Wooyoung POV
Maaf Jieun, pihak hospital sudah meneliti segala simptom-simptom yang berlaku ke atas kamu dan kami juga sudah menjalankan beberapa pemerhatian. Kamu menghidap penyakit jantung berlubang tahap terakhir
Ayat yang dikeluarkan oleh Doktor Kim di hospital masih terngiang-ngiang di telingaku. Sebentar tadi Jieun rebah menyembah bumi apabila Doktor Kim menyatakan perkara tersebut kepadanya. Mujurlah dia bangun semula dan terus melangkah keluar tanpa berkata apa-apa. Nasib baik aku sempat menyorok, kalau tak mesti dia tahu aku intip dan curi dengar semua perbualan dia.
Sebenarnya tujuan aku ke hospital untuk melawat Jieun kerana dengarnya dia pulang ke rumah hari ni. Sebab tu lah niat di hati nak mejemput dia pulang memandangkan kelibat Donghae langsung tidak kelihatan. Kenapalah mamat tu selalu tak ada saat Jieun betul-betul perlukan sokongan dia. Aku tidak dapat menahan perasaan geram kepada Donghae. Masa Jieun pengsan pun dia tiada, sekarang Jieun macam ni pun dia masih tak ada.
Aku mula mengekori Jieun sejak dari hospital tadi kerana aku takut apa-apa akan berlaku kepadanya dalam keadaan emosinya yang tak stabil. Sekali-sekali aku menyorok supaya Jieun tak nampak aku. Tak apalah, lagipun selama ni pun dia tak pernah nampak aku wujud bersebelahan dia dan selama ni aku lah yang selalu ada masa dia susah dan senang. Yang dia tahu cuma Donghae dan Donghae. Aku pun dia nampak macam Donghae. Kenapalah aku bersikap keanak-anakan ni. Bukan dulu aku dah janji asalkan Jieun bahagia aku sanggup korbankan segala-galanya. Kenapa sekarang baru nak menyesal. Aku merasakan seperti sisi baik dan jahat diriku sedang bergaduh.
Kaki ku berhenti apabila kaki Jieun juga berhenti. Dia duduk mecangkung di tepi jalan sambil tangannya memeluk erat kedua kakinya. Dia menutup seluruh mukanya dan selepas itu tangisannya mula kedengaran. Dia menangis semahu-mahunya seperti esok sudah tiada untuk dirinya. Dia teresak-esak dan tersedu sedan. Air matanya seperti tiada tanda-tanda akan berhenti. Tiba-tiba ada sesuatu yang merentap jantungku dengan kuat. Aku merasakan kesakitan yang amat sangat melihat keadaanya seperti itu. Seperti ingin mati melihat titis-titis mutiara jernih jatuh dari tubir matanya. Perasaanku tidak dapat dibendung lagi. Aku terus mendapatkannya dan aku memeluknya dengan erat.
Dia terkejut dengan tindakanku dan apabila dia mendongak melihat wajahku, dia membiarkan sahaja pelukanku.
"Wooyoung, Jieun tak boleh tanggung semua ni sendiri. Kenapa Tuhan bagi Jieun dugaan yang berat sebegini rupa kepada Jieun. Kenapa Wooyoung ! Kenapa !" Jieun bersuara dengan nada separa menjerit sambil menahan air mata yang makin laju meluncur turun.
"Tak apa, Jieun nangislah. Nangis. Jangan simpan sendiri. Wooyoung ada temankan Jieun. Jieun kena ingat Tuhan jadikan segalanya selalu ada hikmah. Jangan pernah menyalahkan takdir kerana Tuhan tidak akan menguji seseorang jika dia tak yakin bahawa orang itu akan dapat menaggungnya" aku cuba memujuk Jieun
"Tapi Jieun tak boleh laluinya sendirian. Jieun tak kuat. Jieun..."
"Dah dah Wooyoung kan kata Wooyoung akan temankan Jieun walau apapun yang terjadi" aku memotong kata-kata Jieun. Aku akan sentiasa di sisi kau Jieun walaupun hanya sebagai insan yang bergelar KAWAN aku besuara di dalam hati.
Jieun POV
Kata-kata Doktor Kim masih melekat di fikiranku. Aku hanya bingung. Aku keluar dari ruangan Doktor Kim pun aku tak perasan. Aku tak dapat berfikir apa-apa. Aku merasakan aku hanya seorang yang berjalan di tengah ratusan manusia. Badanku melayang-melayang seperti orang yang hilang akal. Dan sekali sekala aku kelihatan seperti orang yang kehilangan anak. Hatiku perit apabila ayat tu muncul kembali menyerbu fikiranku.
Awak menghidap penyakit jantung berlubang tahap terakhir
Aku menghentikan langkahku dan berjalan ketepi jalan. Aku duduk mecangkung di tepi jalan sambil tanganku memeluk erat kedua kakiku. Aku menutup seluruh muka ku untuk menutup segala kedukaan yang melanda. Tapi air mata tidak dapat tertahan dan satu persatu ia jatuh ke bumi. Semakin lama tangisanku semakin kuat dan tidak dapat dibendung lagi. Aku sudah tidak memedulikan keadaan di sekeliling. Aku teresak-esak dan tersedu sedan. Aku menangis sehingga jantungku tidak boleh bernafas. Sangat sukarnya rasanya untuk mengembuskan nafas ketika itu apatah lagi untuk menarik nafas. Tiba-tiba seseorang memelukku dengan erat. Aku tergamam dan bingung seketika. Aku mendongakkan kepala ke atas dan ketika itu lah wajah tenang Wooyoung ku tatapi. Aku hanya diam seibu bahasa dan aku mula bersuara semula.
"Wooyoung, Jieun tak boleh tanggung semua ni sendiri. Kenapa Tuhan bagi Jieun dugaan yang berat sebegini rupa kepada Jieun. Kenapa Wooyoung ! Kenapa !" aku bersuara dengan nada separa menjerit sambil menahan air mata yang makin laju meluncur turun.
"Tak apa, Jieun nangislah. Nangis. Jangan simpan sendiri. Wooyoung ada temankan Jieun. Jieun kena ingat Tuhan jadikan segalanya selalu ada hikmah. Jangan pernah menyalahkan takdir kerana Tuhan tidak akan menguji seseorang jika dia tak yakin bahawa orang itu akan dapat menaggungnya" Wooyoung membalas dengan nada suara yang amat lembut. Pujukannya makin meruntun hati.
"Tapi Jieun tak boleh laluinya sendirian. Jieun tak kuat. Jieun..."
"Dah dah Wooyoung kan kata Wooyoung akan temankan Jieun walau apapun yang terjadi" dia memotong kata-kata ku sebelum aku sempat menghabiskannya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku sampai ke rumah dengan di temani Wooyoung. Aku mula merasa malu kerana menangis dan meratap macam orang tak betul depan dia. Dan yang paling penting dia tahu segala-galanya tentang penyakitku. Aku sudah memintanya untuk merahsiakan segala-galanya terutama kepada Donghae. Aku merasakan biarlah aku menanggungnya sendirian tanpa mahu menjadi beban kepadanya. Aku tak mahu melihat dia tersiksa. Cukuplah aku tersiksa dan apabila melihat dia tersiksa, ianya seperti aku sedang menghadapi maut. Ohh bercakap pasal dia, dia still tak muncul-muncul lagi. Mana dia menghilang semalaman.
'Kita dah sampai rumah awak Jieun, boleh saya masuk tak untuk menyapa makcik? Kalau awak tak keberatanlah" Wooyoung mula bersuara dan aku hanya mengangguk tanda setuju kerana bibir aku seperti sudah tidak tahu bagaimana untuk berkata-kata.
Aku melihat kasut Donghae ada di rumahku. Mungkinkah dia lama menunggu aku pulang ke rumah. Tapi kenapa dia tak datang ke hospital. Mungkin ada hikmah dia tak ada so dia tak akan tahu apa yang akan menantiku dimasa hadapan. Tapi aku masih ada masa hadapan ke? Aku membiarkan persoalan itu tergantung. Aku meluru masuk ke rumah untuk mencari Donghae sambil disusuli oleh Wooyoung.
"Omma, Seohyun, Donghae. Aku memanggil nama-nama tersebut tetapi tiada satu suara pun yang menyahut.
"Omma awak mungkin ke pasar" kata Wooyoung
"Oh mungkin kot, sorry lah awak tak dapat nak menyapa omma saya" aku bersuara untuk memujuk Wooyoung.
Tiba-tiba aku terdengar suatu jeritan dari atas. Jeritan seperti dari bilik adik kesayangan ku Seohyum. Darah ku menyerbu naik ke muka. Apa pula yang telah jadi padanya. Kakiku pantas melangkah menaiki tangga-tangga di rumah ku. Rumahku agak besar dan makan masa untuk sampai ke bilik Seohyun. Pergerakan aku diikuti oleh Wooyoung yang turut mendengar jeritan itu. Aku seperti tidak sedap hati apabila aku sudah tiba betul-betul di hadapan pintu biliknya. Aku memulas tombol pintunya dengan perlahan-lahan sambil Wooyoung menanti dengan sabar dibelakangku kerana ingin mengetahui apa yang berlaku.
Aku tergamam sekali lagi. Nyawaku seperti diragut untuk kali kedua hari ni. Apabila Wooyoung melihat keadaan itu juga, Wooyoung dengan segara memalingkan badan ku kearahnya dan dengan serta merta dia memelukku dengan erat. Aku cuba untuk melihat semula, tetapi ditahan oleh Wooyoung. Dia cuba sedaya upaya supaya untuk aku tidak melihat keadaan itu. Seohyun teresak-esak menangis. Wooyoung menutup juga telingaku dengan earphone yang selalu ada bersamanya. Dengan serta merta air mata ku jatuh semula ke bumi untuk kali keberapa pun aku sudah tidak dapat menghitung.
'Diam! Jangan bergerak, nangislah sepuas hati, tapi janji lepas ni dengan Wooyoung Jieun kena hadapi segala yang terjadi di depan Jieun ni dengan hati yang tenang dan sabar" Wooyoung bersuara dengan nada yang menenangkan jiwa. Tangisanku tidak dapat dibendung lagi dan semakin lama semakin laju meluncur keluar. Aku ditenangkan oleh Wooyoung KAWAN RAPAT yang aku sendiri tahu dia terlalu mencintaiku.










1 comments:
dia nampak apa derr?!!
Post a Comment