Perlahan-lahan kaki ini menyusuri jalan yang agak suram. Lampu yang menerangi sepanjang perjalanan seolah-olah tidak berfungsi. Di mata aku segalanya-galanya seperti gelap. Ya, sangat gelap. Seperti kiamat sudah melanda dunia ini. Jiwaku, fikiranku dan segalanya kosong. Hatiku sakit memikirkan kejadian sebentar tadi. Cuba untuk melupakan segalanya tetapi sepertinya sangat sulit. Aku tersentak apabila teringat kembali ayat yang meluncur dari mulutku sebentar tadi.
Hah sebelum kau berambus, aku nak kenalkan boyfriend baru aku Wooyoung. Tak payah kenalkan pun aku rasa kau dah kenal
Aku menoleh ke arah belakang dan tepat sangkaan aku. Kelihatan Wooyoung sedang cuba untuk menyembunyikan diri. Sebenarnya selama ni aku tahu yang dia sering mengekoriku apabila aku dalam kesedihan. Tapi aku berpura-pura tidak menyedarinya kerana tidak mahu dia malu.
"It's enough Young, now come here to me. I know you are there. So stop hiding from me starting now"
"Oh i'm sorry Jieun, i just....."
"Stop Young, i don't wanr to hear your explanation now. Can i ask you for something"
"Sure, everything for you"
"Can you hug me now? I need someone to..."
Tidak sempat bibir ini habis bersuara, tubuhku kini sudah berada di pelukannya. Terasa nyaman sekali. Aku menutup mataku. Cuba untuk lari dari segalanya. Cuba untuk melupakan segalanya-galanya. Mataku terbuka kembali mendengar ayat Wooyoung.
"I know just now yang Jieun cakap about I am your new boyfriend to Donghae just an excuse to make him jealous. Am I Right?
"Sorry Wooyoung, Jieun tak ada niat pun nak buat..."
"Never mind Jieun, as you fake boyfriend it's enough for me as long as i can be there for you in any condition"
Air mata yang baru sebentar tadi kering daripada mengalir dari tubir mata ini kembali meluncur keluar dengan derasnya. Seperti tidak ditahan-tahan. Tidak dapat dibendung lagi lara di hati ini. Tersedu-sedan bunyi yang keluar. Deras nafas turun naik merasakan derita di hati ini
"Tak apalah Jieun, nangislah sepuas hati. Wooyoung tahu, Jieun tak kuat kan. Jieun penat menghadapi semua ini. Jieun nangislah. Wooyoung janji lepas ni, airmata tu tak akan pernah jatuh lagi dari mata Jieun. I promise. I will try my best to help you, protect you and try my best to keep your secret"
Pelukannya semakin erat selepas dia habis bersuara. Hatiku semakin sayu dan hiba. Aku cuba menahan airmata dari jatuh ke bumi tetapi seakan-akan usahaku itu menemui jalan buntu. Aku seluruhi wajah redup Wooyoung yang sangat menenangkan.
Kenapalah kau perlu jadi sebodoh ini mencintai aku. Aku tak layak mendapat cinta dari lelaki sehebat kau. Sepatutnya aku patut dibenci oleh kau kerana mempergunakan kau tetapi sebaliknya.
Dia melemparkan senyuman kepadaku. Mengusap airmataku yang semakin deras tumpah ke bumi. Aku semakin sebak dengan perlakuannya. Dia memeluk ku semakin erat sehinggakan aku mampu mendengar denyutan nadinya yang bedegup untuk aku. Dia lakukan segala-galanya untuk aku. Korbankan segalanya untuk aku. Sering ada semasa aku benar-benar memerlukan seseorang untuk menjadi tempat berlindung. Dan dialah yang hanya memahami aku sejak dari kecil.
"You suffer so much Jieun. Sometimes you know, it's so hurt to see you like this. I hide all my feelings towards you just because i want to see you happy. Even it's meant i will suffer. But you know, it's okay for me. Your smile is like oxygen for me. As long as I see your smile, i can continue my life without pain. You meant everything for me. Everything. And if see you cry a lot like this, it's like half of my strength was taken from my body. Can i replace all this tears with my loves towards you? I just want to see the old Jieun. Gadis yang periang, yang banyak bercakap dan yang paling penting gadis yang dulunya sering ada di samping Wooyoung. Wooyoung rindu segalanya tentang Jieun"
Kata-kata itu menusuk dalam ke hatiku. Terasa diri ini tidak berguna. Melupakan segala memori bersamanya hanya demi kepentingan sendiri. Dan segalanya memakan diriku sendiri. Di penghujungnya tetap dirinya yang setia menungguku, setia berada disampingku, setia menghapus airmataku dan yang paling penting setia mencintaiku. Fikiranku kosong. Tiada apa-apa didalamnya. Aku hanya membiarkan pelukan itu sehingga aku tenang.
Seminggu Kemudian
Keadaan di sekolah kembali seperti biasa selepas cuti hampir sebulan. Tetapi kehidupan diriku berubah 100 peratus. Seringkali aku ditegur oleh guru kerana sering berkhayal ketika dia sedang mengajar. Paling mengejutkan, aku sudah berani melawan guru. Kenapa aku berperangai sedemikian. Aku sendiri tidak pasti. Jiwaku seakan memberontak. Segalanya serba tidak kena. Hanya Wooyoung sahaja yang memahami dan mengetahui situasi diriku saat ini. Sehingga suatu hari aku hampir dihukum kerana melawan kata guru. Tapi sebaliknya Wooyoung yang mengambil hukuman itu bagi pihak aku.
"Songsaengnim, i will take responsibility about Jieun. So just punish me"
"But Wooyoung, it's not your fault. She deserves it"
"No gwaenchana songsaengnim. I will take it. Don't hold it anymore"
"Nae, if you said it"
Jiwaku meruntun dan airmata mula berlumba-lumba turun ketika itu apabila Wooyoung menguntumkan senyuman sewaktu Cikgu Kim menghukumnya bagi pihak aku. Dia hanya mengangguk menandakan dia tiada apa-apa. Sedaya upaya dia cuba untuk menyimpan kesakitannya tapi jelas dari riak mukanya dia menahan kelukaan yang amat sangat. Selepas dia selesai dihukum, aku memapahnya keluar dari ruang pengetua. Dia hanya tersenyum sambil mengesat air mataku yang semakin deras keluar. Kadang-kadang kedengaran dia mendesah kesakitan akibat pukulan tadi. Aku tersentak apabila dia berbisik kepadaku.
"I know it's not your fault. You just stress with your life. So don't worry, start now i will take responsibility of all your doings. Just express your feeling. You need it. Don't hold it anymore. I know you are so tired with all of this"
Aku hanya mampu tersenyum nipis disaat mulutnya mengeluarkan kata-kata tersebut. Dia mengusap perlahan-lahan rambutku dan dia meminta izin untuk pulang ke kelasnya. Dia mengatakan sesuatu yang kurang jelas tetapi cukup untuk mengerti dari gerak bibir mulutnya.
I Love You Lee Jieun
Bermula dari saat itu, aku mendapat kekuatan dari Wooyoung. Sehingga suatu hari aku terlihat Donghae bersama Seohyun di belakang kawasan sekolah. Mereka kelihatan sangat mesra. Bukan dulu Donghae sendiri menafikan dengan sangat keras dia tidak mempunyai apa-apa hubungan mesra dengan adikku. Tanpa disangka-sangka Seohyun mendekatkan dirinya kepada Donghae dan.....
Tanpa sempat aku melihat penuh perkara tersebut, aku seperti merasakan tangan dan badanku ditarik oleh seseorang. Aku tergamam seketika. Aku tidak merasa apa-apa. Sedar-sedar aku sudah berada dipelukannya. Lidahku kelu tidak mampu berkata apa-apa dan airmata mula jatuh ke bumi. Esakan ku semakin kedengaran.
"Hold it for a minute. Don't move. Just wait. I know you will never want to see that scene"
"Wooyoung, Jieun masih belum boleh terima keadaan ini, Jieun masih tak kuat. Kenapa dalam banyak-banyak perempuan dalam dunia, dia masih nak adik Jieun. Kenapa?"
"Don't say it anymore my dear, dia tidak layak langsung untuk ditangisi oleh Jieun. So berhenti bazirkan airmata Jieun untuk dia"
Aku hanya diam membisu di dalam pelukannya dan airmataku semakin deras meluncur jatuh ke bumi. Apa kesalahan aku pada Donghae sehingga dia sanggup memperlakukan aku sedemikian. Fikiranku menerawang jauh dan jiwaku kosong. Seperti hanya jasadku yang kelihatan tetapi jiwaku telah dibawa pergi. Wooyoung hanya memelukku dengan erat tanpa berkata apa-apa lagi sambil dia mengusap lembut rambutku. Akhirnya Wooyoung membisikkan sesuatu di telingaku
Just be my lady my little chingu. I really LOVE you Lee Jieun.










1 comments:
Chapter ni sedihhhhhh tsk tsk T.T
Wooyoung...... wooyoung.....em, kalaulah aku ada kawan macam tu. Lalalalala~ LOL
Post a Comment