Jieun POV
"Perkhemahan anjuran sekolah akan diadakan pada hujung minggu ini. Semua pelajar senior diwajibkan untuk menghadirkan diri. Kehadiran diambil kira. Siapa yang tidak hadir akan dipotong markah kokurikulum" Cikgu Han bersuara dan ketika itu jugalah semua pelajar di dalam kelas terdiam.
"Kelas kita ditugaskan untuk melakukan persembahan ketika perkhemahan itu dijalankan. Jadi cikgu bercadang supaya Wooyoung dan Jieun berduet ketika perkhemahan itu" Cikgu Han menambah dan ketika itu juga aku dan Wooyoung serentak memandang antara satu sama lain.
"Tapi cikgu, kenapa perlu kami yang perlu berduet. Kenapa tidak murid-murid lain ? aku bersuara dengan nada sedikit membantah.
"Ya cikgu kenapa perlu kami. Kan ramai lagi pelajar dalam kelas ni yang lebih berbakat. Kenapa kami juga yang terpilih ?" Wooyoung pula menambah.
"Semua pelajar-pelajar kelas cikgu berbakat, tapi kamu dan Jieun saya nampak sesuai untuk berduet. Dah-dah tak ada alasan kalau membantah lagi saya potong markah kokurikulum kamu berdua" Cikgu Han berkata dengan nada yang agak serius.
"Emm kalau cikgu dah sampai bawa masuk markah kokurikulum nak potong bagai kiteorang terpaksa akurlah" Wooyoung berkata sambil mengangguk-angguk kepala tanda setuju.
"Kalau Wooyoung setuju saya pun setuju jugaklah cikgu" aku membalas sambil menyiku Wooyoung dan tersengih kepadanya.
"Baiklah kalau kamu berdua dah setuju, mulai hari ini kamu kena buat persediaan untuk perkhemahan itu nanti. Pandai-pandailah kamu buat pemilihan lagu dan bila kamu nak berlatih tu terserah kamu lah. Saya tak campur apa-apa " balas Cikgu Han.
"Baiklah cikgu, kami janji kami akan beri yang terbaik pada waktu perkhemahan itu nanti" Wooyoung berkata dengan nada yang bersungguh-sungguh. Dia memandang muka aku sambil menjelirkan lidah. Aku hanya buat-buat tak nampak. Dia geram lantas mula menyiku aku. Aku menjeling kepadanya. Kami tergelak serentak.
"Ok dah tak payah nak gelak-gelak beramah mesra dalam kelas saya, saya nak kamu mula berlatih dengan bersungguh-sungguh. Jangan nak malukan saya dan kelas kita" Cikgu Han berkata dengan nada yang serius dan ketika itu jugalah aku dan Wooyoung terdiam dan memberi sepenuh perhatian kepada apa yang Cikgu Han cuba sampaikan.
"Baik Cikgu Han, kami akan buat semampu kami. Kami takkan mengecewakan kelas kita dan Cikgu Han" balas Wooyoung.
"Cikgu kami nak minta diri dulu ke kelas muzik. Kami cadang nak mulakan latihan hari ni juga. Cikgu tak kisah kan ?" aku berkata kepada Cikgu Han sambil meminta persetujuan dari Wooyoung juga dengan memberi isyarat. Wooyoung membalas isyarat tanda setuju.
"Emm saya tak kisah, saya lagi suka. Lagi cepat kamu buat persediaan lagi elok. Kamu boleh betulkan kesalahan masing-masing sebab waktu pun mencukupi" balas Cikgu Han tanda setuju.
Selepas mendapat persetujuan dari Cikgu Han aku dan Wooyoung menuju ke kelas muzik untuk memulakan sesi latihan. Tiba-tiba aku teringat kepada adik aku Seohyun, oh lupa adik tiriku. Walaupun kami sebaya tapi dia muda sebulan dariku dan aku mesti memanggilnya adik. Alahai kasihan dia susah nak membiasakan diri dengan sekolah baru ni. Haritu dia mengadu denganku dia tersesat gara-gara nak cari bilik pengetua. Aku kasihan melihatnya dan memohon maaf kerana tidak dapat menemaninya. Mujurlah aku dapat adik yang memahami tetapi dia mempunyai perangai yang sangat berbeza dengan aku.
Dia seorang yang pendiam tetapi aku pula seorang yang peramah dan petah berkata-kata. Dia seorang yang pemalu, kalau aku ? Emm tak payah cakaplah kalau boleh satu sekolah ni aku nak tegur. Tapi kami tetap dapat memahami dan menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tetapi khayalanku tersentak gara-gara Wooyoung menepuk bahuku. Aduh pedih juga lelaki ni tepuk bahu aku.
"Apa ! Tetiba Wooyoung tepuk Jieun ni kenapa ? Sakitlah Wooyoung !" aku bersuara sambil menggosok-gosok bahuku yang agak pedih. Mana taknya aku ni dahlah tulang je, dia punya tangan tak nak besar lagi pulak.
"Oh sorry-sorry kalau sakit, Wooyoung tepuk Jieun sebab Jieun nak kemana tadi ? Jieun nak pergi kelas Donghae ke apa ? Kita dah sampai tapi Jieun tetap jalan. Aduhai tulah mengelamun lagi. Nasib baik Wooyoung tepuk kalau tak kemana-mana lah Jieun pergi" Wooyoung membalas dengan nada agak memerli.
Dengan serta merta juga tangan aku cepat menampar belakang Wooyoung. "Hello ! Jieun bukan nak pergi kelas Donghae lah, tak payah nak perli sangatlah kan. Jieun mengelamun perkara penting ok!" aku menjawab dengan nada yang agak serius.
"Aduh sakitlah Jieun,dahlah malas nak cakap dengan Jieun lagi" Wooyoung membalas dengan nada yang agak marah.
"Whatever, tak nak cakap ye sudah tapi ingat Jieun tak nak belanja Wooyoung lollipop lagi" kataku sambil menjelirkan lidah ke arahnya.
"Ok fine Wooyoung kalahlah, Jieun je yang menang ! Susah kalau nak lawan dengan Jieun ni" balas Wooyoung.
"Macam tu lah kawan kesayangan Jieun, tak gedik-gedik nak merajuk kan" aku membalas sambil merangkul bahunya dengan kasar dan tersengih kepadanya.
"Yelah, kalau bab-bab nak memujuk tu bagi je Jieun, Jieun je juaranya" Wooyoung membalas sambil tersengih.
"Dahlah kita mulakan latihan sekarang, kalau Cikgu Han jenguk kita tiba-tiba mati kita nanti" aku menarik tangan Wooyoung masuk ke bilik muzik.
"Ok baik bos" balas Wooyoung sambil membuat muka selamba dan mengikuti sahaja langkahku.
"Emm Jieun main gitar ok ? Tapi kita nyanyi sama-sama. Wooyoung tak berapa mahir lah main gitar. Jieun main gitar ohhh jinja daebak !" tiba-tiba Wooyoung bersuara memecah kesunyian di antara kami.
"Emm ok lah kalau macam tu, Jieun ikut Wooyoung je, Jieun semua boleh" aku membalas acuh tak acuh.
Kami terdiam seketika. Tidak tahu mahu borakkan apa. Aku mengaku aku dah tak rapat dengan dia lagi seperti dulu. Mungkin sebab aku dah ada Donghae, aku menjauhkan diri dari dia supaya Donghae tak salah paham. Kadang-kadang aku merasa aku terlalu kejam dengannya. Kami sudah berkawan lama dan tiba-tiba aku mula menjauhkan diri darinya hanya gara-gara aku sudah mempunyai Donghae. Haih ! Aku hanya mampu mengeluh.
"Emm Wooyoung, Wooyoung mesti rasa Jieun dah mula menjauhkan diri dari Wooyoung kan ? aku bertanya untuk memecah kesunyian, hanya untuk meminta kepastian dari Wooyoung. Tapi tiba-tiba aku melihat riak wajah Wooyoung mula berubah. Aku rasa serba salah. Tiba-tiba Wooyoung bersuara setelah agak lama dia mendiamkan diri.
"Emm perkara itulah yang selalu Wooyoung fikirkan, setiap masa setiap detik. Wooyoung rasa, Wooyoung dah tak kenal Jieun yang dulu. Jieun yang selalu bergurau senda dengan Wooyoung, Jieun yang selalu teman Wooyoung waktu Wooyoung susah atau senang, Jieun yang selalu nyanyi sama-sama dengan Wooyoung. Ya Wooyoung ngaku Wooyoung rindu semua tu, Wooyoung nak Jieun yang dulu" Wooyoung membalas dengan nada tersekat-sekat dan aku tahu Wooyoung mencuba untuk menahan air matanya.
Selepas mendengar sahaja jawapan Wooyoung, aku mula menangis. Titis demi titis air mata aku jatuh sehingga aku dah tak dapat nak menutupinya lagi. Aku sebak, aku dah tak mampu. Aku tahu aku bersalah. Aku yang terlalu memikirkan perasaan Donghae sehingga melupakan perasaan orang sekeliling aku yang sudah lama kenal rapat dengan aku terutama Wooyoung.
"Maafkan Jieun Wooyoung, Jieun yang salah, Jieun yang lupakan Wooyoung, maafkan Jieun sebab Jieun jauhkan diri dari Wooyoung. Jieun buat semua ni sebab... emm sebab" balasku dengan nada yang agak teresak-esak kerana menahan kesedihan.
"Sebab Donghae kan ? Takpelah Wooyoung faham, Jieun dah jadi milik Donghae, Jieun kena jaga hati Donghae kan. Takpelah Wooyoung bukan orang penting sangat dalam hidup Jieun. Wooyoung hanya mampu menyokong hubungan kalian. Yang Wooyoung nak Jieun tahu cuma satu je. Jieun akan jadi sahabat dan kenangan yang terindah dalam hidup Wooyoung buat selama-lamanya. Ya selamanya-lamanya" balas Wooyoung.
Mendengar ayat yang keluar laju dari mulut Wooyoung, hatiku makin sebak. Aku dah tak mampu lagi menahan air mata yang deras mengalir dari kelopak mata aku. Kenapa kau terlalu baik denganku Wooyoung. Makin susah aku nak menjauhkan diri dari kau. Kenapa kau dera hati aku macam ni ? Sudahlah Wooyoung. Aku mengeluh dalam hati.
"Emm sudah-sudahlah tu menangis. Asyik nak menangis je. Rupa tu dah lah tak lawa, makin tak lawa lagi muka tu kalau kerjanya menangis sepanjang masa. Aishh takpayahlah nangis, nanti kalau ada orang nampak mesti orang ingat Wooyoung buli Jieun sampai menangis" Wooyoung cuba memujuk untuk meredakan perasaan aku sambil menepuk-nepuk bahuku.
Aku mengesat kembali air mataku. Aku tergelak kecil kerana gara-gara mendengar ayat Wooyoung yang selamba tu. "Ok fine ! Jieun je yang buruk, Wooyoung je ciptaan yang indah, perfect. Huh !" sindir aku.
"Emm kita still kawan kan ?" Wooyoung bersuara kembali selepas puas ketawa.
"Yup kawan ! Forever and ever until death ! Hohoho" balas aku penuh semangat.
"Ok kalau macam tu, kita kena berlatih sekarang dengan penuh bersungguh-sungguh untuk mengharumkan nama kelas kita dan Cikgu Han kesayangan kita sorang tu. Ok Wooyoung tahu, Wooyoung lari topik kan ?" Wooyoung berseloroh.
"Ok kalau macam tu ! Hwaiting !" balasku dengan penuh semangat.
"Hwaiting !" balas Wooyoung.
Kami mula berlatih mulai hari itu dengan penuh bersungguh-sungguh sehinggalah tiba hari perkhemahan yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar senior sekolah kami.










2 comments:
hohohoho.. sambungggggg~ :DD
@Nani Nazmi Dah Sambung Tapi Sorry Kalau Macam Haprak Sikit My Chapter6. Tak De Mood --'
Post a Comment