10 August 2012

Snow Smile (Oneshot)

Read Full Characters Here. Thank You

13 Dis 2012
    Angin bertiup lembut. Serba sedikit dapat aku rasakan ianya seperti mengelus lembut pipiku. Aku tatapi salji yang menutupi permukaan bumi. Putih dan suci. Tak ramai yang ada di luar mungkin sebab keadaan jalan yang agak teruk ditutupi salji tebal. Aku mengeluh pendek sambil merenung kembali tubuh yang kaku terbaring di atas katil.
    Pandanganku kosong. Sedaya upaya aku memaksa diri terus tersenyum dihadapannya. Doktor ada cakap, walaupun orang koma tak boleh melihat tapi dia sebenarnya dapat merasakan keadaan sekeliling. Jadi aku nekad untuk terus tersenyum walaupun senyuman itu palsu.
   “Soo Hyun, saengil chukkahamnida. Uri saranghaeyo”
    Perlahan aku bisikkan ayat itu ditelinganya. Tiada sebarang reaksi. Dia hanya kaku dan diam disitu. Airmata mula kembali turun dengan derasnya. Kali ni seperti tidak dapat ditahan. Cepat-cepat aku alihkan pandangan aku darinya. Takut airmata aku jatuh membasahi tangannya. Aku taknak kelihatan lemah.
    Genap setahun dia terlantar dan tak mampu berbuat apa-apa. Aku pulak? Hanya boleh pandang dia tanpa sedikit pun boleh mengurangkan beban yang dia tanggung. Rasa diri tak berguna. Melihat orang yang disayangi sedemikian rupa. Cepat-cepat aku kesat airmata aku dengan hujung jari apabila kedengaran pintu bilik itu dibuka.
    “Oh, maaf makcik tak tahu pun Shin Hye ada disini juga”
    “Tak apa makcik, sepatutnya saya yang minta maaf sebab terkejutkan makcik”
    “Makcik faham, kamu ke sini nak temankan Soo Hyun kan?”
    Aku hanya mengangguk tanda mengiyakan. Atau mungkin sebab aku dah tak ada benda nak borak dengan dia. Dia mungkin omma kepada Soo Hyun. Oh maybe omma yang tak pernah peduli dengan anak dia. Atau mungkin dia tak pernah anggap Soo Hyun ni anak kandung dia. Ini pun, dia baru datang dari US lepas setahun Soo Hyun koma. Aku mungkin tak ada hak nak cakap macam tu, tapi aku cuma rasa dia keterlaluan. Biarkan Soo Hyun duduk sendiri dekat Korea. Biar dia survive sendiri. Dia kembali bersuara memecah kesunyian.
    “Dah lama ke Shin Hye berkawan dengan Soo Hyun. Kamu berdua memang rapat?”
    “Ya, sangat rapat”
    Aku hanya membalas acuh tak acuh. Kalau ikutkan aku nak je jawab yang aku rapat dengan Soo Hyun sejak dia datang ke Korea seorang diri tanpa ada seseorang yang temankan dia. Dia hidup sendiri, susah sendiri. Kadang-kadang menangis sendiri, ketawa sendiri. Segalanya dia buat sendiri tanpa sedikit pun dia mengeluh atau cuba untuk menyalahkan orang lain. Ya, dia tabah. Cuba mengalah dengan segalanya. Cuba berlagak kuat walaupun aku tahu itu semuanya palsu. Dia menyimpan segala kedukaan dengan senyuman. 
    “Shin Hye, kadang-kadang tak semua kedukaan kita perlu diluahkan. Fikirkanlah orang lain mungkin lebih menderita daripada kita. Selagi kita mampu dan percaya pada diri, kita tak mungkin tewas dengan kekecewaan
    Kata-kata Soo Hyun itu tersimpan rapi dalam hati aku. Tak sedetik pun aku lupa pesan dia sebelum dia terbaring kaku tanpa berbuat apa-apa sedemikian rupa. Sakit rasanya melihat dia yang ceria, yang selalu sedaya upaya membuat hari orang lain gembira  tanpa menghiraukan sedikit pun perasaan dia kini hanya mampu memejamkan mata.

Flasback
    “Anyeonghaseyo, choneun Kim Soo Hyun imnida”
    Suasana kelas menjadi senyap bila songsaengnim mula bercakap. Aku turut menumpukan perhatian sepenuhnya. Well, aku kan suka bila ada budak baru yang masuk sekolah. Tambah pula, bila student baru tu lelaki. Lagi aku suka. Okay aku memang macam ni. Hiraukan aku. Bukan sebab aku ni perempuan gatal. Tapi sikap aku ni macam lelaki dan aku tak suka bergaul dengan budak perempuan kelas aku sebab dieorang semua gedik dan pentingkan makeup dua puluh empat jam. Aku rimas dan sebab tulah aku duduk seorang dalam kelas.
    “Mulai hari ni Soo Hyun akan jadi classmate kamu semua. Kamu berilah dia tunjuk ajar. Jangan pulaukan dia pulak ye”
    “Harap beri saya tunjuk ajar” dia tunduk 90 darjah tanda hormat
    “Soo hyun, kamu boleh duduk ditempat yang kosong disebelah Shin Hye. Hah Shin Hye, kamu jangan ajar dia benda bukan-bukan ye”
    “Alright sonsaengnim. Jangan risau lah”
    Dia mengambil tempat disebelah aku. Aku gembira sebab ada kawan baru dan yang paling pentingnya dia lelaki dan bukan perempuan. Dia memandang aku sambil menundukkan kepala sedikit tanda hormat. Dia memperkenalkan dirinya.
    “Kim Soo Hyun”
    “Park Shin Hye”
    “Nice to meet you. Hope we will be friends. Saya harap awak boleh tunjukkan kawasan sekolah pada saya sebab saya masih belum boleh sesuaikan diri. Furthermore, saya tak ada kawan di sini”
    “Haha kau ni lawak lah. Of course aku akan bantu kau. Don’t worry. Kau tak salah pilih orang lah bro. Kita akan jadi kawan”
    Dia tersenyum sambil menghulurkan tangan untuk bersalam sebagai tanda persahabatan mungkin. Aku menyambutnya sambil tersenyum kembali. Dari saat itu, aku kini mempunyai seorang rakan karib yang bernama Kim Soo Hyun.

14 Mei 2010
    “Chukkahae Soo Hyun”
    “Eh apahal pulak ucap tahniah dekat aku pulak. Hari ni bukan hari jadi aku lah gila. Pehal tiba-tiba ni?”
    “Alah kau lupa lah kan. Menyampah lah macam ni”
    “Apa bendanya. Aku tak ingatlah”
    “Hah kau, find it yourself. Okay lah aku bla dulu”
    “Alah sorry, Shin Hye. Chukkahae. Happy one month anniversary for our friendship”
    “Kau ingat? Serious hah kau ingat? Yeah, Soo Hyun ingat anniversary kita”
    “Of course lah aku ingat, gila ke hape aku tak ingat. No way, aku mesti ingat punya. Nah!”
    “Apa benda ni?”
    “Buka kat rumah, jangan dekat sini”
    “Baiklah bos, emm Soo hyun aku nak tanya kau sesuatu tapi kau janji dengan aku jangan marah”
    “Tanyalah, kalau kau tak tanya macam mana aku nak tahu sama ada aku marah atau tak”
    “Kenapa kau datang ke Korea seorang diri? Apa tujuan kau? Kau tak ada family ke?”
    Dia memandang tepat ke arah muka aku bila aku kemukakan soalan tadi. Dia seoalah-olah tak sangka soalan itu akan keluar dari mulut aku. Kemudian dia mengalihkan pandangannya ke tanah. Dia menguis-guis tanah menggunakan kakinya. Tiada tanda-tanda dia hendak marah. Aku hanya menanti dia bersuara kembali dengan sabar. Dia mengeluh seketika dan mula bercerita.
    “Aku cuma ada seorang omma dalam dunia ni sebagai family. Aku ni anak tunggal. Bila appa meninggal dunia, omma berhijrah ke US untuk mulakan hidup baru dan kebetulan ada kawan omma yang baik hati nak hulurkan bantuan. Dan sejak tu, omma besarkan aku seorang diri dan dia buka kedai pakaian di US. Omma aku pereka fesyen. Tujuan aku balik ke Korea sebab aku teringin nak tengok tempat aku lahir. Aku nak rasa tinggal dekat sini”
    “Kenapa omma kau tak ikut kau sekali pindah ke sini”
    “Sebab aku tak nak bebankan omma. Dia banyak benda nak diuruskan kat US tu. Aku rasa aku boleh survive sendiri. Lagipun setiap bulan dia mesti kirim duit”
    “Kau tak rindu dia?”
    “Ani, buat apa nak rindu dia. Dia dah selalu temankan aku kat US tu?” dia menggeleng kecil sambil tersenyum tawar
    Aku cukup tahu bahawa senyuman dia tu sangat palsu. Dia boleh sorok perasaan dia dengan orang lain tapi bukan dengan aku. Aku boleh baca perasaan dia. Aku tahu dia cukup kesunyian. Tapi dia simpan semua tu dengan hanya sedikit senyuman. Aku sebak melihat dia sedemikian rupa.
    “Kau tak boleh tipu aku Soo Hyun”
    “Kadang-kadang kalau menipu tu boleh membuatkan hati seseorang itu sedikit lega, kenapa perlu jujur”
    Tersentak seketika aku mendengar jawapannya. Aku hanya menatap mukanya yang cukup menenangkan sesiapa sahaja yang memandangnya. Aku seluruhi wajah lembutnya. Tabahnya lelaki ni. Dia ingat aku tak tahu yang dia pergi bersendirian ke Korea sebab omma dia tak pernah langsung ambil berat tentang dia. Omma dia terlalu busy dengan kerja sehinggakan dia yang uruskan diri sendiri. Sambut birthday sendiri, tiup lilin kek sendiri, wish diri sendiri dan nyanyi lagu birthday sendiri. Sampai satu masa, tiada siapa yang ambil report cad untuk dia. Dia yang ambil sendiri dari guru dia dan tandatangan card tersebut. Semua perkara ni menjadi catatan di dalam buku diarinya. Tidak sengaja aku menemui buku itu dan sempat membaca sedikit kandungan buku tersebut tanpa meminta keizinan.
    Dia mengusap rambutku sambil tersenyum tawar.
    “Kesakitan itu mematangkan seseorang. Walaupun ianya terlampau sakit, selagi kita mampu menanggungnya tutuplah ia dengan senyuman yang sempurna. Kerana senyuman itu penawar. Penawar kepada kesakitan yang tak tertanggung rasanya

1 Nov 2010
    Salji semakin lebat turun menutupi bumi Korea. Sekolah juga ditutup sempena musim sejuk. Masa aku tentunya dihabiskan bersama Soo Hyun. Hanya Soo Hyun.
    “Kau nak tahu sesuatu tak?”
    “Apa dia?”
    “Alah, seganlah aku nak cakap. Tak jadilah”
    “Aku menyampah lah dengan kau ni Soo Hyun, kalau dah buka cerita mesti tak nak habiskan”
    “Alah, aku malu lah nak cakap dengan kau”
    “Ah kau ni mengada-ngada sangat. Cakap jelah, aku dengar ni”
    “Kau melengkapkan hidup aku”
    Ringkas sahaja ayat yang dituturkan tetapi ianya membawa makna yang sangat mendalam. Aku tersentak seketika. Aku memandang tepat ke arah mukanya. Dia menoleh kembali ke arah aku. Mata kami bertautan. Dia melemparkan senyuman.
    “Janji jangan tinggalkan aku boleh? Cuma kau yang aku ada sekarang ni. Cuma kau yang faham karenah aku. Cuma kau yang setia ada di sisi aku waktu susah senang. Tangan kau yang selalu mengusap belakang aku bila dadaku pedih menahan kesakitan. Bahu kau juga tempat aku menumpang untuk merehatkan kepala jika aku mula merasa penat dengan dunia ni. Mulut kau juga yang sering mengeluarkan nasihat bila aku mula putus asa dengan hidup aku… Yang pentingnya, kau segalanya untuk aku”
    Dia mengenggam erat tangan aku.  Dingin. Dia melentokkan kepalanya ke bahuku. Airmata aku jatuh titis demi titis dari tubir mata. Tersedu sedan aku menahan sedih mendengar perkataannya. Dia mengusap lembut airmata aku. Dia seluruhi muka aku.
    “Mulai hari ni, kita akan saling melengkapi hidup masing-masing. Kau jaga aku dan aku janji aku akan jaga kau”

13 Dis 2012
    Hari ni hari jadi Soo Hyun yang ke 17. Aku siapkan kek dengan niat nak sambut birthday dia. Biarlah tahun ni aku yang wish birthday, tiup lilin dan potong kek sama-sama dengan dia. Ya, aku dah janji aku taknak tinggalkan dia dan selalu aku temankan dia saat susah dan senang.
    “Soo Hyun, Saengil chukka….”
    Ayat aku tidak sempat dihabiskan. Kaki aku menggeletar ketika itu seperti ingin rebah. Kek yang ada ditangan jatuh terlepas begitu sahaja. Pandangan aku kabur. Airmata mula jatuh satu persatu ke bumi. Tersedu sedan aku di situ tidak dapat membendung kelukaan hati. Seperti anak kecil yang kehilangan ibu. Tergamam aku melihat keadaan Soo Hyun.
    Dia berada di atas katil bersama seorang perempuan dan aku tidak ada kekuatan untuk menerangkan keadaan mereka ketika itu. Mungkin tanpa seurat benang. Cepat-cepat aku palingkan muka aku dari mereka berdua. Aku sedaya upaya mencari kekuatan ketika itu. Mencari semangat yang hilang begitu sahaja.
    “Hoi perempuan, kau nak apa dekat sini? Kau tak nampak ke aku tengah busy ni. Jangan menyemak lah”
    Tersentak aku mendengar ayat yang keluar dari mulut Soo Hyun. Aku memandang tepat ke mukanya. Aku cuba untuk mencari tanda-tanda dia bergurau tapi hampa. Tiada sedikit pun tanda menunjukkan dia bergurau. Mata kami bertautan dan dia hanya melemparkan pandangan sinis ke arah aku. Alangkah sakitnya hati aku ketika itu. Semangat dan kekuatan aku kumpulkan untuk menjawab pertanyaan dia.
    “Nak sambut birthday Soo Hyun lah. Kan hari ni birthday Soo hyun”
    “Kau tak payah nak sibuklah perempuan. Baik kau balik je. Aku nak spend time dengan kawan baru aku atau mungkin kata lain teman wanita baru aku”
    "Tapi kan kita dah janji nak sentiasa bersama. Nak jaga antara satu sama lain. Kenapa sekarang dah jadi lain pulak”
    Air mata aku mula kembali jatuh. Dada aku begitu sakit. Semakin aku tahan, semakin ia deras mengalir. Tiada tanda ingin berhenti. Ketika itu aku seperti orang bodoh yang merayu dan meminta simpati dengan orang lain. Aku tak tahu dimana ketika itu maruah aku letakkan. Mungkin semua maruah aku ketika itu sudah hilang dan lenyap sehingga aku tidak sedikitpun mempunyai perasaan malu.
    “Well, you know girl. Manusia tu boleh berubah. Aku tak pernah sebut aku sayangkan kau. Kenapa kau perlu nak ambil serius. Aku cepat bosan. Lagipun perangai kau serupa macam lelaki. Bukan taste aku lah bro. Sorry lah, kau boleh blah”
    Saat itu etika aku sebagai seorang perempuan hilang. Sopan aku ada batasnya. Kemarahan mengatasi rasa sayang ketika itu. Aku melihat dia seperti lelaki yang begitu hina dan jijik. Menyesal aku kata sebab pernah kenal dia sewaktu ketika dulu. Seluruh tenaga dikumpulkan dan aku menyusun ayat sebelum berkata-kata.
    “Aku tak pernah harap kasih sayang dari kau. Aku tak pernah harap kau cintakan aku. Aku tak pernah harap kau menerima diri aku seadanya. Aku tak pernah harap kau sayang aku lebih dari seorang kawan. Sedikit pun tak pernah. Ya, memang perwatakan aku seperti seorang lelaki. Nak tahu kenapa aku jadi macam ni? Sebab aku tak nak jadi macam omma aku. Mati kerana diragut kesuciannya oleh sekumpulan lelaki dan appa aku hanya boleh melihat keadaan itu sebelum mereka berdua dibunuh. Depan mata aku. Ya, depan mata aku! Kau harapkan apa yang aku boleh buat time tu. Sebab tu aku bertekad tak nak jadi seorang yang feminin sebab aku takut perkara tu jadi kat aku jugak. Aku cuba tak benci lelaki dan cuba menerima lelaki. Tapi sebab lelaki macam kau, rasa hormat aku terus hilang”
    Aku lihat dia memalingkan mukanya dari aku. Aku hanya cuba mengesat air mata ku yang begitu deras mengalir. Aku cuba tak ungkit kematian ibubapa aku yang begitu tragis. Tapi tak tahu kenapa aku ceritakan semua tu pada dia. Mungkin aku dah tak mampu bendung kesakitan itu lagi. Hati ku perit dan pedih. Bukan sebab dia tidak menyayangi aku, tapi kerana dia pertikaikan perwatakan aku.
    “Aku rasa aku bodoh sebab simpati dekat kau, aku rasa bodoh sebab terhegeh hegeh janji dengan kau tak nak tinggalkan kau. Dan yang paling penting, aku rasa bodoh sebab aku menyayangi seorang lelaki yang begitu kejam seperti kau. Aku tak pernah minta perasaan ini wujud, kerana ianya lahiriah dan kalau diberi peluang aku tak nak sedikit pun ada perasaan ni. Last sekali, aku mohon jangan pernah anggap semua perempuan tu kuat pada luaran, tapi percayalah hati mereka cukup terseksa. Terima kasih sebab sudi jadi kawan aku dan  temankan aku selama ni”
    Aku terus berlari keluar dari rumahnya. Sebak di dada masih terasa. Aku berlari semahunya. Kaki aku tidak berhenti berlari dan sedar-sedar aku sudah berada di tapak perkuburan appa dan omma aku. Aku cukup merindui mereka. Kalau diberi pilihan, aku yang mahu menggantikan tempat mereka.  Aku dah taknak tinggal di dunia yang penuh dengan penipuan ni. Aku penat.
    “Omma, appa Shin Hye rindu sangat. Jangan lupakan Shin Hye tau”

15 Jan 2011
    Sesi persekolahan telah dibuka kembali. Musim bunga telah tiba untuk menggantikan musim sejuk. Gred tingkatan aku juga sudah berubah. Kelas aku juga turut berubah. Aku rasa bersyukur kerana tahun ni aku dah tak sekelas dengannya. Dengan lelaki yang aku anggap langsung tak berguna. Hatiku masih sakit bila mengingati kejadian tersebut. Tapi aku masih tak boleh buang rasa sayang aku pada dia. Bodoh kan aku? Dah dihina sedemikian rupa, tapi tetap menunggu sesuatu yang tak pasti.
    Hidup aku? Kembali seperti asal lah. Kembali kepada keadaan dimana lelaki itu masih belum muncul. Sendirian kembali. Membuat semua perkara bersendirian semula. Rehat sendiri, belajar sendiri, borak sendiri, gelak sendiri. Walaupun semua tu perih, aku kuatkan semangat untuk tidak kelihatan lemah. Lelaki tu? Dia berubah tiga ratus enam puluh darjah. Aku dah tak kenal siapa dia. Sangat berbeza dengan dia yang dulu. Gembira, selalu tersenyum, penyabar. Kini dingin, jarang sekali terlihat dengan mengukir senyuman dan kini dia semakin panas baran.
    “Hoi perempuan, kau tak ada mata ke? Dah buta. Aku yang terpacak depan kau ni pun boleh kau langgar”
    “Sunbaenim, jeongmal mianeiyo. Saya tak nampak sunbae sebab saya nak cepat. Maafkan saya”
    “Kau boleh pergi mati dengan maaf kau. Dahlah kau ketepi lah. Menyemak lah kau ni”
    Soo Hyun menolak budak perempuan itu sehingga tersungkur. Aku hanya mampu menggelengkan kepala melihat sikap dia sedemikian rupa. Budak itu hanya mampu menangis kerana dipermalukan sedemikian rupa. Cepat-cepat aku menolong budak itu kembali berdiri. Kesian pulak aku tengok budak tu dimalukan di depan orang ramai. Rasa sakit hati mengatasi segalanya. Tanpa disedari aku mengejar Soo Hyun dan satu tamparan hinggap di pipinya.
    “Kau jangan ingat kau bagus, kau senior kau boleh buli budak. Apa masalah kau sekarang ni? Kau nak berlagak hebat jangan dengan perempuan. Kau ni tak ada maruah ke? Oh lupa, maruah kau hilang bila kau tidur dengan perempuan lain kan. Aku tak nak malukan kau, tapi kau dah cukup melampau. Perangai kau buat orang muak dengan kau. Jijik pandang muka kau lama-lama”
    Dia hanya memandang dengan pandangan kosong. Dia melemparkan senyuman sinis sambil berlalu pergi tanpa berkata apa-apa. Aku tergamam. Malu sendiri pun ada rasanya. Tak apa, janji aku dah puas cakap apa yang kau nak cakap. Lantaklah orang nak cakap apa pun.

19 Mac 2011
    Aku berjalan seorang diri ke pusat membeli belah. Kaki melangkah masuk ke sebuah kedai pakaian. Sedang khusyuk memilih baju, aku terpandang kepada sepasang kekasih yang sangat mesra. Aku perhatikan mereka. Aku macam pernah kenal perempuan tu. Tapi aku lupa aku jumpa dia dekat mana. Aku mengerah otak aku untuk mengingat kembali
    Aku menepuk dahi aku. Perempuan tu bukan teman wanita Soo Hyun ke. Merangkap perempuan yang pernah aku nampak berkongsi katil dengan Soo Hyun. Tapi siapa lelaki sebelah dia tu? Aku tak rasa lelaki tu Soo Hyun. Aku kenal sangat dengan susuk tubuh Soo Hyun. Tak mungkin dieorang dah putus. Baru berapa bulan. Maybe perempuan tu two-timing dengan Soo Hyun. Kejam sangat perangai perempuan tu. Aku tidak dapat menahan geram lalu aku menyapa perempuan tu. Tapi bukan dengan teguran yang baik tetapi satu penampar yang agak kuat di pipinya. Dia tergamam dan terbangun.
    “Kau ni apahal tiba-tiba datang lepas tu tampar muka aku? Kau ingat kau bagus?”
   “Habis tu, kau ingat kau bagus duakan Soo Hyun?  Kau tak kesian kan dia ke? Walaupun dia buat aku, aku tetap anggap dia kawan baik aku. Dan aku memang tak sampai hati bila kawan aku dilakukan sedemikian rupa”
    “Eh wait Jiyeon. Soo Hyun tu bukan Kim Soo Hyun, kawan baik kita kan since tadika. Why dia kata you ada hubungan dengan Soo Hyun pulak”
    Aku bingung seketika. Eh tunggu-tunggu, kawan baik? Macam mana boleh jadi kawan baik pulak ni. Daripada tadika pulak tu. Aku kena tipu ke ni ?
    “Maafkan saya Shin Hye, saya tak ada niat nak menipu awak. Terlanjur Myungsoo dah ceritakan siapa Soo Hyun sebenarnya, saya terpaksa bongkar rahsia besar Soo Hyun walaupun saya dah janji dengan dia tak nak beritahu awak. Tapi saya tak sanggup nak tipu awak lagi. Awak dah cukup terseksa”
    Aku mendengar segalanya dengan penuh teliti tanpa tertinggal satu pun perkara. Setelah mendengar semuanya, airmata aku jatuh. Aku menangis teresak-esak seperti orang gila. Hati aku sakit. Seperti di robek dan dikoyakkan. Tanpa mengucapkan terima kasih, aku terus berlari menuju ke rumah Soo Hyun. Aku ingin memeluk dirinya saat itu. Aku ingin temankan dia untuk selama-lamanya. Bantu hapuskan airmata dan mengurangkan kesakitan dia.
    Sampai di halaman rumahnya, kaki aku digagahkan membuka pintu pagar rumahnya. Pintunya berkunci tapi mujurlah dia tidak pernah menukar kata laluan untuk pintu itu. Aku masuk walaupun tanpa izin dan aku melihat Soo Hyun seperti terkejut dengan kedatangan aku.
    “Kau nak apa lagi hah perempuan, haih semak lah. Kan aku dah kata, antara kau dan aku dah tak ada apa-apa”
    “Jangan tipu aku lah Soo Hyun, tak payah berpura-pura. Aku tahu, bukan aku je yang terluka tapi kau jugak lebih terluka. Stop lah dengan lakonan kau. Jiyeon dah ceritakan segalanya”
    Dia kelihatan sangat terkejut. Dia duduk terhenyak di atas sofa. Dia mengusutkan rambutnya. Kelihatan rupanya sedikit cengkung. Mungkin sebab penyakit yang dihidapinya. Teringat kata-kata yang dituturkan oleh Jiyeon sebentar tadi.
    "Sebenarnya Soo Hyun menghidapi penyakit barah otak di tahap ketiga. Doktor kata dia hanya ada harapan hidup selama setahun sahaja kalau dia tak buat pembedahan. Dia minta pertolongan saya berpura-pura jadi kekasih dia untuk mebuat awak benci pada dia dengan alasan dia tak nak tengok awak sedih dan terseksa lihat keadaan dia yang suatu hari nanti akan jadi begitu teruk sebab penyakit yang dihidapinya. Percayalah Shin Hye, dia cukup menyayangi awak. Bila awak tinggalkan rumah dia ketika itu, dia tidak berhenti menangis tersak-teresak dan menangis sepanjang hari. Tak pernah sekali pun saya tengok dia terseksa sedemikian rupa walau susah mana pun hidup dia. Itulah kali pertama. Dia buat tu semata-mata nak buat awak benci dia so bila dia dah tak ada kat dunia ni awak tak akan rindu dan ingat dia. Dia cukup mencintai awak, Shin Hye"
    “Maafkan Soo Hyun. Soo Hyun tak berniat…”
    Belum sempat dia menghabiskan ayat, tubuhnya aku peluk dengan begitu erat. Dia melentokkan kepalanya dia atas bahu aku. Menutup mukanya tetapi aku cukup untuk aku rasa hangatnya airmata dia yang membasahi baju aku. Dia tersedu sedan menahan sedih. Sekali kali dia memegang dadanya mungkin kerana terlalu sakit menahan kesedihan. Aku mengusap belakangnya dengan lembut. Aku turut merasa sebak melihat dia sedemikian rupa. Selama ini, dia menyimpan segalanya sendirian denga niat tidak mahu membebankan orang lain. Tuhan, tabahnya lelaki ini.
    “Tak apalah Soo Hyun, Shin Hye maafkan. Jangan lah buat macam ni lagi. Kita berdua yang terseksa juga. Walaupun Soo hyun ada penyakit tak bermakna Soo Hyun boleh jauhkan diri dari Shin Hye. Shin Hye nak selalu ada dengan Soo Hyun. Menghapus airmata Soo Hyun, mengusap belakang Soo hyun seperti dahulu”
    Dia tidak berkata apa-apa. Hanya mampu menangis dan menangis. Dia mengiyakan segala kata-kata aku. Ayat yang tidak berapa jelas tapi cukup untuk difahami oleh aku membuat aku tersentak.
    “Melihat airmata Shin Hye yang jatuh gara-gara Soo Hyun membuat Soo Hyun rasa separuh jiwa Soo Hyun mati. Sakit rasanya melihat airmata Shin Hye. Lepas ni jangan menangis sebab Soo hyun lagi tau. Sebab Soo Hyun bukan lelaki yang layak untuk ditangisi Shin Hye. Sesakit mana pun Soo hyun, Soo Hyun boleh tutup dengan senyuman. Kan senyuman itu penawar untuk semua penyakit”

21 Jun 2011
    Aku menemani Soo Hyun menerima rawatan kimoterapi di hospital. Mujurlah dia bersetuju untuk menerima rawatan setelah aku memujuknya. Tetapi fizikalnya berubah sedikit demi sedikit. Mukanya semakin pucat, lesu dan cengkung. Kepalanya yang semakin tipis dengan rambut ditutupi dengan snow cap yang dikait sendiri oleh aku. Ya, itu permintaan dia. Meminta aku mengaitkannya.
    “Shin Hye, awak duduk luar jelah. Jangan masuk tau. Jangan sesekali jenguk dari cermin bilik itu pun”
    Setiap kali dia membuat rawatan, dia akan melarang aku sama sekali untuk melihat dia. Aku cuma setuju sebab itu permintaan dia. Tapi tak tahu kenapa hari ini hati aku sedikit memberontak nak tengok  apa yang berlaku disebalik cermin itu. Aku menjengketkan kaki untuk melihat.
    Jatuh airmata aku melihat keadaan dia yang begitu terseksa menahan kesakitan ketika menjalani rawatan tersebut. Mukanya berpeluh-peluh, kepalanya dipegang kuat. Bibirnya begitu pucat. Sekarang aku tahu kenapa dia larang aku tengok. Dia tak nak aku nampak dia lemah dan menahan kesakitan macam tu sekali. Ya Tuhan, kenapa kau duga dia sedemikian rupa.
 
    Dia terpandang ke arah aku dan kelihatan mukanya sedikit terkejut. Dalam keadaan yang begitu menyakitkan, dia tetap melemparkan senyuman dan menggangguk perlahan. Mungkin itu tanda yang dia ingin mengatakan dia masih boleh bertahan dengan kesakitan itu. Tolonglah Soo Hyun, berhenti jadi hipokrit. Kau cuma buat aku lebih terluka.
    “Kenapa Shin Hye degil juga nak tengok. Kan dah janji tak nak tengok” dia mengusap lembut rambut aku
    “Cuma nak kongsi rasa sakit dengan Soo Hyun” aku melemparkan senyuman palsu
    “Tapi Soo Hyun tak nak airmata tu jatuh lagi”
    “Kalau airmata ni jatuh untuk orang yang berhak, kenapa perlu ditahan”
    “Sebab airmata adalah musuh kepada senyuman. Jika airmata yang datang, jarang sekali senyuman akan menemani airmata dan sebab itulah Soo Hyun tak nak Shin Hye menangis lagi. Percayalah bila Shin Hye tersenyum, itu adalah satu kegembiraan untuk Soo Hyun”
    Aku hanya memeluknya dan senyap-senyap airmata aku gugur ke bumi.

3 Nov 2011
    Hari ni genap umur Soo Hyun 18 tahun dan hari ni juga dia akan menjalani pembedahan untuk membuang tumor tersebut. Dia bersetuju untuk melakukan pembedahan hanya pada harijadi dia. Sebelum dia memasuki dewan pembedahan, dia sempat berkata sesuatu kepada aku.
    “Soo Hyun nak bila Soo Hyun sedar dari pembedahan, Shin Hye adalah orang pertama yang Soo Hyun nak tengok. Itupun kalau pembedahan ni berjaya lah” dia hanya tersenyum dengan bibir pucatnya.
    Sebak rasa hati mendengar ayatnya. Tapi airmata cuba ditahan. Tangannya mengenggam erat tangan aku. Seperti tidak mahu melepaskannya pergi. Akhirnya kami dipisahkan oleh doktor. Dia hanya melambai dari jauh. Aku tersentak mendengar ayat dia yang tak berapa jelas, tetapi cukup untuk aku faham melalui gerak mulutnya.
    “I love you Park Shin Hye”

5 Jam Kemudian
    Doktor dan jururawat keluar satu persatu dari ruang pembedahan. Tetapi tidak tahu kenapa aku macam tak sedap hati. Aku mengumpul semangat untuk menerima sebarang kemungkinan baik mahupun buruk.
    “Awak keluarga kepada pesakit?”
    “Ya, saya doktor”
    “Kami telah berjaya membuang tumor tersebut tetapi malangnya pesakit akan koma. Kami sendiri tak pasti bila dia akan sedarkan diri. Mungkin setahun, dua tahun atau seumur hidup dia akan koma sebegitu rupa. Dia bergantung kepada keajaiban”
    Terjelepuk aku di atas lantai mendengar penjelasan tersebut. Koma? Aku menangis semahu-mahunya seperti tiada esok untuk aku lagi. Pandangan aku gelap. Dada aku begitu sakit, sakit menahan kedukaan. Tetapi, aku akan sentiasa akan berada di sisi Soo Hyun sehinggalah dia sedar tak kira berapa tahun pun sebab aku dah janji dengan Soo Hyun nak ada di sisi dia bila dia bangun nanti.

End of flashback
    Sekali sekala bayu malam datang menjenguk aku. Mungkin dia juga mahu menemani Soo Hyun. Aku melihat meter denyutan jantung Soo hyun bergerak dengan begitu pantas. Aku begitu terkejut dan aku memanggil doktor untuk melihat keadaan Soo Hyun.
    Sewaktu aku mahu bangun, aku merasakan tangan aku digenggam erat. Aku menoleh ke arah Soo Hyun. Dia tersenyum sedikit. Ya tuhan, betapa rindunya dengan senyuman dia. Sudah lama aku menunggu bibir itu kembali menguntumkan senyuman.
    “Soo Hyun bangun hanya untuk melihat Shin Hye. Rasa lega bila Soo Hyun dapat lihat Shin Hye ada di sisi Soo Hyun. Shin Hye dah kotakan permintaan Soo Hyun. Lepas ni kalau Tuhan nak ambil nyawa Soo Hyun, Soo Hyun tak terkilan langsung”
    Aku hanya memeluk erat Soo Hyun semahu-mahunya. Dia mengusap lembut belakang aku. Aku menangis semahu-mahunya. Aku rindukan dia, aku rindukan senyuman dia, belaian diam kasih sayang dia. Dia hanya membiarkan aku di dalam pelukannya. Mungkin dia faham aku cukup merinduinya.
    Aku berbisik sesuatu kepadanya. Mungkin balasan kepada ayat yang dia tuturkan sebelum dia koma.
    ”Soo Hyun, nado saranghaeyo”
    “ Terima kasih Shin Hye.Selamat tinggal”
    Aku menoleh ke arahnya. Tangisan aku semakin menjadi-jadi. Dada aku berasa begitu sakit melihat keadaan Soo Hyun. Matanya tertutup erat dengan beberapa titisan airmata yang jatuh dari tubir matanya tetapi senyuman itu tak pernah lekang dari bibirnya. Sehingga saat terakhir, dia sedaya upaya mengekalkan senyuman itu. Senyuman yang menunjukkan betapa dirinya menderita.
    “Appa, omma tolong tengok-tengokkan Soo hyun kat atas sana. Jangan risau, Shin Hye akan menyusul tak lama lagi. Omma kena pastikan Soo Hyun tak nakal tau omma. Soo Hyun ahh, jangan lupa saya tahu. Kirim salam sayang saya untuk appa dan omma”
    Aku menangis semahu-mahunya. Doktor datang untuk mengesahkan bahawa Soo Hyun sudah meninggal dunia. Aku mengesat airmata aku setelah kembali mengingat kata-kata Soo Hyun.
    “Sebab airmata adalah musuh kepada senyuman. Jika airmata yang datang, jarang sekali senyuman akan menemani airmata dan sebab itulah Soo Hyun tak nak Shin Hye menangis lagi. Percayalah bila Shin Hye tersenyum, itu adalah satu kegembiraan untuk Soo Hyun
    Aku cuba mengukir senyuman mengiringi pemergian Soo Hyun. Pergi selama-lamanya dari dunia yang amat meletihkan buatnya. Aku tahu dia sudah cukup menderita. Dia dah cukup menahan kesakitan tetapi berjaya menutupnya dengan senyuman. Soo Hyun, jangan risau. Shin Hye takkan pernah lupa kenangan kita. Shin Hye tak akan pernah lupa bahawa dunia ni masih wujud lelaki yang setabah Soo Hyun. Shin Hye cukup mencintai Soo Hyun.
    “Shin Hye, tak semua cerita dalam dunia akan berakhir dengan happy ending. Kadang-kadang, walaupun pahit sesebuah pengakhiran cerita itu, akan terselit makna yang amat mendalam. Mungkin kita akan lebih tahu betapa berharganya seseorang itu, jka dia benar-benar meninggalkan kita. Mungkin juga kita akan tahu, bahawa dunia ini tak lah seteruk mana. Ia juga indah tetapi keindahan itu tak mungkin akan dapat dikecapi jika kesakitan tidak dilalui sebelum menemui keindahan



5 comments:

kakipendek said...

Awwwh comelnya. Tp soohyun tk patut buat camtu. Kesian perempuan :(

Sherr Eyra said...

Itu Cara Dia Nak Tinggalkan Perempuan Tu. Well That's the Story. Story Tak best T.T

Nani Nazmi said...

Aku just nak cakap, Soohyun comel. Okbai. LOL

Sherr Eyra said...

Okay Nani, Okay -,-

Anonymous said...

Wow, dear. You actually improve from the previous fic. I like this a lot.
Storyline simple and mudah difahami.
Hehe~~~ sejak bile kau belajar
ayat-ayat cinta ni??

Love,
Hanis Najiha (^-^)

P/S: Kalau aku jadi Soohyun aku tak akan rahsiakan perkara penyakit tu dari Shinhye sebab aku nak spend semua time yang aku ada dengan orang yang aku sayang. Soohyun ni baik sangat. :P