15 May 2012

Love Or Sacrifice Chapter 14



Jieun POV
Aku melihat susuk tubuh wanita yang seperti aku kenali. Dia melemparkan senyuman yang cukup sempurna kepadaku. Pandangannya sangat meredupkan. Dia menghulurkan tangannya kepadaku. Ingin membawa ku pergi jauh dari segala-galanya. Tanganku seperti ringan ingin meyambutnya. Semakin lama semakin diriku hampir kepadanya. Dan ketika itu lah aku tergamam sebentar. Aku seperti mengenali siapa gerangan wanita itu. Wanita yang amat aku rindui. OMMA ! OMMA ! Aku menjerit setelah sekian lama aku tidak menyebut perkataan itu. Tetapi ketika itu aku seperti tidak sedar mulutku laju meluncurkan perkataan tersebut. Sehingga serak suaraku memanggilnya. Ingin sekali aku memeluk susuk tubuh yang sangat aku rindui tetapi semakin lama bayangnya semakin hilang dari pandanganku. Aku menjerit dengan kuat namanya dan aku tersentak.

Suasana sunyi seketika. Mengapa aku berada di hospital ketika ini. Sebentar tadi aku baru sahaja menemui ibuku yang sudah lama meninggalkan ku. Hatiku sakit menahan rindu yang sudah lama terbuku dihati. Adakah ini semua mimpi ? Aku tidak pernah mendapat mimpi sedemikian. Apakah maksud di sebalik mimpi itu. Aku memerhatikan sekeliling. Aku menoleh ke kiri dan melihat Donghae sedang lena tidur sampai mengenggam erat tanganku. Aku memandang sayup wajahnya. Terasa sebak di hati. Dia menunggu ku di hospital dengan penuh sabar. Aku tidak patut menyusahkan dirinya. Tetapi di dalam hati aku bersyukur kerana dia ada ketika aku memerlukannya. Aku cuba menarik tanganku yang sedang digenggam erat oleh Donghae tanpa mengejutkan Donghae tapi malangnya dia tersedar. Dia memandangku lama sebelum badanku berada di dalam dakapannya. 

"Jieun...Jieun...Jieun" suara Donghae yang menahan air mata jelas kedengaran. Aku juga merasa sebak. Aku mengusap belakangnya dan cuba meredakan tangisannya. "Eh, kenapa Donghae menangis ni? Tak suka ehh tengok Jieun" aku bersuara memecah kesunyian. Donghae diam seketika. Suasana ketika itu sangat menenangkan seperti hanya kami berdua sahaja yang wujud di situ. "Yah ! Pabo ! Janji lepas ni jangan buat orang risau lagi. Arasso?" Donghae membalas pertanyaan ku sebentar tadi. "Nae jagiya. Promise !" aku menjawab dengan suara yang perlahan kerana menahan sakit. Kepalaku terasa seperti baru dihentakkan ke dinding dan juga jantungku seperti sukar untuk bernafas. Kenapa aku merasa sedemikian. Sebelum ni aku tak pernah mengalaminya. Memanglah pernah terjadi, tapi sakitnya tidak seperti ini. Seperti ingin meragut nyawaku. Namun sedaya-upaya aku memastikan muka ku tenang walaupun jauh di lubuk hati aku menahan sakit yang teramat. Ini kerana aku tidak mahu merisaukan Donghae. Cukuplah dia terbeban dengan aku selama ni.

"Jieun okey ? Yang mana yang sakit. Hae panggilkan doktor ye ?" bertalu-talu soalan yang keluar dari bibir seorang lelaki yang cukup aku sayangi.

"Okay. Tak Sakit. Tak Apa" hanya beberapa butir perkataan yang mampu aku keluarkan untuk membalas pertanyannya.

"Oh okay, Jieun nak apa-apa tak. Hae boleh belikan. Cakap je semua Hae bagi" Hae bersuara.

"Tak nak apa-apa. Jieun nak Donghae duduk temankan Jieun je jangan kemana-mana" aku menjawab persoalannya dan serta merta tangannya menghelus lembut rambutku.

"Okay Hae temankan Jieun. Janji tak nak pergi mana-mana. Nak tengok Jieun yang lawa ni" Donghae membalas dan aku segera menampar bahunya.


Perbualan mereka diintip dan didengari tapa mereka sedari


Seohyun POV
Aku melihat kemesraan mereka berdua dan hatiku seperti membara. Seperti gunung berapi yang menunggu masa sahaja untuk mengeluarkan lavanya. Aku sudah cukup menyampah dengan "perempuan" yang kononnya bergelar kakak tu merampas segala-galanya dari aku. Bermula dari omma, perhatian omma, kasih sayang omma, harta omma dan segala-galanya yang dia rampas dari aku sudah cukup membuat aku ingin membalas dendam kepadanya. Aku tidak akan pernah merungut kepada omma tetapi aku ingin meragut satu-satunya lelaki yang bertaktha di hatinya. Segalanya aku hamburkan kepada seorang lelaki yang juga ingin turut bekerjasama dengan aku kerana ingin membalas dendam yang terbuku dan masih belum berbalas. Lelaki itu ingin membalas dendam kepada seorang lelaki yang dia berikan gelaran "perampas kuasa". Dan lelaki itu adalah orang yang sama yang bertakhta di hati "kakak kesayangan" aku. Dan semestinya pembantu misi ku adalah Minho merangkap kekasih kesayangan aku.

"Aku mesti pastikan hubungan mereka putus dan aku akan puas melihat Hae merana seperti aku merana ketika dia merampas segala-galanya dari aku" Minho berkata dengan nada yang menyimpan dendam kesumat.

"Kita mempunyai tujuan yang sama dan Seo akan pastikan mereka bedua tersiksa. Jangan risau tak lama lagi mereka akan merasakan mimpi ngeri yang mereka sendiri tidak pernah mahu untuk bermimpi tentangnya" aku membalas dengan nada yang sangat yakin.

"Dan Minho akan pastikan misi kita berjaya. Kau tunggulah Donghae. Kau akan merasakan penderitaan yang tidak akan dapat kau tanggung. Kehilangan kepercayaan oleh orang yang kau sayangi" dia membalas dengan nada yang bersungguh-sungguh.

"Hari kejatuhan mereka berdua akan tiba tidak lama lagi. Seo nak lihat dieorang masih boleh berpijak di bumi ini lagi atau terbawa-bawa ke awang-awangan dengan perasaan yang hancur luluh" aku menambah.

Aku dan Minho mula merancang plan kami berdua. Dan memastikan semuanya berjalan lancar. Dendam hanya akan terbalas apabila melihat mereka berdua menderita dan menangis.


Jieun POV
Arghhhhh!!! Aku menggeliat kepuasan. Akhirnya hari yang aku tunggu-tunggu tiba jua. Aku sudah  boleh pulang ke rumah. Tapi seperti doktor di hospital ni macam tak mahu untuk bagi aku keluar hospital je. Aku sendiri tak tahu kenapa aku fikir macam tu. Dari riak wajah doktor itu seperti ingin membiarkan aku tinggal lebih lama di hospital. Tak ingin aku lama-lama di bangunan yang membosankan ni. Cukuplah seminggu aku terperuk di dalam bangunan yang cukup membuatkan aku tak bernafas. Aku juga hilang nafsu makan kerana makanannya yang tidak menepati selera aku.

"Yelah makanan hospital mana sedap"

Tiba-tiba aku teringat kepada Hae. Sebelum dia pulang petang semalam, dia ada berjanji untuk datang menjenguk dan menemaniku pada waktu malam dan juga ingin menjemputku pulang. Dia pulang semalam kerana mendapat satu panggilan kecemasan dan aku tak tahu dari siapa panggilan itu. Aku tak sempat bertanya kepadanya. Tetapi sehingga kini batang hidungnya masih tidak nampak. Jam sudah menunjukkan pukul 8.30 pagi. Hatiku mulai resah seperti sesuatu berlaku. Cepat-cepat aku membuang jauh tanggapan aku itu. Di hati aku cuma berdoa untuk keselamatan dirinya kerana sudah banyak panggilan yang aku buat tetapi satu pun tidak terjawab. Aku putus asa dan hanya membiarkan dirinya yang menelefon kembali.

'Jieun, doktor Kim panggil awak sebentar ke ruangannya"

'Oh, terima kasih nurse. Saya akan menyusul sebentar lagi"

Hatiku berdegup kencang. Pelbagai persoalan yang berlegar di fikiranku. Apa sebenarnya penyakitku kerana selama ini Doktor Kim sering berdalih apabila aku cuba untuk bertanyakan penyakit sebenarku. Apa sebenarnya yang selama ini dia sembunyikan. Aku tidak dapat berfikir apa-apa. Kakiku berhenti melangkah. Aku sudah tiba di depan pintu ruangan Doktor Kim. Aku mengumpulkan seluruh semangat dan memulas tombol pintunya dan selepas itu aku mula melabuhkan punggung di kerusi yang tersedia apabila dipelawa untuk duduk.

Aku melihat Doktor Kim meneliti sesuatu dokumen yang aku sendiri tidak tahu apa isinya sambil dahinya berkerut-kerut. Jantungku berdegup kencang menahan perasaan yang tidak dapat diebendung ini. Aku hanya setia menunggu Doktor Kim mengeluarkan kata-kata. Aku menunggu dengan penuh sabar sehinggalah Doktor Kim mula bersuara. Dia mengeluh sebentar dan hatiku mula berdegup dengan kencang kembali. Nafas ku naik turun sehingga tidak dapat debendung lagi. Apakah nasib yang menantiku ? Apa yang sudah menimpaku ? Apakah penyakitku sebenarnya ? Pelbagai soalan mula menerjah benakku. Akhirnya segalanya terjawab apabila Doktor Kim mula berbicara.

Aku tergamam sebentar. Fikiranku kosong. Tiada apa-apa. Seperti cuma aku seorang sahaja yang bernafas di situ. Aku sudah tidak merasa apa-apa. Aku seperti orang hilang akal. Semangat yang dari tadi aku kumpulkan untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan berlalu begitu sahaja. Aku lemas. Aku tidak boleh nafas seolah-olah ada sesuatu yang menyekat pernafasanku. Pandanganku gelap dan akhirnya aku rebah menyembah bumi.

0 comments: