Donghae POV
Aduhai mana Jieun ni ? Bas dah nak bertolak. Aishh budak ni buat orang risau ajelah. Tadi suruh tumpang aku, dia belagak kata parents dia nak hantarkan. See? Sampai sekarang batang hidung dia pun aku tak nampak. Ngomelku sendiri di dalam hati. Aku risau nanti tak ada siapa yang nak duduk di sebelah aku. Haih ! Aku hanya mengeluh
Lamunanku terhenti apabila aku mendengar suara yang amat aku kenali terjerit-jerit di hadapan bas. Ya aku tahu itu suara Jieun budak belagak kononnya boleh datang cepat merangkap wanita kesayangan aku. Eh wait, aku macam kenal je budak perempuan yang berdiri di sebelah dia tu. Tu kan budak perempuan yang berlanggaran dengan aku hari tu. Tapi kenapa dia boleh datang dengan Jieun dan yang lagi peliknya dia sebaya umur dengan aku. Muka macam lebih muda je. Aku membebel. Aku tersedar apabila Jieun menjerit tepat di telinga aku.
"Donghae ahjussi ! Lama tunggu Jieun ?" jerit Jieun.
"Hohoi, terkejut Donghae lah ! Eh wait kenapa panggil Hae ahjussi pulak, kalau Hae ahjussi Jieun pulak ahjumma lah" aku berseloroh dan tiba-tiba aku menjerit kesakitan kerana tanganku dicubit kuat oleh Jieun.
"Jangan nak gedik sangat k nak panggil orang ahjumma. Mengada-ngada. Oh ya lupa pula nak kenalkan, ni Seohyun adik Jieun, adik tiri kesayangan Jieun" Jieun memperkenalkan budak perempuan di sebelahnya dan serta-merta juga aku terkejut.
"Oh saya Lee Donghae merangkap teman lelaki kesayangan kakak awak" aku berkata sambil menghulurkan tangan kepadanya.
"Oh saya Seohyun, selamat berkenalan" balasnya setelah agak lama dia mendiamkan diri.
Seohyun POV
"Jieun unnie, mianei sebab bangun lambat. Kalau tak mungkin kita tak terlambat untuk pergi ke sekolah hari ni" aku berkata dengan nada tercungap-cungap kerana berlari mendapatkan bas sekolah sambil mengejar kakakku yang sangat pantas langkahnya.
"Emm tak apalah, lagipun bas pun belum bertolak kan. Cepat-cepat" Jieun membalas dan akhirnya kami sampai juga diatas bas. Aku hanya mendiamkan diri kerana aku masih tidak bergaul rapat dengan pelajar-pelajar senior yang lain. Jieun unnie terjerit-jerit seperti biasa dan aku hanya mampu menutup muka kerana malu. Alahai unnie aku terlalu peramah pun susah ngomelku. Tiba-tiba tanganku ditarik oleh Jieun unnie ke arah seorang lelaki yang amat aku kenali.
Eh ni bukan lelaki yang melanggar aku hari tu ke ? Aduhai macam mana Jieun unnie boleh rapat dengan dia ni. Segannya aku kalau macam ni. Dahlah kena berdepan dengan dia. Kenapalah Jieun unnie tiba-tiba tarik aku ke arah dia ni. Apa hubungan unnie dengan dia. Lamunanku terhenti apabila Jieun unnie tiba-tiba menjerit.
"Donghae ahjussi ! Lama tunggu Jieun ?" jerit unnie. Rapatnya unnie dengan presiden sekolah sampai boleh terjerit-jerit lagi kat telinga budak ni lepas tu panggil ahjussi lagi tu. Sumpah berani unnie aku ni.
"Hohoi, terkejut Donghae lah ! Eh wait kenapa panggil Hae ahjussi pulak, kalau Hae ahjussi Jieun pulak ahjumma lah" budak itu berseloroh dan tiba-tiba aku terdengar dia menjerit kesakitan kerana tangannnya dicubit kuat oleh Jieun unnie. Beraninya unnie aku ni. Oh nama budak ni Donghae rupanya bisikku di dalam hati.
"Jangan nak gedik sangat k nak panggil orang ahjumma. Mengada-ngada. Oh ya lupa pula nak kenalkan, nie Seohyun adik Jieun, adik tiri kesayangan Jieun" Jieun unnie memperkenalkan aku kepada dirinya.
"Oh saya Lee Donghae merangkap teman lelaki kesayangan kakak awak" dia berkata sambil menghulurkan tangannya kepadaku. Aku tersentak mendengar pengenalan dirinya. Eh wait presiden sekolah yang hensem ni teman lelaki kakak aku. Tak mungkinlah ngomelku di dalam hati. Aku terdiam seketika dan lamunanku terhenti.
"Oh saya Seohyun, selamat berkenalan" balasku.
Donghae POV
Aku masih terkejut kerana aku tidak menyangka budak itu adik tiri Jieun. Ya memang Jieun pernah cakap bapanya berkahwin lain dan ibu tirinya mempunyai anak perempuan. Tapi Jieun tak pernah cakap yang adik tirinya sebaya dengannya. Haih aku tahu Jieun tak sempat nak cakap dengan aku agaknya. Aku meneka hanya untuk menyedapkan hati. Lamunanku terhenti apabila Jieun mula bersuara.
"Hae nak Jieun duduk sebelah Hae ke ? Jieun bersuara.
Aku hanya mengangguk dan berkata didalam hati. Takkanlah nak suruh Shindong duduk sebelah aku. Lebih baik aku mati dari duduk sebelah Shindong. Mati aku nanti kalau aku atau dia nak keluar. Masing-masing akan terseksa ngomelku. Aku tersentak apabila Jieun tiba-tiba menjerit.
"Seohyun adikku, Seo duduk kat mana-mana ye. Maaflah, unnie kena duduk dengan Hae. Dia paksa, unnie kena ikut je" Jieun berseloroh lalu aku meyiku pinggangnya,
"Apahal bawa nama Hae pula Jieun sendiri yang nak duduk sebelah Hae kan ? Merajuklah macam ni." aku memuncungkan mulutku tanda geram. Ye memang aku geram sedikit dengan perangai Jieun. Kenapa dia macam tak ikhlas nak duduk sebelah aku? Ya aku ngaku perangai macam kebudak-budakan. Tapi siapa yang kisah pun.
"Hae merajuklah tu, haih menyampah betul lah macam ni. Jieun tak nak duduk sebelah orang yang merajuk. Jieun tak suka orang yang suka merajuk. Jieun menyampah lagi-lagi orang yang merajuk tu orang yang Jieun paling sayang" ayat Jieun tu membuatku aku tersentak. Aku terus terdiam seribu bahasa. Ya, aku tak nafikan Jieun memang benci melihat orang merajuk.
"Maaflah Jieun, bukan niat Donghae nak merajuk tapi Hae cuma tak suka je cara Jieun cakap tu. Macam Jieun yang paksa Jieun duduk sebelah Hae je. Maaf ye Jieun. Hae janji Hae dah tak merajuk-merajuk lagi macam budak kecil. Ok ?" aku berkata dengan nada yang agak kesal.
"Em ok, lepas ni kalau Hae merajuk lagi, Jieun tumbuk muka Hae laju-laju sampai kemek muka Hae yang handsome tu" balas Jieun dengan nada yang agak memerli.
"Ehem handsome ke Hae ni ? balasku kepada Jieun dengan nada yang agak menguji.
"Mestilah handsome, Hae kan pakwe kesayangan Jieun. Handsome sangat-sangat" Jieun menjawab sambil kepalanya diangguk-anggukkan.
Kami meneruskan perbualan kami dan bergelak ketawa. Sekali-sekala Jieun akan menampar-nampar bahuku kerana lawak yang aku buat. Tiba-tiba perbualan kami terhenti kerana dikejutkan dengan suara yang menegur dan seperti memerli kami.
Sorry kalau chapter ni tak berapa nak best sebab tak ada mood. Maybe chapter lepas ni best sikit, Sorry guys dahlah tak best, pendek pulak tu, Serious i'm not in a good mood. Kalau nak buat fanfic kena ada mood yang baik kan, so saya anggap macam chapter ni macam haprak je Thanks.










1 comments:
Good good good. tapi mana Nani? *sigh* merajoklah macam ni. LOL
Post a Comment