31 December 2011

Love Or Sacrifice Chapter 7



Jieun POV
"Sudah-sudahlah beramah mesra tu. Jealous aku tengok tahu tak" suara itu tiba-tiba menghentikan perbualan kami. Aku menoleh ke arah suara itu. Emm aku dah agak dah, si spoiler aku. Eunhyuk lah siapa lagi. Adui budak ni betul-betul menduga lah.

"Tak payah nak jealous sangatlah kan. Dia punya couple lagi sweet. Tu tu apahal baju sama pulak tu. Alolo sweetnya Jieun tengok. Amboi Nani dah pandai dah kau" aku membalas dengan nada yang memerli sambil menangkat-angkat memandang ke arah Nani. Aku hanya berniat untuk mengusik rakan baikku Nani.

"Oh wait-wait Jieun dah salah faham ni , ni si ikan bilis ni yang paksa kita pakai baju sama dengan dia. Kalau tak dia kata dia nak terjun bangunan sekolah lah, minum racun tikus lah konon nak bunuh diri, tapi Nani tengok tak mati-mati pun" Nani membalas sebelum mulutnya ditekup oleh Eunhyuk.

"Oh dah-dah takpayah nak buka rahsia sangatlah kan. Jatuh lah imej Hyuk. Aduh susah betul kalau suruh Nani simpan rahsia. K fine nak suruh Hyuk mati sangat kan, Hyuk terjun dari bas ni" Hyuk membalas.

"Terjunlah Hyuk, Jieun nak tengok, setakat dua anak tangga je tak payah nak belagak hero sangatlah kan. Macam apa je" balas aku dengan nada yang agak memerli. Hyuk hanya tersengih seperti kerang busuk sebelum dia dan Nani mengambil tempat bersebelahan dengan kami. Couple lah katakan mestilah kena duduk di sebelah-sebelah bisikku di dalam hati. Tiba-tiba khayalanku dikejutkan dengan satu suara menjerit dari arah depan bas.

"Hello guys ! I'm coming to rock your world" jerit Shindong sambil berjalan menuju ke arah kami berempat.

"Hoi Shindong kau nak pindah rumah ke apa ? Apa kau dah fikir masak-masak yang kau boleh hidup dekat hutan yang kita akan pergi ni. Kau dah minta tolong orang binakan rumah kau kat hutan tu ke ? Apahal kau pergi bawa seterika, oven, peti ais mini segala macam ni ? perli Hyuk.

"Kau monyet rambut kuning yang berkutu, jangan nak perli sangat! Kalau kat sana kau nak pinjam barang-barang istimewa aku pura-pura tak dengar je yang kau wujud dan panggil aku" balas Shindong dengan nada yang agak geram.

"Alahai Shindong, kalau aku nak pinjam pun bukan ada sumber eletrik. Nak cucuk kat mana plug tu ? Kat lubang pusat kau atau lubang hidung kau tu. Eh ok jugak, lubang hidung kau kan tempat menyimpan sumber mineral yang berharga. Berharga sebab dah di simpan lama" balas Hyuk sebelum kami berempat ketawa terbahak-bahak.

"Ok fine, korang gelakkan aku, tunggulah nanti hari kebangkitan aku, aku akan pastikan korang menerima padahnya. Korang sebenarnya tak tahu aku ni adalah Superman. Malam barulah aku bertukar. Aku tidak mahu orang jatuh cinta kepada ku kerana aku terlalu macho. Bila aku dah bertukar tu, kalau korang nak minta tandatangan aku, aku takkan layan. Huh!" Shindong mula berseloroh

"Alahai Shindong takpayah lah nak menipu sangat. Kalau kau Superman, kau tak sepatutnya pakai baju saiz S, kau kene beli outfit kau yang free size punya. Dan aku sarankan, bawa-bawalah bertaubat. Ngeri orang tengok kau pakai seluar dalam kat luar. Mak kau tak pernah ajar pakai seluar dalam kat bahagian dalam eh ?" perli Donghae pula.

"Ok lah, yela korang je sempurna, aku tak" Shindong membalas.

"Kiteorang tak sempurna cuma perfect je" seloroh Eunyuk.

"Lantak korang lah. Eh jap kalau korang couple-couple duduk berdua-duaan, aku korang nak campak mana. Aku tak ada kawan lah nak duduk sebelah aku. Benci, benci , bencilah macam ni. Hah aku ada idea aku nak duduk kat mana" kata Shindong. Dia mula duduk di tengah-tengah kami berempat sambil bersila di atas lantai bas. Dia mula menggosok-gosokkan kaki sambil membuat muka comel. 

"Boleh, boleh, boleh kan aku duduk kat sini? Please" Shindong berkata dengan suara yang dicomelkan dan mata yang dikedip-kedipkan. 

" Aduhai Shindong, kalau Shindong duduk kat tengah-tengah jalan macam ni, macam mana orang nak lalu-lalang. Shindong janganlah buat perangai budak-budak. Dah-dah mari bangun" pujuk Nani. Shindong mula bangun dan menghentak-hentakkan kaki.

"Korang semua dah lupakan aku. Aku dilayan seperti anak tiri, aku disisihkan. Adakah aku tidak lagi bermakna dalam hidup kalian?" Shindong mula membuat drama hindustan yang mempunyai bajet yang sangatlah sedikit.

"Dah-dah takpayah lah nak buat kiteorang nak menangis, aduhai Shindong ni, kan banyak lagi tempat kosong,. Duduklah sebelah Wooyoung ke Seohyun ke?" aku memandang ke arah adik tiriku dan tiba-tiba aku tersentak kerana melihat Minho duduk disebelah Seohyun. Kenapa dalam banyak-banyak orang dalam bas ni, adik aku kena pilih Minho duduk sebelah dia. Emm malaslah aku nak fikirkan.

"Emm kalau macam tu, Shindong nak duduk sebelah pemandu lah, nanti kalau agak-agak pemandu tu memandu agak merbahaya Shindong cekik je dia baru tahu sedar. Kalau dia mengantuk Shindong boleh ajak dia berborak ke, lawan ssireum ke. Hohoho" seloroh Shindong.

"Shindong oi tak payah nak merepek la kan. Ape kejadahnya nak lawan ssireum dalam bas ? Apalah" balas Donghae.

"Alo nak bergurau pun salah" Shindong membalas sambil membuat muka seposen.


Hyuk POV 
Suasana di dalam bas makin senyap kerana ada di antara pelajar-pelajar yang sudah lena dibuai mimpi. Terutamanya Shindong sambil mulutnya terbuka luas seperti badak sumbu yang baru habis makan. Mana taknya makanan dirinya sahaja melebihi satu bas punya makanan. Alahai Shindong Shindong. Aku menoleh ke arah Jieun dan Donghae, mereka juga sudah terlena. Kepala Jieun di bahu Hae, Hae merangkul kemas bahu Jieun. Alahai sweetnya dieorang ni. Donghae terlalu protective kepada Jieun bisikku di dalam hati.

Aku menoleh ke arah Nani pula, aku melihat dirinya sedang lena di buai mimpi juga. Aku merenung ke dalam matanya. Sayu bila aku pandang muka dia. Kenapa dia boleh terima lelaki gedik, gatal dan gila-gila macam aku ni. Kadang-kadang aku tahu dia mesti malu sebab ada teman lelaki macam aku. Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku berperangai macam tu. Mungkin sebab aku takut bila tengok dia sedih, takut bila tengok dia menangis dan murung. 

Aku mengaku caraku seperti salah, tapi hanya itu yang aku mampu buat untuk pastikan dia sentiasa tersenyum. Kepalanya aku lentokkan ke bahuku. Aku takut bahunya akan terkehel dan dia kesakitan. Bila dia kesakitan, aku seperti merasanya juga. Aku cuma nak melindungi dirinya dari segala-galanya. Tapi aku akui, aku ni bukan seorang yang sempurna untuk dirinya. Haih ! Keluhku sambil mengusap-ngusap rambutnya. Tiba-tiba dia terbangun sambil mengusap-ngusap matanya. Alahai comelnya Nani ni, bisikku dalam hati.

"Eh Hyuk tak tidur lagi ke ? Hyuk tak penat ke ? Tidurlah nanti Hyuk mengantuk kalau sampai kat sana nanti"    kata Nani.

"Emm Nani tidurlah, Hyuk tak mengantuk lah. Hyuk nak jaga nyamuk kalau-kalau dia ganggu tidur Nani. Hohoho" balas aku sambil menggeleng-geleng

"Hyuk ni, tak payahlah nak risaukan Nani, Hyuk tidur ajalah. Tak ada siapa yang berani nak kacau Nani tidurlah walaupun nyamuk" Nani menjawab dengan muka yang serius.

"Emm tak apalah. Nani tidur dulu, kalau Hyuk dah mengantuk, Hyuk mesti tidur" balasku.

"Ni mesti ada apa-apa yang Hyuk fikirkan kan ? Cakaplah kat Nani, jangan nak rahsia-rahsia. Nani tak suka. "Nani bertanya dan aku tersentak dengan pertanyaannya. Macam mana dia tahu aku tengah fikir sesuatu ngomelku sendirian.

"Emm cakaplah, ingat Nani tak tahu ke, kita dah couple hampir setahun. So Hyuk tak boleh tipu Nani kalau Hyuk ada masalah atau tak. Hah cakaplah" Nani menambah.

"Emm Hyuk cuma fikir, macam mana Nani boleh tahan couple dengan Hyuk. Sampai dah nak setahun pula tu.  Nani tak malu ke dapat pakwe yang semua orang kata gedik, tak tahu malu, mengada-ngada dan banyak lagi lah perangai-perangai buruk Hyuk yang dieorang cakap" kataku.

"Siapa yang cakap ? Kenapa perlu dengar apa yang orang cakap ? Bukan dieorang semua yang menghadap Hyuk setiap hari. Bukan dieorang yang faham perasaan Hyuk, bukan dieorang yang selalu ada dengan Hyuk masa Hyuk susah dan senang. Bukan dieorang yang tahan dengan perangai Hyuk. Kalau Hyuk nak tahulah, Nani tak pernah malu pun walaupun sekali dengan perangai Hyuk. Hyuk tu istimewa sangat. Susah nak cari lelaki macam Hyuk yang selalu cuba nak buat Nani tersenyum" balas Nani dengan nada yang tersekat-sekat kerana menahan airmata.

"Emm Hyuk tak boleh bayangkan kalau satu hari nanti kalau Nani dah bosan dengan Hyuk, lepas tu Nani tinggalkan Hyuk. Haih Hyuk taktahu nak buat apa dah kalau macam tu. Tulah Hyuk nak tanya sekarang kalau Nani dah bosan dengan Hyuk, Nani boleh cari yang lain. Kalau kita berpisah sekarang, Hyuk masih boleh lepaskan Nani kot" balasku dengan nada yang agak serius.

"Ok stop cakap macam tu Hyuk ! Nani tak pernah bosan dengan Hyuk ! Hyuk lah yang selalu buat hari-hari Nani ceria. Cuma sorang je boleh buat Nani gelak sampai nak pengsan. Nak tahu siapa ? Neorago ! Neorago ! Dahlah, jangan lah cakap mcam tu lagi. Nani janji, Nani akan selalu dengan Hyuk walau apa pun yang terjadi ok ! Lepas ni kalau hyuk cakap macam tu lagi, Nani pelangkung kepala Hyuk kuat-kuat" balas Nani sambil dia tersengih.

"Emm ok lah kalau Nani dah cakap macam tu, lega sikit hati Hyuk. Hohoho" seloroh ku. Aku mula memegang erat tangan nani sebelum kami berdua tertidur kerana keletihan. Kami hanya tersedar apabila Cikgu Kim, Cikgu Han dan Cikgu Choi menjerit untuk membangunkan semua pelajar kerana kami sudah sampai di destinasi.

2 comments:

Nani Nazmi said...

Aku almost menangis T.T Eunhyuk oppa!!!!!! best kott bayangkan. aku memang dah lama nak bayangkan eunhyuk ckp macm tu. Uwaaaaa T_T

note : aku dah couple dengan eunhyuk dah nak masuk 4 tahun ok. apa barang setakat setahun. LOL

Sherr Eyra said...

@Nani Nazmi emm tak kanlah aku nak buat kau dah couple dengan dia 4tahun. nanti orang kata tak logik. Emm oke ke chapter nie ?