24 December 2011

Love Or Sacrifice Chapter 3




Donghae POV
Hatiku berasa tidak senang hari ini, seperti ada sesuatu yang bakal berlaku. Ya mungkin sesuatu yang penting, atau yang berbahaya atau mungkin yang menggembirakan. Ahh, aku buntu, aku malas untuk memikirkan semua itu. Bagiku itu semua tidak penting. Aku melajukan langkah untuk menuju ke kelas buah hatiku, Jieun. Terasa rindu di hati untuk bertemu dengannya walaupun baru sehari tidak bertemu. Aku tahu aku gedik, jadi diam !

"Kedebuk !" Bunyi yang agak kuat membuat lamunanku terhenti. Badanku terasa sakit dan kepalaku agak pening. Aduh sakitnya kataku didalam hati. Aku mengumpulkan sepenuh tenaga untuk berdiri semula. Dan ketika itulah aku baru perasan yang aku sudah langgar seorang budak perempuan. Ya mungkin junior kataku di dalam hati.

"Maafkan saya, saya tidak sengaja. Salah saya sebab saya mengelamun sampai tak nampak awak di depan." kataku dengan sedikit nada kesal.

"Oh tak mengapalah, lagipun salah saya juga sebab tak perasan awak" katanya.

"Awak tak apa-apa ? Ada yang cedera atau luka teruk ke ? kataku dengan nada yang agak risau. Ya memanglah aku risau, anak orang dan yang lagi penting perempuan pula tu. Gila kau. Aku membebel sendiri didalam hati.

Perempuan itu tertawa kecil. Haishh budak perempuan ni gila ke apa ? Aku tanya dia ok ke tak apahal pulak dia gelak. Tapi comel juga dia gelak. Tak disangka-sangka perkataan itu muncul di dalam hati aku.  Eh Donghae, dengar sini Jieun seribu kali lebih cantik dari budak ni. Dengan serta-merta aku menggeleng-geleng kepala dan melempang-lempang muka aku. Makin bertambah kuatlah gelak budak itu. Dia mula bersuara kembali.

"Oh nae, gwaenchanayo, I'm okay and its not your fault."

"But I'm still feel guilty. Oh by the way budak baru ke ? Yelah sebelum ni tak pernah nampak awak pun kat sekolah."

"Ya saya baru pindah sekolah hari ni, tadi saya terlanggar awak sebab melilau-lilau nak cari bilik pengetua lah. Awak boleh tolong saya ?"

"Dengan senang hati saya membantu sebab saya ni presiden sekolah, selalunya pengetua akan menyuruh saya menemankan budak baru untuk melihat dan meninjau kawasan sekolah" dengan penuh semangat aku menerangkan kepada dia dan perkataan presiden sekolah itu sudah tentu aku tekankan. Hahahaha. Dia hanya mengangguk-angguk dari tadi. Eleh macam faham, ngomel ku didalam hati.

"Jom saya bawa awak untuk berjumpa dengan pengetua, kasihan saya tengok awak ni" kataku.

Selang beberapa minit berjalan
"Ok kita dah sampai di bilik pengetua, saya rasa dia ada didalam bilik sebab pintunya terbuka"

"Oh gomawo sebab sudi tolong. Kalau tak ada awak maybe saya still macam orang sesat tak ada hala tuju"

"Oh never mind, perkara kecil aje"kataku.

Dia masuk ke dalam bilik pengetua dan serta merta aku teringat, ya aku tak sempat untuk bertanya siapakah dirinya. Ahh bodoh sungguh aku sambil menepuk dahiku sendiri. Ahh sakit. Aku mengomel sendirian. Eh aku nak pergi mana tadi hah ? Aku menggaru-garu kepala yang tak berapa nak gatal. Aku berjalan ke kiri dan  kemudian ke kanan. Aku mengulang benda yang sama sampailah aku teringat ke mana aku nak pergi. Oh oh oh, kelas Jieun. Apelah lupa pula. Aku mula meneruskan perjalanku.

Seohyun POV
Manalah bilik pengetua ni. Aduh menyesal pagi tadi tak bangun awal. Kalau tak, kan dah boleh ikut Jieun unnie pergi sekolah. Tak adalah aku macam orang sesat tak ada hala tuju. Dahlah semua orang pandang aku macam aku orang asing. Tak ada siapa pun nak bantu aku semua orang pandang aje. Aku hanya mampu tersenyum kelat. Kepala aku melilau-lilau macam bangau tak pun zirafah gara-gara nak cari bilik pengetua.

"Kedebuk !" Aduh sakitnya, buku yang aku pegang turut terjatuh sekali dengan badanku. Aduhai apalah nasib aku malang sangat hari ni. Dahlah tak jumpa bilik pengetua, yang aku dapat cuma badan yang sakit-sakit. Aku cuba sedaya upaya untuk bangun dah membuang habuk-habuk dibajuku. Aku langgar apa ni ? Kuat betul sampai aku terjatuh macam nangka busuk.

"Maafkan saya, saya tidak sengaja. Salah saya sebab saya mengelamun sampai tak nampak awak di depan." Satu suara lelaki menyedarkan lamunanku. Patutlah lelaki yang langgar aku rupanya.

"Oh tak mengapalah, lagipun salah saya juga sebab tak perasan awak" kataku untuk menyedapkan hatinya. Lagipun memang salahku juga

"Awak tak apa-apa ? Ada yang cedera atau luka teruk ke ? Aku melihat mukanya agak serius dan mungkin sedikit risau. Aku tergelak kecil kerana kelakar melihat telatahnya yang agak melucukan. Riak wajahnya sangat menggelikan hati. Tapi bila aku tenung lama-lama wajah risaunya, aku mula berasa nyaman dan mungkin aku tersentuh dengan sikapnya yang prihatin. Alahai kenapalah ada lelaki yang sempurna macam dia dalam dunia ni. Aku tersedar dari lamunanku.

"Oh nae, gwaenchanayo, I'm okay and its not your fault." kataku untuk mengurangkan rasa bersalahnya.

"But I'm still feel guilty. Oh by the way budak baru ke ? Yelah sebelum ni tak pernah nampak awak pun kat sekolah." katanya dengan nada yang agak laju. Aku hampir tidak dapat untuk menangkap apa yang dia cuba untuk sampaikan.

"Ya saya baru pindah sekolah hari ni, tadi saya terlanggar awak sebab melilau-lilau nak cari bilik pengetua lah. Awak boleh tolong saya ?" kataku dengan nada sedikit lemah sebab aku dah letih pusing satu sekolah.

"Dengan senang hati saya membantu sebab saya ni presiden sekolah, selalunya pengetua akan menyuruh saya menemankan budak baru untuk melihat dan meninjau kawasan sekolah"katanya.

Aishh membebel pulak lelaki ni, aku cuma surah tunjukkan bilik pengetua je, bukan suruh dia terangkan sapa dirinya. Oh tapi sekejap, kalau budak lelaki ni presiden habis siapa sebenar ... Lamunanku terhenti apabila die bersetuju untuk membawaku ke bilik pengetua.


Selang beberapa minit berjalan
"Ok kita dah sampai di bilik pengetua, saya rasa dia ada didalam bilik sebab pintunya terbuka" katanya kepadaku dengan nada yang bersungguh-sungguh.

"Oh gomawo sebab sudi tolong. Kalau tak ada awak maybe saya still macam orang sesat tak ada hala tuju" kataku. Ya aku bersyukur sebab dia sudah mahu membantuku

"Oh never mind, perkara kecil aje"katanya.

"Emm nak tanya ke tak siapa nama budak lelaki ni. Tapi dia tak tanya aku, buat apa pulak aku nak tanya dia. Seohyun kau jangan nak buat malu diri sendiri ok. Teruskan perjalan kau masuk ke bilik pengetua. Jangan pandang belakang langsung. Aishh aku cakap jangan pandang belakang kan ! Degil betullah !" aku mengomel sendirian sebelum aku dikejutkan dengan suara pengetua yang mempersilakan aku duduk.

"Kamu ni adik Jieun kan ?" pengetua mula bersuara. Nadanya kedengaran sedikit tegas.

"Ya, saya adik kepada Jieun" aku mengiyakan pertanyaannya yang sebentar tadi. Dah tahu aku adik kepada Jieun kenapa perlu bertanya lagi. Aku menggeleng-geleng kepala sambil mengomel sendirian.

"Emm kamu nak ambil aliran apa ni ? Kakak kamu kurang pandai jadi dia memilih kelas muzik. Kamu mahu kelas apa ? Saya dengar kamu ni pelajar pintar ?" kata pengetua.

"Saya ingat saya nak ambil aliran sains kalau boleh sebab saya memang ambil aliran tu di sekolah lama saya. Oh saya bukanlah seorang yang pintar. " aku berkata sedemikian kerana aku tidak mahu di label sebagai budak yang belagak pandai dan sombong.

"Ok kalau macam tu kamu boleh ke kelas kamu di tingkat 3 hujung sekali sebelah tandas perempuan berdekatan dengan makmal biologi" pengetua menerangkan kepadaku.

Aku mengucapkan terima kasih kepada pengetua dan terus menuju ke kelas yang dimaksudkan oleh pengetua. Langkahku terhenti apabila aku bertembung dengan seseorang yang seperti aku kenali. Mata kami bertatapan.



Wooyoung POV
Boy I need a boy
Mwol haedo ippeun
Momae do ipeun
Boy I need a boy
Baby I need you 
Boy you need me too

Aku meneliti setiap lirik-lirik yang dituturkan oleh Jieun. Ya aku akui Jieun memang mempunyai suara yang amat merdu dan kepakaran dia bermain gitar tersangat hebat. Kalaulah aku yang dimaksudkan oleh Jieun menerusinya lagunya, sudah tentu aku sudah menjadi lelaki yang paling beruntung di dalam dunia ni. Aku mengaku aku memang seorang yang pengecut untuk menyatakan perasaan sebenarku kepada dirinya sehingga Donghae dapat memilikinya.

Aku sudah berkawan dengannya sejak dari kecil. Aku sudah memendam rasa kepadanya sejak kami di tadika lagi. Sehingga pada suatu hari aku menyatakan aku ingin mengahwininya. Dia hanya tergelak kecil ketika itu dan aku masih dapat mengingat lagi cara dia ketawa dan tersenyum kepadaku. Aku rindu segalanya.

Aku rindu kami bergurau senda, rindu bermain bersama dan menghabiskan masa bersama. Kadang-kadang kami akan spend night together sama ada di rumah aku ataupun di rumah Jieun. Tapi itu masa kami kecil. Janganlah fikir lain.. Tapi sekarang semua tu dah jadi kenangan. Aku sedar semua tu. Aku sedar kenyataan yang dia dah jadi milik orang lain.

Aku perhatikan dia sudah mula berubah. Dia seperti menjauhkan dirinya dariku. Tapi kenapa ? Kenapa ? Aku inginkan alasan yang munasabah. Aku inginkan kau yang dulu Jieun. Kau yang sering bergurau senda dengan aku. Menghabiskan masa bersamaku untuk membuat lagu bersama dan menyanyi bersama.

Alahai Jieun, kau tak perlu lah nak takut Donghae cemburu.Setakat aku ni, Donghae tak akan cemburu punya sebab dia dah tahu hubungan kita. Tapi kalau dia tahu perasaan sebenar aku dekat kau mesti dia tak bagi langsung kau dekat dengan aku.

Lamunanku terhenti apabila bunyi gitar tidak kedengaran lagi. Aku melihat Jieun mula mendekati aku. Aku merasa gembira tetapi aku tak tahu kenapa aku perlu gembira.

"Wooyoung, ok tak suara Jieun tadi ? tanya Jieun dengan suara yang sangat comel. Ya aku rindu suara dia.

"Eh mestilah ok. kalau tak ok dah lama dah audience merangkap budak-budak kelas kita semua muntah dengar suara Jieun" kataku

"K fine fine. Nak tanya pun salah kan". Jieun mencebik

"Alahai Jieun kalau nak tanya, carilah soalan yang mnecabar sikit. Ni soalan yang Jieun sendiri dah tahu jawapannya."

"Yela-yela Wooyoung je yang betul, Jieun aje yang salah. Tak suka betul. Daru dulu suka nak usik Jieun".

"Yela kalau takkan Wooyoung nak puji Jieun. Tak kuasa Wooyoung".

"Ok fine, menyampah cakap dengan Wooyoung ni lah." senggenggam penumbuknya terkena tepat dibahuku.

"Aduh Jieun yah ! Nak cederakan orang ke apa hah ?" aku menggosok-gosok bahuku yang terasa pedih.

"Padanlah muka siapa suruh gedik sangat nak cari pasal dengan orang. Kan dah kena." Jieun menjelirkan lidah.

Kami mula bertepuk tampar. Aku menjentik dahinya. Dia menggosok-gosok dahinya yang agak merah gara-gara jentikan aku. Comelnya dia bisikku didalam hati. Ketika aku berkhayal, dia mengambil kesempatan pula mengetuk kepalaku. Pergaduhan kami diteruskan dan aksi pukul-memukul semakin hangat. Kami tertawa kerana melihat muka masing-masing yang kesakitan.

Pergaduhan kami terhenti apabila kedengaran suatu suara dari luar pintu kelas. Ya aku kenal benar suara tu, suara pesaing ketatku untuk mendapatkan Jieun, Donghae. Haih mamat ni kacau daun betul lah omelku di dalam hati.

2 comments:

Nani Nazmi said...

Woah! Daebakkkkkk. Kau dah improve sikit2. dah tak banyak typo or shortform. Proud of you, kawan :DD

Sherr Eyra said...

@Nani Nazmi Ok sumpah malu lah kan. Best tak chapter ni ? Thanks For Your Compliment