Donghae POV
Terasa kepala menahan beban yang amat berat sekali. Sekala-sekala sakitnya seperti mahu meragut nyawa. Mataku sedikit perit untuk dibuka. Seperti urat-urat mencengkam kuat bola mata. Amat perih aku menahannya. Aku terus terjaga apabila mendengar esakan tangisan yang sangat aku kenali. Tangisan dari seorang yang aku sangat cintai. Satu-satunya perempuan yang aku cintai. Jieun. Eh kenapa pula dia menangis.
Aku bangun dan menyedari aku berada di suatu bilik yang aku kurang kenali. Di sisiku kelihatan Seohyun sedang menangis dengan keadaan tanpa seurat benang dan hanya memakai tuala. Aku bingung dengan keadaan itu. Kelihatan di luar biliknya pula Wooyoung sedang memeluk erat Jieun yang makin tersedu-sedan menangis. Eh wait apa yang aku buat dalam bilik ni. Aku memandang tubuhku dan ketika itu aku terus tergamam. Aku berada di atas katil dengan hanya beralaskan selimut sahaja. Kepalaku terasa perih gara-gara untuk mengingati kejadian semalam.
--------------------------------------------------Flashback-------------------------------------------------
Aku berada di hospital ketika aku mendapat satu panggilan kecemasan dari adik Jieun, Seohyun. Suaranya seperti seseorang yang sedang menahan sakit yang teramat dihujung telefon. Aku sedikit terkejut. Aku tertanya-tanya kenapa dia perlu menelefonku dan bukan orang lain. Aku membuang jauh-jauh tanggapan teruk itu. Aku menjawab panggilan itu dan cuba menenangkan Seohyun.
"Hae oppa, boleh datang ke rumah sebentar tak ? Seohyun perlukan pertolongan. Tolong sangat-sangat. Jebal jebal !" suaranya sedikit merayu.
'Nae nae, jamkaman gidaryeo Seohyun. Sebentar lagi oppa sampai. Jangan panik. Tenang. Oppa datang" aku membalas sambil berlari keluar dari wad dan membiarkan Jieun terpinga-pinga sebelum aku sempat menjelaskan apa yang sudah berlaku. Ahh tak penting, aku boleh jelaskan selepas aku pulang. Dia mesti faham nanti. Aku tersenyum kelat.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku sampai di depan rumah Jieun dan terus berlari masuk ke rumahnya untuk mendapatkan Seohyun. Tanpa memberi kata sapaan aku hanya masuk ke rumahnya. Aku ingin melihat apa yang terjadi kepada adik kekasih kesayanganku. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat tangan Seohyun berdarah dengan agak banyak. Aku tergamam dan terpinga-pinga seketika. Aku seperti mati akal seketika. Aku dikenali sebagai orang yang memang takutkan darah. Tapi tiada sampai tahap pengsan melihat darah. Aku dikejutkan dengan rintihan Seohyun.
"Oppa, tolong Seo. Sakitnya. Tolonglah" dia merayu dengan nada yang menahan sakit bercampur esakan tangisan yang menjelaskan betapa sakitnya dia.
"Nae... nae mari oppa tolong cuci dan balut lukanya" aku menjawab dengan tergagap-gapap sampai memapah dia duduk di atas sofa. Aku mencari peti kecemasan. Segera aku buka dan mencuci lukanya. Aku hanya menggeleng-geleng kepala melihat lukanya yang agak teruk. Sekali-sekali kedengaran desahan keluar dari mulut Seohyun kerana menahan sakit. Aku terus fokus mengubatinya. Tangannya adalah tangan perempuan yang kedua aku sentuh selepas Jieun. Aku tidak berani menyentuh perempuan lain. Untunglah dia adik kesayangan Jieun merangkap bakal adik ipar.
"Emm kenapa boleh jadi luka besar macam ni. Seohyun buat apa je?" aku bertanya dengan nada yang sedikit risau.
"Tadi Seo ingat nak pasang langsir, then bila Seo nak masukkan besi dalam langsir tu Seo tak perasan then besi tu mencucuk tangan" dia membalas pertanyaanku.
"Oh lain kali hati-hati. Kan Seo ada orang gaji dan omma yang boleh buat. Kenapa nak buat semua ni?"
"Sebab Seohyun tak nak susahkan omma dan orang gaji. Lagipun benda ni Seo boleh buat kenapa perlu menyusahkan orang. Betul tak ?"
"Em betullah apa yang Seohyun cakap tu. Eh mana semua orang? Kenapa sunyi sepi je ni?
"Ohh orang gaji bercuti untuk pulang ke kampung. Katanya dah lama dia tak balik kampung. Kebetulan omma dengan appa pergi ke rumah saudara untuk beberapa hari, Jieun unnie pula tiada di rumah. Sorang jelah jawabnya Seo kat rumah ni"
"Oh patutlah, eh janganlah risau. Esok Jieun unnie pulang dari hospital. Nanti Seo dah ada kawan"
"Jeongmal? Yes! Eh lupa Jieun buatkan air sebentar ye. Kesian oppa, Seo tak buatkan air. Sekejap je"
"Eh takpayah lah susah-susah, oppa pun kena pergi semula hospital nak temankan Jieun unnie. Oppa singgah sebentar je"
"Takpe-takpe. Tunggulah sekejap. Ataupun oppa tak sudi nak minum minuman buatan Seo. Emm tak apalah Seo tahu"
"Eh bukan macam tu lah. Okeylah oppa tunggu" aku mengalah dengannya kerana aku tak mahu mengguris hati Seohyun
"Okay! Tunggu tau!"
Aku duduk diam di atas sofa seperti orang bingung. Sebentar kemudian Seohyun keluar dari dapur dan menyajikan air kopi yang masih berasap. Aku meniup sebentar kerana panas dan menghirupnya. Terasa tekakku yang sejak tadi kering mula dibasahi. Aroma kopinya menusuk hidung.
"Wah jeongmal mashipta. Jinja daebak. Gomawo Seohyun"
"Nae oppa. Kamsahaeyo"
"Ehhh kenapa Seohyun tak mi...." sebelum sempat aku menghabiskan ayat aku, aku terasa kepala aku begitu berat. Aku merasakan keadaan sekeliling seperti samar-samar. Semakin lama semakin gelap dan akhirnya aku rebah di atas sofa. Dan selepas itu aku tidak mengingati apa yang berlaku kepada aku.
------------------------------------------------End Of Flashback---------------------------------------------
Segalanya menjadi kelam kabut. Dua orang perempuan di kiri dan kanan aku sedang menangis. Tangisan mereka seperti sedang berlaga-laga di telinga aku. Aku merasakan aku sudah melakukan kesalahan yang sangat berat. Aku melihat keluar dan kelihatan Jieun sedang menangis semahu-mahunya di bahu Wooyoung. Hatiku perih seperit kepalaku sekarang ini. Jantungku seperti direntap berkali-kali. Aku tidak mampu berkata apa-apa. Mulutku seperti terkunci rapat. Tiba-tiba ayat yang meluncur laju muncul dari bibir Seohyun membuatkan aku tersentak.
"Unnie, Hae oppa dah perkosa Seo. Seo takut unnie. Seo takut..." Seohyun berkata dengan nada yang terketar-ketar gara-gara menahan tangisan dan rasa takut.
Gugur jantungku ketika itu. Nafasku seperti tersekat di kerongkong. Fikiranku bercelaru. Bahuku tiba-tiba sangat berat seperti disuruh memikul beban batu yang amat besar. Aku mengumpulkan seluruh semangat untuk bersuara semula.
"Bila pula aku memperksosa kau! Bukan semalam kau yang suruh aku datang sebab kau cedera kat tangan!" kemarahanku tidak dapat dibendung lagi. Aku cuba mengawal suara tetapi ianya keluar seolah-olah tidak dapat ditahan-tahan.
"Memangah Seo suruh oppa datang sebab Seo luka, tapi tiba-tiba oppa macam orang tak sedarkan diri then terus perkosa Seo. Seo tak boleh nak halang sebab oppa terlalu kuat" tangisan hipokritnya semakin menjadi-jadi.
"Bukan! Kau bagi aku minum kopi then aku dah tak....."
"Stop! Tolong berhenti bertengkar. Aku dah tak nak dengar lagi korang punya pertengkaran" Jieun memotong ayatku dan ketika itulah semua mata terarah kepadanya dan mulut terkunci rapat.
'Tapi...."
"Dahlah Hae kau boleh berambus dari rumah aku. Aku menyampah tengok muka kau. Aku dah tak lalu lagi nak pandang lama-lama muka kau kat rumah aku. I hate you Donghae. Hahahaha, as you know, you mean nothing to me. Nothing!" Jieun bersuara separa menjerit.
Aku tersentak mendengar kata-katanya. Seolah-olah roh aku dah di ambil dari jasad. Dunia kelihatan gelap. Aku memandang tepat ke arah mata Jieun. Dia mengalihkan pandangannya seolah-olah sangat jijik melihat keadaan aku waktu ini. Aku mengumpulkan seluruh tenaga bangun dari katil dan mengambil seluruh pakaian aku.
Aku sempat menoleh ke arah Jieun. Dia tidak langsung menunjukkan tanda-tanda ingin memaafkan aku. Aku menoleh ke arah Seohyun pula dan ketika itu lah aku melihat dia tersenyum sinis ke arahku. Hatiku semakin membara. Kemarahanku meluap-luap apalagi melihat senyuman sinis yang dilemparkan oleh Seohyun. Aku berjalan melangkah keluar dari bilik itu dan kaki aku seperti tidak berasa memijak di lantai. Langkahku terhenti apabila Jieun bersuara semula.
"Hah sebelum kau berambus, aku nak kenalkan boyfriend baru aku Wooyoung. Tak payah kenalkan pun aku rasa kau dah kenal"
"Hah sebelum kau berambus, aku nak kenalkan boyfriend baru aku Wooyoung. Tak payah kenalkan pun aku rasa kau dah kenal"










1 comments:
seohyun -..-
Post a Comment