengan tulus. Semua kata-kata sayang kau tu palsu sehingga aku mampu terbuai dengan perkataan tersebut.  Aku penat, penat berpura-pura aku okay melihat kau tersenyum riang. Disaat kau tersenyum tetapi bukan aku punca bibir kau menguntumkan senyuman.
    Aku tidak menyalahkan kau kerana terlalu memberi  aku harapan tetapi aku memarahi diri ku sendiri. Begitu mudah mempercayai setiap kata-kata yang kau janjikan. Begitu leka dan alpa dengan setiap harapan yang kau tuturkan dalam setiapa ayat yang kau beri padaku. Terlalu menghargai setiap benda yang kau beri padaku walaupun ianya tidak seberapa. Terharu dengan setiap benda yang kau lakukan hanya kerana aku walaupun kau menganggapnya ianya hanya perkara kecil. Mungkin kerana hati terlalu mencintai serta menghargai kau apa adanya.
   Kim Taeyeon, I’m falling in love with someone. Her name is Seo Hyun. I think I’m going crazy because of her. I will introduce you to her. I want to say to her that you’re my best friend and also my little *brother*”
Flashback
    Aku meneliti sekeliling. Mencari kelibat Suho yang dari tadi tidak muncul juga. Dah hampir dua jam aku menunggu di taman ni. Punggungku juga sudah mulai kebas akibat terlalu lama duduk dan terus menunggu. Memang setiap petang rutin harian ku adalah bermain bola sepak bersamanya. Kerana faktor perangai aku yang agak seperti lelaki, aku tidak langsung kekok bermain bersama remaja lelaki yang lain walaupun mereka tahu yang aku merupakan seorang gadis. Suho pula tidak sekali pun menganggap aku sebagai seorang perempuan.
    Tapi tak apalah, jika dengan cara seperti ini boleh membuatkan aku terus berada di sampingnya, aku rela. Walaupun kadang-kadang hati meronta untuk menceritakan hal sebenar. Aku juga mahu dilayan sebagai seorang perempuan bukan sebagai seorang adik “lelaki”. Aku juga ingin mahu perhatian, perlindungan dan kasih sayang sebagai seorang perempuan bukan atas dasar sebagai seorang adik “lelaki”. Mahu mengungkapkan segala rasa yang sudah lama dipendam. Tapi aku tidak mempunyai kekuatan untuk melakukan perkara tersebut. Aku takut, aku takut akan kehilangan Suho.
    “Dah lama ke Taeyeon tunggu? Sorry lah, tadi Suho ada hal penting sangat sebab tu lambat sangat”
    “Ala rileks sudah, macam tak biasa aku tunggu kau lama-lama. Tak apalah, at least kau datang kan walaupun berjam-jam aku tunggu. Hal apa sampai penting sangat?”
   “Kau nak tahu tak tadi kan, tadi, emm tadi.. Hohoi malu lah aku nak beritahu?”
    “Tadi kau apa? Kau ni gedik lah. Tengah beritahu je. Mengada sangat. Apa dia?”
    “Tadi aku confess dengan budak perempuan paling lawa dekat sekolah kita, Seohyun”
    “Oh yeke…..? Emm then dia balas apa?”
    Gugur jantungku ketika itu. Telinga seperti tidak mahu mengiyakan setiap kata-kata yang dituturkan Suho ketika itu. Aku mencuba untuk berlagak biasa tetapi aku seakan tidak mampu. Airmata seperti ingin jatuh tetapi aku tetap menahannya dengan melemparkan senyuman yang penuh dengan kepalsuan. Mungkin kerana terlalu dilamun cinta, Suho tidak langsung perasan pada perubahan airmuka aku.
    “Dia terima aku sebagai teman lelaki dia, aku tak expect langsung yang dia akan terima cinta aku. Oh thanks god. Akhirnya ada juga perempuan yang akan menemani hidup aku”
    Perempuan yang akan menemani hidup kau. Aku hanya mampu mengeluh pendek. Benar sangkaan aku, tidak sedetik pun Suho menganggap aku sebagai seorang perempuan. Di matanya, aku hanya lah seorang lelaki yang tiada beza dengan dirinya. Tak apalah, mungkin sudah sampai masanya Suho merasai kasih sayang dari seorang prempuan sebenar. Bukan seperti aku, hanya sebagai wanita di atas kertas bukan dari penampilan sebenar.
    “So apa plan kau dengan dia lepas ni?”
    “Dah couple, tak akanlah buat bodoh je. Mestilah aku akan keluar date dan spend masa dengan dia. Maybe lepas ni aku akan busy sikit kot. Hah bila aku tak datang latihan bola, kau main lah sendiri okay”
    “Takkan lah sampai tak ada masa nak main bola dengan aku pun”
    “Aku dah bosan lah menghadap muka kau, bagilah aku chance dengan girlfriend aku pula. Kalau ada masa aku mainlah. Janganlah serabut sangat.”
    Aku hanya mampu mengangguk ketika itu. Kepala hanya ditundukkan ke arah tanah. Menahan dari airmata jatuh, menahan segala keperihan di hati. Kaki menguis-nguis tanah. Tidak sekali pun aku mengangkat muka untuk memandang tepat ke arah Suho ketika itu. Hati aku betul-betul terluka ketika itu sehingga aku tidak langsung mempunyai semangat untuk memandang wajahnya.
    “Hah, aku datang ni pun sebab aku nak beritahu aku tak boleh join main bola petang ni. Tu Seohyun dah tunggu, kiteorang nak pergi ice skating”
    Suho melambai ke arah Seohyun. Aku hanya memandang Seohyun sambil menganggukkan kepala tanda hormat dan salam perkenalan. Ice skating? Tempat di mana aku dan Suho sering menghabiskan waktu bersama. Hanya kami berdua. Menurut Suho, dia tak akan membawa sesiapa ke sana kecuali aku sebab aku merupakan orang yang paling istimewa dalam hidupnya. Oh kini, tempat aku telah diganti oleh Seohyun. Pengganti kepada teman istimewa Suho. Aku memegang dada, terlalu sakit.
    “Dahlah, aku dah lambat. Nanti malam kalau ada waktu, aku call kau eh macam biasa. Anyeong”
    Sejurus sahaja kelibat Suho hilang dari pandangan, airmata mula jatuh membasahi tanah yang kering. Teresak-esak aku disitu. Mengeluarkan segala keluhan dan kesakitan yang dipendam. Kaki diangkat dan dikepit oleh tangan. Aku duduk mencangkung di atas bangku. Muka dibenamkan ke atas peha dan aku menangis semahunya. Tidak langsung aku memerhatikan keadaan sekeliling. Aku terlalu terbuai dengan kesakitan dan kedukaan yang amat sangat. Rasa sedih tidak mampu dibendung lagi.
    Kini aku benar-benar sudah kehilangan Suho. Aku tidak mampu menerima kenyataan tersebut. Namun title kawan masih tetap dipegang aku membuatkan aku sedikit lega. Aku kena berusaha untuk menerima realiti yang perit ini. Benar kata orang, mencintai seseorang bukan bermaksud kita harus memilikinya. Membiarkan orang dicintai bahagia bersama orang yang dicintainya dan gembira disaat bibirnya menguntumkan senyuman. Itulah yang dipanggil cinta sejati.
XXXXXXXX
    ”Hoi, kau ngelamunkan apa tu? Jauh betul termenung. Sampai tak nampak aku kat depan ni”
    “Ehh, tak ada apa-apalah. Sibuk jelah Suho ni. Mana awek kau? Tak datang?”
    “Dia ada hal, so aku spend lah waktu aku dengan kau. Kan dah lama kita tak lepak sama-sama. Hohoi rindu”
    “Ahh kau mengada, jangan nak rindu sangat. Karang awek kau tahu, mahu aku dikerjakan dengan dia”
    “Alah setakat kau yang tomboy ni tak akan lah dia nak jealous. Apalah sangat. Lagipun dia tahu kau tu takkan standing dia. Dia tu feminim, tak macam kau tomboy. Haha”
    “Betul juga, berangan tinggi sangat pulak aku” aku tersenyum kelat
    “Eh maaf, bukan niat aku nak buat kau terasa. Maaflah”
    “Rilekslah bro, apa lah sangat. Aku pun tak hingin dengan kau. Setakat kau, aku boleh dapat yang lagi baik. Haha”
    “Betul Juga, kau kan suka perempuan. Mana pandang lelaki”
    “Emmm, yelah tu. Betul….”
    “Maaf, disebabkan Seohyun aku selalu lupakan kau. Kita dah jarang spend waktu sama-sama. Mesti kau rasa aku ni kejam kan”
    “Eh tak adalah Suho. Tak apalah, aku faham. Janganlah risau. Aku tak apa-apa. Janganlah rasa bersalah sangat okay”
    “Tapi still aku rasa aku kawan yang tak berguna. Dulu aku janji, kita akan jadi kawan untuk selamanya. Tapi sekarang lain pula ceritanya”
    “Dah-dah tak payah nak jiwang sangat sekarang ni, Kau ni tak payah fikirlah”
    “Yelah, baru nak feeling sikit. Jom kita keluar weekend ni. Aku tak ada apa-apa rancangan dengan Seohyun. Jom kita pergi main ice skating. Rileks, kita berdua je”
    “Serious? Okay cantik. Aku pun dah lama tak pergi main ice skating. Oh yeah”
    “Tak payah lah teruja, sangat. Macam baru first time aku ajak kau keluar pulak”
    Of course aku teruja Suho. Dah lama sangat kau tak ajak aku keluar. Kau selalu habiskan masa kau dengan Seohyun. Kau lupakan aku yang selama ni temankan hari-hari kau. Tak apalah, lagipun kau dah minta maaf kan. Aku maafkan segala kesilapan kau. Aku tahu, kau dilema untuk memilih diantara rakan dan teman wanita. Tak apa aku faham. Aku mengomel sendirian di dalam hati sambil tersenyum nipis.
XXXXXXXX
    Kaki menguis saji yang sudah menyelaputi jalan. Sekali-sekala keluhan pendek terbit mengeluarkan asap kesejukan dek cuaca yang semakin lama semakin dingin. Jaket panas yang membalut tubuh didekatkan lagi untuk memanaskan badan. Cuaca hari ni sejuk daripada biasa tidak seperti hari-hari yang lain. Aku duduk di bangku, menunggu dan terus menunggu. Hari semakin gelap, tetapi aku tetap menunggu dirinya yang tidak kunjung tiba.
    Mana perginya Suho, kata nak main ice-skating. Dah lama aku tunggu. Telefon pun tak angkat, sms tak  balas. Aku mula risau, takut jadi apa-apa pada dia. Aku still menunggu, disebabkan dia sudah berjanji dengan aku. Selambat mana pun, dia tetap akan datang kalau dia sudah memberi janji. Tidak sekali pun dia akan terlupa. Itu memang sifat asal dirinya. Mungkin kerana itulah, aku masih disini, didalam kesejukan dan salji turun semakin lebat menunggu dirinya yang tidak muncul atau kelihatan bayangnya.
Badan sudah mulai menggigil, batuk juga sudah kedengaran. Hari sudah larut malam. Aku cuba mencari kelibatnya tetapi hampa. Dia tetap tidak ada. Aku melentokkan badan di bangku kerusi. Penat menanti dirinya, dada juga sudah semakin sesak gara-gara kesukaran untuk bernafas akibat cuaca yang amat sejuk. Kelakar lah aku ni, orang lain kat rumah depan pemanas, aku pula di luar menunggu orang didalam kesejukan. Kelihat tempat ice-skating juga sudah ditutup dan sudah pun gelap di tempat tersebut.
    Mungkin Suho ada hal mendadak agaknya sampai dia tak sempat nak datang. Tak apalah, maybe dia sakit ke, dapat demam agaknya. Aku mencuba bersuara memberi alasan untuk menyedapkan hati sendiri. Aku berjalan pulang ke rumah ditemani lampu jalan yang suram dan cuaca yang sejuk. Sesejuk hati aku sekarang ini. Kaki melangkah setapak demi setapak, tetapi mata seperti kabur dan akhirnya aku jatuh menyembah bumi.
    Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Aku aneh, sejak kebelakangan ini aku sering jatuh tanpa aku sedari dan apabila aku sedar anggota badan aku sudah pun luka-luka. Mungkin disebabkan aku seorang yang sangat mengelamun, aku cuai dengan keadaan aku sendiri. Aku segera bangun dan tidak aku sedari lutut aku luka gara-gara kecuaian aku sendiri. Terhincut-hincut aku berjalan untuk pulang ke rumah. Tetapi sampai sahaja aku di depan pintu pagar, kepalaku terasa begitu sakit. Badanku berpeluh-peluh, tetapi aku merasa begitu sejuk. Aku mengumpulkan tenaga yang ada untuk bingkas bangun tetapi hampa. Kaki seperti tidak mahu memberi kerjasama.
    Dengan berbekalkan semangat yang tinggal, aku menyeret badanku untuk masuk ke rumah. Seluruh badanku seakan lumpuh. Agak lama baru aku sampai di depan pintu bilikku. Aku mencari ubat di dalam laci lalu aku menelannya. Seketika kemudian, baru aku dapat merasa badanku kembali dan aku menuju ke katil sambil menarik selimut menyelimuti seluruh badanku. Aku menggigil kesejukan tetapi badan ku dibasahi dengan peluh. Aku menahan derita ini seorang diri. Tanpa seorang mengetahui keadaan aku. Suho pula tidak memberi sebarang khabar berita. Kerana terlalu sakit, aku tertidur sehingga tidak aku sedari airmata mengalir di pipi.
XXXXXXXX
    Aku duduk di atas bangku yang disediakan di atas taman sekolah. Aku melepaskan keluhan pendek. Memerhatikan keadaan di persekitaran sekolah mungkin disebabkan sudah dua hari tidak masuk sekolah gara-gara sakit yang membuatkan aku tidak mampu untuk bergerak. Tiada perubahan apa-apa. Aku tetap sendiri tanpa ditemani oleh sesiapa pun. Tiba-tiba satu suara mengejutkan lamunan aku.
    “Kau kemana dua hari tak masuk sekolah? Kau ni annoying lah, disebabkan kau tak datang aku terpaksa buatkan kerja sekolah untuk kau. Menyusahkan aku betullah kau ni”
    “Sorry Suho, aku tak berapa sihat”
    “Tomboy macam kau pun boleh jatuh sakit ke? Lemah betul kau ni. Kau tak payah bohong lah der, paling tak pun kau ponteng sekolah kan pastu hidup kau tahu nak menyusahkan aku je. Then alasan kau sakit. Basi ah wey alasan kau”
    Aku tersenyum kelat. Bukan jawapan itu yang aku nantikan untuk keluar dari bibir kau. Tapi kata-kata dorongan yang aku perlukan. Kata-kata semangat bukannya kata-kata yang lagi menjatuhkan aku. Maaf, kau memang benar-benar sudah berubah. Memang aku tomboy, tapi tomboy memang tak boleh jatuh sakit ke? Setiap kali kalau aku bagi alasan aku sakit, mesti kau tak nak percaya. Pembohong sangat ke muka aku ni. Apa aku ni tak berhak nak diberi kata-kata semangat . Sakitnya hati ketika itu seperti dihiris-hiris. Airmata sedaya upaya ditahan supaya tidak jatuh.
    “Oh ye, malam hujung minggu hari tu kan aku spend night dekat rumah Seohyun. Well kesian dia sebab parents dia tak ada kat rumah. So aku temankan dia. Kiteorang main permainan truth or dare yang kita selalu main tu. Tapi main dengan dia lagi best dari main dengan kau kot. Then aku ajar dia main gitar, then dia buatkan aku hot chocolate. Sedap gila kot”
    Patutlah kau tak datang jumpa aku malam tu dekat tempat ice-skating, hati ini turut berkata-kata.
   “Pehal kau senyap wey? Hak alah kau ni over ahh. Aku cerita sikit kau dah menyampah nak dengar”
    “Bukanlah, aku kan kata aku tak berapa sihat”
    “Suka hati kau ahh. Malas aku nak dengar alasan gila kau ni. Disebabkan aku dah buat kerja sekolah kau, kau tolong buat semua presentation kita sendiri ehh. Aku dah janji nak keluar dengan Seohyun. Okay aku gerak dulu bro. Bye”
    “Okay, I will”
    Sejurus bayang Suho tidak lagi kelihatan,  airmata berlumba-lumba jatuh dari tubir mata. Muka disembamkan ke atas dua tapak tangan. Takut dilihat oleh orang sekeliling. Lima jam diri menunggu dengan penuh kesabaran di depan tempat ice-skating ditemani salji yang lebat sedangkan kau duduk di dalam rumah bersama orang tersayang dan menikmati hot chocolate. Tamak sangat ke aku ya Tuhan? Aku hanya mahu diberikan sedikit waktu untuk bersama dengan Suho. Aku tak minta lebih dari itu. Cukuplah dia meluangkan sedikit waktunya untukku. Salji kembali turun dengan lebatnya mengiringi airmata yang jatuh di pipi.
XXXXXXXX
     Mana pula si Seohyun ni. Kata nak jumpa aku dekat taman sekolah. Ni batang dia hidung dia pun aku tak nampak, gumamku sendirian,
    Aku menyeluk poket seluar untuk mencari kembali surat yang diberikan oleh Seohyun dan meneliti kembali isi kandungan surat tersebut.

Meet me at school garden at 12 pm.  I hope you will go there because I want to talk to you about something
Please Taeyeon, I beg you. Just this time and I’ll never ask for anything again.
-Seo Joo Hyun
     “Sorry Taeyeon, saya lambat ye?”
    “Eh tak adalah. Tak lama pun saya tunggu. Saya pun baru sampai” senyuman diberikan
    “Seohyun bazirkan masa Taeyeon ke?”
    “Tak adalah. Tapi kenapa ye Seohyun nak jumpa Taeyeon ni”
    “Actually ni pasal Suho”
    “Ehh kenapa pulak dengan Suho? Dia ada apa-apa ke?”
    “Emm emm Taeyeon please… jauhkan diri dari Suho”
    Terkejut bukan kepalang ketika itu, airmuka seolah baru berubah tapi tetap di tahan. Sambil menarik nafas panjang, ayat kembali dituturkan.
    “Tapi kenapa pula? Taeyeon tak ganggu pun hubungan korang”
    “Yes! Taeyeon ganggu hubungan kiteorang. Taeyeon menyemak je. Annoying habis. Please lah, Suho kawan dengan Taeyeon sebab kasihan dengan Taeyeon je. Dia kawan dengan kau sebab dah banyak terhutang budi dengan kau, dengan mak bapak kau! Kau keep pressure dia, so macam mana dia nak tinggalkan kau. Kau tu dah lah tomboy, sedarlah diri sikit”
    “Yes, aku memang tomboy tapi aku pun ada perasaan juga! And another thing, seumur aku hidup tak pernah sekali pun aku minta balasan atas budi yang aku bagi pada Suho. Tak pernah, walau sekali. Aku tak pernah paksa dia stay dengan aku sebagai kawan, aku tak pernah keep pressure dia untuk jadi kawan aku. So what kalau aku tomboy? Ganggu kau ke!”
    “Yes kau ganggu! Kau buat semak pandangan aku. Then kau ingat aku bodoh ke wey? Kau ingat aku tak tahu yang kau tu sayangkan Suho, dah jatuh hati dengan Suho. Hak alah, setakat kau yang tomboy ni pengemis pun ludah kalau kau offer diri kau nak jadi girlfriend dia. Kau tak payah nak berlakon yang kau tu kononnya care segalanya bout Suho. Annoying kot! Dia tu ada aku sebagai makwe. So kau please stay away. Kau ni menjijikkan, try lah sekali jadi perempuan. Ni lelaki juga yang kau nak jadi. Alahai buruk betul muka kau tomboy”
    Kemarahan di dalam hati semakin meluap. Sedaya upaya aku tahan supaya ianya tidak meletus.
    And more thing, kau ingat aku tak tahu yang kau janji nak main ice skating dengan dia sabtu lepas. Konon nak spend masa together. Kesian kau kan, tunggu sorang-sorang ye macam orang bodoh sedangkan aku duduk bersenang-lenang dengan Suho dalam rumah. Kau ni kan forever alone. Dah tahu orang tak suka dekat kau, still terhegeh-hegeh offer diri nak temankan Suho konon. Kau boleh blah lah perempuan. Sad life betul kau ni”
    “Pang”
    Tanpa disedari satu tamparan hinggap di pipi Seohyun. Airmata sudah tidak tertahan lagi. Terasa maruah seperti dipijak berulang kali. Sakitnya di hati hanya Tuhan yang tahu. Suatu suara menerpa menambah lagi kesakitan di hati.
    “Hoi Taeyeon! Jangan mentang-mentang aku anggap kau sebagai kawan, kau boleh senang-senang tampar kekasih aku. Kau ni dah kenapa? Setakat aku dah jarang luangkan masa dengan kau, bukan bermaksud kau boleh lepaskan geram kau dekat kekasih aku. Hoi tomboy sedarlah diri sikit! Cermin diri kau! Kau pehal berani dengan perempuan! Kau tomboy lawannya dengan lelaki! Apa barang kau ni!”
    “Suho, tahu tak apa dia cakap apa dengan Seohyun? Dia kata Seohyun ni punca persahabatan korang jadi renggang. Yeke? Kalau betul, maaflah. Seohyun tak berniat langsung nak buat macam tu. Seohyun ni penganggu ke? Kalau Seohyun ni macam penganggu, Seohyun rasa lebih baik kita putus jelah” Seohyun memandang aku sambil tersenyum
    “No need to break actually my dear. Dia sebenarnya jadi punca hubungan kita terganggu. Memang dah lama Suho nak cakap yang actually dia yang menyemak dalam hubungan kita. Tapi serious Suho tak sampai hati. Well dah jadi macam ni, orang macam ni elok ditinggalkan. Patut lah tak ada kawan. Perangai macam sampah. Sapa jelah yang boleh tahan. So Taeyeon, you’re not my friend anymore. I don’t have a shit friend like you. You’re just a trash. So bye”
    Suho menarik tangan Seohyun lalu beredar dari situ. Seohyun sempat melemparkan senyuman sinis ke arah aku. Ketika itu, dunia seakan gelap seketika. Airmata tidak tertahan kerana hati seolah tidak tahan dihina sedemikian rupa. Dituduh tanpa mampu membela diri sendiri. Tidak langsung diberi ruang untuk menjelaskan segalanya. Hanya mampu berdiri tegak sambil mendengar diri dihina, dikatakan sebagai sampah. Begitu hinanya diri ini sehingga di label sebagai sampah oleh kawan sendiri.
    Aku terduduk di atas bangku. Mata dipejamkan, kembali mengimbau segala kenangan lama. Aku seolah-olah berharap otak ku ketika itu seperti computer yang mampu membuang segala memori dan segala kenangan yang tercipta ketika aku bersama dengan Suho. Tapi hampa, melupakan sesuatu yang sudah sebati dengan hidup bukanlah satu perkara yang begitu senang. Bukan semudah seperti memetik jari. Ya Tuhan, apa hikmah disebalik dugaan yang begitu berat kau berikan pada aku. Sungguh aku tidak begitu kuat untuk menjalaninya. Kau tunjukkanlah hikmah mengapa kau berikan aku takdir sebegini rupa. Terlalu tamakkah aku dengan kehidupan aku sekarang ini.
 End Of Flashback
    “Taeyeon, kamu dah fikir masak-masak ke?”
    “Omma,saya terpaksa pergi. Sebab saya…”
    “Sebab kamu penghidap leukemia tahap terakhir. Begitu? Jadi kamu nak pergi tinggalkan omma, kalau jadi apa-apa dekat kamu di sana macam mana?”
    “Omma, saya pergi ke france untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik. Dulu, omma juga yang sarankan Taeyeon ke sana. Omma, hidup Taeyeon dah tak lama”
    “Aishh, kamu tak boleh cakap macam tu. Kamu tak boleh menyerah. Omma tahu kamu kuat. Jangan pernah putus asa. Omma tahu anak omma seorang yang sangat tabah”
    “Tapi, saya dah terlalu penat dengan dunia ni. Penat dengan hinaan, cacian, tuduhan yang sama sekali tidak Taeyeon lakukan. Omma, hina sangat ke orang macam Taeyeon ni? Hina sangat ke kalau perangai Taeyeon sedikit seperti lelaki? Kenapa semua orang benci dan hina Taeyeon”
    Airmata omma mula menitis satu persatu. Menyesal kerana aku membangkitkan hal tersebut. Menyesal kerana membuat airmata omma jatuh. Sungguh aku tak berniat. Cuma rasa teringin untuk mengetahui apakah salah aku sehingga dipandang sebegitu hina oleh orang dan tidak langung rasa dihargai mahupun dengan kawan baik sendiri. Oh lupa, aku mana ada kawan baik. Aku tersenyum nipis.
    “Kamu bukan seorang manusia yang hina. Tapi kamu istimewa. Biarlah manusia lain pandang kamu penuh kehinaan dan biarlah hanya omma seorang sahaja pandang kamu sebagai seorang yang sangat istimewa. Omma yang melahirkan kamu, membesarkan kamu. Tiada satu hak pun pada mereka untuk menghina kamu. Biarlah, relakan apa yang mereka katakan, kutukkan. Asalkan omma tahu, kamu yang paling istimewa di hati omma.
    Airmata menitis ketika itu mendengar setiap bait kata yang dituturkan oleh omma. Tidak aku sangka perkataan sebegitu rupa akan keluar dari bibir omma. Betullah kata orang, ibu mana yang tak sayangkan anak dia. Sehina mana pun anak dia, itu tetap anak yang dia lahirkan, besarkan. Syukur aku dapat seorang ibu yang begitu memahami aku, cukup menyayangi aku apa adanya. Sekali lagi ayat omma menyentap raga aku.
    “Pergilah, omma relakan. Kamu dah cukup penat dengan dunia ni. Kalau rawatan kamu di France tak berjaya dan akhirnya kamu tetap akan pergi tinggalkan omma, tak apalah. Omma dah redha dah. Omma dah tak rela tengok kamu menderita sebegini rupa di tambah lagi dengan orang sekeliling yang begitu tidak menghargai kamu, tidak menyedari yang kamu wujud bersebelahan mereka. Taeyeon, ingat satu pesan omma. Sesukar mana pun keadaan kamu di sana, ingat yang omma selalu dan sentiasa sayangkan kamu. Maafkan omma sebab tak mampu menemani kamu. Omma akan selalu ada di hati kamu. Di hati omma, kamu adalah anak perempuan terbaik omma. Saat yang paling berharga dalam hidup omma adalah melahirkan anak yang baik seperti kamu ke dunia ni. Kamu kenangan terindah omma.
    Aku memeluk omma. Sukar melepaskan pelukan ini. Mungkin ini adalah pelukan terakhir. Siapa tahu?
5 Tahun Kemudian
    Aku kembali ke tempat di mana seorang budak perempuan yang bernama Kim Taeyeon dilahirkan, Seoul Korea. Ya, tempat di mana segala duka dan kesakitan ditinggalkan oleh aku buat kali terakhir. Tempat dimana aku kehilangan satu-satunya kawan baik yang aku ada. Tempat dimana mengajar aku menjadi seorang yang lebih tabah dan tidak pernah putus asa. Kini aku kembali, kembali berpijak di dunia realiti. Di negara yang memberikan aku seribu satu kenangan dan pengajaran yang tersisip di setiap kenangan yang dicipta oleh aku. Mungkin segalanya sudah berubah. Mungkin berubah menjadi yang lebih baik atau mungkin menjadi lebih teruk. Atau segalanya tidak langsung berubah dari pertama kali aku menjejakkan kaki keluar dari negara ini.
    Oh kali terakhir aku berhubung dengan omma sewaktu di France, omma ada kata yang Suho datang ke rumah untuk cari aku. Omma ada kata yang dia nak minta maaf pada aku sebab terlalu percayakan Seohyun. Dia putus dengan Seohyun sebab dapat tahu Seohyun main kayu tiga dan dia dapat tahu Seohyun punca tali persahabatan kami putus. Dia nak minta maaf sebab tak percayakan aku yang dah lama kawan dengan dia tapi berpaling pada orang yang baru sahaja dia kenali. Tapi omma ada cakap, semuanya dah terlambat sebab aku dah pun berangkat ke France ketika itu.
    Aku melihat sekeliling, dan kelihatan omma tersenyum bangga sambil memegang sesuatu keluar dari pintu lapangan terbang. Suatu bekas yang begitu bermakna dalam hidup omma. Bekas itu dipegang erat olehnya dan sekali-sekala airmata seperti ingin jatuh dari pipinya tapi dapat aku rasakan omma menyembunyikan airmata tersebut. Bekas dimana tersimpan abu mayat satu-satu anak kesayangannya. Anak yang berjaya dia didik untuk menjadi seorang yang tabah. Menjadi seorang yang pasrah menerima segala ketentuan Tuhan.
    “Maafkan saya makcik, anak makcik tidak dapat kami selamatkan. Penyakit leukemia dia terlalu teruk”
   Anyeonghaseyo Suho,
       Hey, are you still remember me? If not, I’ll introduce myself. Choneun Kim taeyeon imnida. I used to be your friend. Emm where should I start? Firstly, I want to say I will leave Korea and went to somewhere to solve some things. I want to say sorry if I had done mistakes to you. Seriously I don’t really meant to do it. Thank you sebab dah sudi jadi kawan Taeyeon selama beberapa tahun ni. Terima kasih sebab dah jadi sebahagian dari kenangan hidup Taeyeon. Maaf kalau perangai Taeyeon selama ni buat Suho rasa annoying. Maaf kalau Suho malu dengan Taeyeon sebab Taeyeon ni tomboy. Maaf kalau perangai Taeyeon buat Suho rasa malu sangat dapat kawan macam Taeyeon. Serious, Taeyeon buat macam tu sebab Taeyeon tak tahu lagi macam mana nak rapat Suho. Taeyeon takut kehilangan Suho. Tapi, perkara yang paling Taeyeon takutkan betul-betul dah terjadi. Tapi betul, Taeyeon tak pernah sekali pun halang hubungan Suho dengan Seohyun. Sekali pun tak pernah. Malah Taeyeon gembira dapat tengok Suho gembira dan tersenyum macam tu sekali even Taeyeon tahu bukan Taeyeon punca Suho tersenyum.  Taeyeon teringin walaupun sekali jadi sebab bibir Suho menguntumkan senyuman. Tapi Taeyeon tahu, tu semua takkan pernah jadi kenyataan. Bila Suho cakap Taeyeon sampah hari tu, serious Taeyeon sikitpun tak marah. You have a right to scold someone and mad cause you think I disturb your gf right? I’m so sorry. Suho ahh~~ Taeyeon rindu sangat dengan Suho. Taeyeon rindu nak ketawa dengan Suho, share some secrets together, nak pinjam bahu Suho bila Taeyeon nangis. Taeyeon harap bila Taeyeon kembali, kita boleh buat semua perkara tu semula. Bye Suho.
Sincerely
Kim Taeyeon 

0 comments: