Donghae POV
Suasana kelas 5A menjadi huru-hara. Semua murid sibuk membincangkan aktiviti yang ingin mereka lakukan ketika perkhemahan hujung minggu nanti. Seluruh pelajar senior dikehendaki untuk menghadiri aktiviti perkhemahan itu. Aktiviti perkhemahan seperti ini yang aku nanti-nantikan. Aku boleh menghabiskan waktu dengan Jieun. Aku tersenyum sendiri sambil mengangguk-anggukkan kepala. Tiba-tiba lamunanku terhenti apabila terdengar suatu suara.
"Cikgu-cikgu, emm emm emm saya nak tanya sesuatu boleh? Boleh ?" Shindong tiba-tiba bersuara sambil membuat muka comel betul-betul dihadapan muka Cikgu Kim
"Sejak bila pula kamu tahu nak minta izin bila nak tanya hah ?" perli Cikgu Kim
"Ehem ala kalau jadi baik sekejap pun salah, bila jadi jahat semua nak marah"
"Hah yela, apa yang kamu nak tanya ?'
"Emm emm emm haih malulah saya nak tanya" shindong berpura-pura memalingkan muka.
"Karang kalau cikgu tumbuk muka kamu sedap je kan"
"Ok, ok dekat sana dapat makanan yang banyak tak ? Banyak macam bukit" Shindong berseloroh.
Selepas mendengar pertanyaan Shindong, seluruh kelas bergegar dengan ketawa pelajar-pelajar. Aku dan Eunhyuk hanya mampu menutup muka dan menggeleng-gelengkan kepala. Kenapalah aku dapat kawan yang asyik fikir makanan, aku mengeluh.
"Apa ? Apa ? Kenapa korang ketawa ? Salah ke aku tanya pasal makanan ? Eh makanan tu penting tau, kalau tak ada makanan kita boleh mati" cerita Shindong dengan penuh semangat sambil hidungnya dikembang kempiskan.
"Memanglah makanan tu penting Shindong, tapi makanan yang kamu maksudkan boleh membuatkan kamu mati bukan sebab kelaparan tapi kekenyangan" Cikgu Kim mula bersuara selepas puas ketawa dengan gelagat Shindong.
"Tapi tapi tapi cikgu, saya belum pernah dengar lagi orang mati makan makanan yang sebanyak bukit cikgu" Shindong membuat muka seposen sambil menggaru-garu kepala.
"Alahai Shindong kenapalah ada manusia bengap macam kamu dalam dunia ni hah? Dah kamu duduk tempat kamu, malas saya nak layan karenah kamu lagi" Cikgu Kim berkata.
Shindong kembali ke tempat duduk dia dengan muka yang masih mencari jawapan. Dia duduk di tengah aku dan eunhyuk. Tapi sampai sekarang aku pelik, kenapa Shindong perlu duduk tengah. Dia dahlah comel,montel. Kasihan pula tengok dia bila nak keluar dari tempat duduknya. Semput aku tengok dia.
"Shindong, shindong jangan lupa bawa makanan yang banyak tahu untuk aku bila pergi perkhemahan tu" kata Eunhyuk.
"Eh wait, apahal pulak aku yang kena bawa makanan untuk kau. Cantik betul muka kau. Kau ingat aku ni kebajikan masyarakat ? Aku sendiri pun belum tentu cukup"kata Shindong sambil menggosok-gosok perutnya yang terserlah kebulatannya.
"Kau kedekut pula dengan aku, selama ni kau habiskan makanan aku masa rehat aku tak berkira pula"balas Eunhyuk.
"Lantak kau lah, sapa suruh kau bagi aku makanan kau, salah kau juga. Dah tahu aku ni pelahap orangnya still lagi nak bagi makanan kau dekat aku kenapa ?" Shindong membalas.
'Kau ni memang cari pasal lah kan. Hah ambil kau !" senggengam penumbuk terkena tepat di kepala Shindong.
"Kau pehal hah ? Cari pasal pula. Ahahaha berani kau ikan bilis cari pasal dengan aku. Lawak doh lawak !" Shindong berkata dengan nada geram.
Mereka memulakan aksi pukul memukul. Tangan Eunhyuk dan Shindong berlaga antara satu sama lain. Mereka menolak dada masing-masing sehinggalah Shindong tertolak Eunhyuk dengan kuat sehingga Eunhyuk terjatuh dari kerusi macam nangka busuk.
"Sudah-sudahlah korang gaduh. Macam budak-budaklah aku tengok" aku mula bersuara sebab dah tak tahan melihat mereka bergaduh dan aku mengaku memang tersangat bising apabila mereka mula bergaduh.
"Tapi tapi Hae, dia dia dia yang mulakan dulu " kata Hyuk dengan muka yang meminta simpati.
"Apahal pulak aku yang cari pasal dulu, cuba kau refresh balik otak kau yang beku tu, ingat balik sapa yang tumbuk aku dulu" balas Shindong dengan penuh geram.
"Hae, betul Hae bukan salah aku" Hyuk kembali membuat muka simpati sambil menarik-narik seluarku.
"Eh wey wey apahal tarik-tarik seluar aku ni, jangan tarik lagilah, dah nak terlucut ni. Dahlah aku lupa nak pakai belt hari ni. Kau jangan nak buat aku jadi hosip terhangat hari ni" aku berkata sambil menarik-narik kembali seluarku.
Aku melihat Eunhyuk menjeling Shindong seperti memberi sesuatu isyarat. Ya, aku tahu ni mesti petanda buruk buat aku ni. Kalau dieorang dah mula menjeling-jeling alamatnya ada perkara buruk yang akan jadi pada aku hari ni.
Sangat tepat dugaan aku, Shindong membantu Eunhyuk menarik seluar aku. Mereka menarik dengan penuh bersungguh-sungguh."Eh korang ni kenapa ? Dah buang tebiat ke apa ? Korang kalau tak dajal aku satu hati tak boleh ke hah ? Tolong jangan rosakkan nama baik aku sebagai presiden boleh tak ?" aku berkata dengan nada sedikit simpati. Sambil itu juga aku menarik-narik seluarku ke atas dengan sekuat tenaga.
"Hahahaha padanlah muka kau, sapa suruh jadi orang penting dalam sekolah ni, kan kiteorang dah cemburu dengan kau" balas Eunhyuk.
"Tulah kiteorang suruh kau jadi budak biasa je kau degil, gatal sangat nak jadi presiden sekolah kononnya. Hah kan dah kena" Shindong pula berkata sambil menjelirkan lidah ke arahku. Aduh geramnya aku dengan dieorang. Tunggulah nasib dieorang nanti aku mengomel sendirian.
Perbuatan mereka terberhenti apabila Cikgu Kim mula menjerit.
"Eunhyuk ! Shindong ! Donghae ! Duduk balik di tempat kalian masing-masing. Boleh pula kamu bergurau-senda dalam kelas saya. Murid-murid sibuk bincang aktiviti apa yang nak dilakukan untuk perkhemahan kamu boleh pula beramah mesra dalam kelas saya" Cikgu Kim bersuara dengan nada yang sangat marah.
"Maafkan kami bertiga cikgu. Kami mengaku memang salah kami" aku bersuara bagi pihak aku, Shindong dan juga Eunhyuk memandangkan mereka berdua sudah kaku dan terdiam sendiri. "Padanlah muka korang, sapa suruh cari pasal dengan aku dalam kelas Cikgu Kim" aku memerli mereka.
"Kau punya pasal lah ikan bilis, kalau tak ada kau jeling kat bagi isyarat tadi tak adalah aku terjebak dengan semua ni. Kenapa mesti aku Tuhan. Kenapa ? Kenapa ?" Shindong mula berseloroh.
"Hello,aku pulak ! Kau tu yang terlalu besar sampai cikgu perasan kewujudan kita tengah bergaduh dalam kelas dia" Eunhyuk membalas dengan nada memerli.
Peperangan mulut diteruskan. Masing-masing tidak mahu mengalah. Mereka menjerit ke arah satu sama lain. Pung ! pang ! pung ! pang ! (perkataan mereka terpaksa dirahsiakan kerana takut menganggu minda segelintir para pembaca yang bersih) Aku hanya menggeleng-geleng kepala kerana tidak sanggup lagi untuk menasihatkan mereka.
"Eunhyuk ! Shindong ! Apa lagi tu ! Saya suruh diam ! Diam sekarang !" jerkah Cikgu Kim.
"Eunhyuk ! Shindong ! Apa lagi tu ! Saya suruh diam ! Diam sekarang !" jerkah Cikgu Kim.
Ok baik Cikgu Kim balas Eunhyuk dan Shindong sambil tangan mereka menolak satu sama lain. Aku mengambil kesempatan ni untuk menunjukkan kedua ibu jari aku kepada mereka. Mereka hanya mampu menjelirkan lidah tanda geram.










2 comments:
"Hello,aku pulak ! Kau tu yang terlalu besar sampai cikgu perasan kewujudan kita tengah bergaduh dalam kelas dia" <----- L A W A K ! XD
@Nani Nazmi Lol lol Lawak Ke Dohh ? Hahahah Aku Punn Tak tahu Nak Cakap Apa. Idea tu keluar aku main tulis je
Post a Comment