2 January 2012

Love Or Sacrifice Chapter 8



Jieun POV
"Pelajar-pelajar, kita dah sampai di destinasi. Bangun cepat" jerit Cikgu Kim. Jeritannya membuatkan aku terbangun dengan serta merta dan Donghae hampir hampir terjatuh kerana aku merentap bahuku dari tangannya. Alahai kesian dia, aku tak sengaja ngomelku di dalam hati. Donghae tersedar sambil menggosok-ngosok mata. Pelajar-pelajar lain pun turut bangun dan mula mengemas barang mereka yang ada di atas bas untuk di bawa turun. Hyuk , Shindong, Wooyoung, Seohyun, Nani, Minho dan pelajar-pelajar sudah mulai turun seorang demi seorang. Aku menunggu Donghae mengemas barangnya. Takkanlah aku nak tinggal dia sorang-sorang.

"Donghae dah siap ke belum? Tinggal kita je lagi yang belum turun. Awak tu presiden, cepat sikit. Nanti cikgu semua cari awak nak uruskan semua hal karang" aku mula bersuara.

"Sikit je lagi ni. Ok dah siap. Jomlah kita gerak" balas Donghae sambil menarik tanganku,

"Eh Hae takpayah pegang tangan Jieun, Jieun jalan sendiri k" aku menarik tanganku kembali kerana aku merasa agak segan.

"Emm okay kalau macam tu, tapi Jieun kena jalan depan Hae, Hae risau lah nanti kalau jadi apa-apa" balas Donghae dengan nada yang agak serius.

"I'm okay my dear, jalan je dulu k, i will follow you at back ok. I promise" aku menjawab dengan nada yang bersungguh-sungguh.

"Emm ok lah" Donghae membalas sambil dia jalan di hadapanku.

Aku hanya menuruti di belakang. Emm aku hampir terlupa, malam ni aku akan buat persembahan dengan Wooyoung. Hope semuanya akan berjalan dengan lancar. Sedang aku mengelamun, tiba-tiba badanku melayang-layang entah ke mana dan saat itu juga aku jatuh menyembah bumi. Arghh kenapa aku jadi macam ni. Tadi rasanya aku jalan seperti biasa. Macam mana boleh jatuh. Aku lihat lututku sudah berdarah dan luka teruk. Aku menangis kesakitan. Donghae menoleh ke belakang dan mendapatkan aku yang di dalam kesakitan.

"Jieun, macam mana boleh jatuh ni. Jieun langgar apa sampai boleh jatuh tersembam macam ni" Donghae berkata dengan nada yang sangat risau sambil memegang lututku untuk melihat luka yang agak teruk tu.

"Arghh Hae sakit, jangan tekan luka Jieun macam tu. Elok-elok pegangnya. Jieun tak tahu, tiba-tiba Jieun sedar Jieun dah terjatuh macam ni. Jieun tak langgar apa-apa" balasku dengan nada yang tersekat-sekat kerana menahan airmata dan sakit. Hanya tuhan yang tahu betapa sakitnya luka yang ada di lututku.

"Oh sorry-sorry, mari Donghae ubatkan. Lunjurkan kakinya biar senang Donghae nak ubatkan" Donghae membalas sambil kakiku dilunjurkan dan didekatkan ke arahnya. Donghae mengubat lukaku dengan penuh teliti dan sabar. Wajahnya ku tatap. Aku sedih, aku sayu terharu. Perasaan itu semua bercampur baur. Terima kasih Tuhan kerana memberikan teman lelaki sebaik Donghae. Tiba-tiba aku melihat airmata Donghae mula mengalir. 

"Eh Hae, kenapa Hae menangis pulak, Hae rasa Jieun menyusahkan Hae ye? Emm sorry Jieun tak sengaja nak susahkan Hae. Tak apelah Jieun boleh rawat luka Jieun sendiri" aku bersuara. Donghae hanya senyap. Tiada respon darinya. Hanya tangannya yang rancak mengubati lukaku dengan penuh teliti. Seketika kemudian dia mula bersuara.

"Tak ! Bukan sebab Jieun menyusahkan Hae. Hae cuma fikir kenapa bukan Hae yang jatuh tadi. Kenapa Hae yang perlu jalan depan bukan Jieun. Kenapa Jieun yang perlu dapat luka tu. Kenapa Jieun yang perlu menahan rasa sakit dari luka tu. Kenapa bukan Hae? Kenapa ? Hae tak kuat nak tengok Jieun nangis. Hae tak kuat. Serius. Please Jieun berhenti nangis. Jangan buat Hae rasa Hae tak guna jadi teman lelaki Jien sebab tak boleh nak lindungi Jieun. Kalau boleh putarkan masa balik, Hae nak Jieun yang sekarang ubati luka Hae dan tengok Hae nangis, bukan sebaliknya" Hae menjawab dengan suara yang tersekat-sekat. 

Ayat yang keluar laju dari mulut Hae membuatkan aku tersentak. Airmata yang tadi aku kesat mula mengalir laju kembali dari tubir mataku. Laju sehingga tidak dapat ku tahan lagi. Aku semakin teresak-esak. Mataku kabur dan semakin kabur gara-gara airmata yang sudah tidak dapat ku tahan lagi. Tuhan, kenapa kau beri lelaki yang sebaik dia untukku. Aku tak layak untuknya. Aku mengumpulkan tenaga dan mula bersuara kembali.

"Stop Hae ! Don't say like that. Kalau Jieun tak luka macam ni, Hae tak ada peluang nak ubatkan Jieun kan. Tak ada peluang nak pujuk Jieun. Tak ada peluang nak kesat airmata Jieun. Tak ada peluang nak nak buktikan Hae ni berguna as my boyfriend. Tak ada peluang nak buktikan Hae ni serius and care about Jieun. And you know what, semua yang berlaku tu ada hikmahnya. Percayalah, Tuhan tak akan pernah menciptakan sesuatu kejadian tanpa ada hikmah disebaliknya" balasku kepada Donghae sambil memegang erat tangannya dan mula memujuknya supaya berhenti nangis.

"Emm okay, but lepas ni, tolonglah jangan buat Donghae risau lagi macam ni. Hae hampir nak tercabut nyawa tengok Jieun jatuh tadi. Alahai Jieun-Jieun" Donghae dan tersengih sambil mengusap-ngusap rambutku.

"Eh Hae ! Lempang nak ? Jangan main rambut Jieun lah, Jieun pergi salon sebelum pergi perkhemahan ni tahu tak. Aishhh kan dah rosak" aku membalas sambil menampar tangannya.

"Aduh sakitlah. Jieun ni suka nak pukul-pukul orang. Meh sini" Donghae membalas dan memeluk kuat tubuhku secara tiba-tiba.

"Eh eh Jieun tak bernafaslah. Err" aku mengomel dan akhirnya aku membiarkan saja Hae memelukku kerana ak akui aku selesa dan nyaman di pelukannya sehinggalah suara seseorang mengganggu masa kami berdua berpelukan. Kenapalah dia perlu muncul time-time ni.


Donghae POV
"Ehem-ehem sudah-sudahlah encik presiden sekolah oii. Cikgu dah cari kau dari tadi sebab nak kau uruskan pembahagian tugas dan pengagihan khemah-khemah. Cepatlah!" suara Eunhyuk membuat kami tersentak dan serta merta Jieun meleraikan pelukan kami berdua. Aku dah agak dah, mesti monyet rambut kuning banyak kutu ni akan menganggu kiteorang berdua ngomelku sendirian.

"Dahlah tu, tak payah nak terpinga-pinga macam ikan yang tak cukup air lah, cikgu dah panggil tu. Nanti aku yang kena bebel dengan Cikgu Kim. Penatlah nak dengar dia membebel" Eunhyuk menambah lagi sambil menarik-narik tanganku untuk bangun.

"Yela-yelah monyet kuning, sabarlah aku nak bangun lah ni, tak payah lah tarik-tarik. Sakit kau tahu tak" balasku sambil cuba melepaskan tangan dari genggaman Eunhyuk dan mencuba untuk bangun. Aku membantu pula Jieun untuk bangun dan memapahnya kerana lututnya luka. Lukanya menyukarkan Jieun untuk berjalan,

"Hah tu apahal pula boleh luka tu, kau buat apa dengan dia hah ikan ?" Eunhyuk bertanya.

"Jatuhlah monyet, takkan tak tahu kalau dia dah terduduk atas tanah tadi. Aduhai bebal punya monyet. Dahlah cepat jalan sana. Nanti cikgu mengamuk lagi dahsyat baru tahu" balasku kepada Eunhyuk dengan nada yang serius. Kami pula berjalan ke tapak perkhemahan dan melihat suasana di situ riuh rendah kerana masing-masing masih belum diberikan tugas dan khemah.

"Kamu kemana je hah Donghae, dah cepat bahagikan tugas dan agih-agihkan khemah" Cikgu Kim bersuara.

"Baiklah cikgu" balasku. Aku mula memberikan tugas kepada mereka. 

"Pelajar lelaki ditugaskan untuk mencari kayu api untuk acara unggun api malam ni dan mencari bekalan air. Pelajar perempuan pula ditugaskan untuk mengemaskan tapak perkhemahan dan memasak. Satu khemah memerlukan 3 penghuni sahaja dan tidak boleh lebih. Ketua setiap khemah perlu memberi nama mereka dan nombor khemah yang mereka ambil supaya jika ada kehilangan khemah, kami boleh kesan siapa yang meminjamnya" aku bersuara dengan nada yang agak tegas. 

"Ok kalau ada apa-apa pertanyaan boleh tanya sekarang, kalau takda korang boleh bergerak sekarang untuk menjalankan tugas masing-masing dan mengambil khemah. Jangan lupa beri nama dan nombor khemah" aku menambah.

Sudah semestinya aku akan sekhemah bersama Eunhyuk dan emmmm Shindong. Haih, nasib-nasib. Hahahaha jahat gila lah aku. Aku memerhatikan pelajar-pelajar mengambil khemah dan memberi nama kepada Eunhyuk selaku pembantu setiaku. Aku memerhati satu-satu pelajar datang mengambil khemah dan mataku tertumpu pada satu mata. Mata kami bertatapan antara satu sama lain. Aku melihat matanya penuh dengan api dendam dan kemarahan ketika mata kami bertatapan. Aku memalingkan muka. Minho, aku tahu aku yang salah, tapi kenapa kau still berdendam dengan aku walaupun aku dah cuba jelaskan. Aku hanya mampu mengeluh.

Sebelum Minho beredar, dia sempat menjelingkan matanya. Aku hanya mampu memalingkan muka. Setelah beberapa minit, khemah sudah habis diedarkan dan pelajar-pelajar lain ada yang sibuk mendirikan khemah dan menjalankan tugas-tugas yang sudah dibahagi. Aku juga menjalankan tugasku. Aku memerhati para pelajar dan membantu pelajar-pelajar yang tidak tahu mendirikan khemah. Aku melihat adik Jieun, Seohyun berusaha mendirikan khemah dari tadi tapi tidak berjaya. Aku merasa kasihan dan membantunya tetapi perbuatanku tergendala sebentar apabila melihat Wooyoung membantu Jieun mendirikan khemah. Mereka kelihatan mesra sekali.

Aku menampar muka ku dan cuba menyedapkan hati dengan berfikir mereka cuma sekadar kawan. Mereka sudah kawan dari kecil lagi. Ya sejak dari tadika, jadi takkan ada apa-apa yang akan terjadi. Aku mengangguk-angguk kepala. Lamunanku terhenti apabila bahuku ditepuk oleh Seohyun.

"Emm Donghae, dah siap ke khemah Seo, kalau dah kami nak masukkan barang-barang dalam khemah" Seohyun bersuara sambil tersenyum mesra. 

"Oh dah dah, boleh-boleh silakan" aku membalas dan tersenyum juga.

"Terima kasih" 

"Sama-sama"

Aku beredar dari tempat perkhemahan itu dan membantu pelajar-pelajar lelaki lain mencari kayu api dan bekalan air kerana sebentar lagi pelajar perempuan akan memerlukan benda-benda tersebut untuk memasak.


Sekali lagi chapter aku macam sampah masyarakat. Aku tak ada mood dan pening. Sorry guys maybe lepas ni aku janji akan berikan yang terbaik untuk korang. Sorry sangat-sangat. But ada ke yang baca fanfic aku ? Emm tak ada. So aku tak payah risaulah kalau best or tak best. Ppyong ppyong

2 comments:

Nani Nazmi said...

Aku mesti tersenyum setiap kali ada scene Eunhyuk. Alahaiii dia tu memang buat orang senyum je lah. Hikhik XD

Sherr Eyra said...

@Nani Nazmi Yeah