15 June 2012

Cinderella And The Princess (Oneshot)

Akhirnya siapa juga this fanfic. Read the characters here Do Read And Comment. Thank You Very Much

16 May 1996
    “Henry, mama rasa sudah tiba waktunya kamu merasakan kasih sayang seorang ayah kembali”
    Aku tersentak seketika mendengar pernyataan mama.  Aku sedar mama membuat keputusan sedemikian bukan untuk dirinya sahaja tetapi juga untuk kepentingan aku. Aku akui mama memerlukan seseorang  lelaki untuk mengisi ruang kosong di hatinya dan aku tahu diri ku sendiri tidak mampu untuk memenuhinya. Aku terlalu sayang kepada mama sehingga aku tidak berani melawan katanya apalagi mengguris hatinya. Dengan berat hati aku menerima cadangan mama kerana papa sudah lama meninggalkan kami sewaktu aku berusia lapan tahun lagi kerana terlibat dalam kemalangan.
    Tergamam aku sekali lagi kerana bakal ayah tiriku mempunyai status kewarganegaraan yang berlainan dariku iaitu “Korean”.  Aku terpaksa meninggalkan segala-galanya di Canada untuk mengikut mama tinggal bersama ayah baruku di Korea sewaktu umurku 12 tahun. Yang paling mengejutkan, ayah tiriku mempunyai dua orang anak lelaki yang berusia 6 tahun lebih tua dariku, Kim Heechul dan Kim Jaejoong.
    “Kenapa mama tak pernah beritahu Henry yang ayah adalah Korean dan dia mempunyai dua orang anak lelaki’
    “Sebab mama tahu, bila mama beritahu Henry mesti tak akan benarkan mama berkahwin dengan appa bukan?”
    Aku hanya terdiam mendengar jawapan dari mama. Aku merasakan mama seperti mementingkan kebahagiaan sendiri tanpa memikirkan mahupun sedikit perasaan aku. Lama-lama aku mengerti. Tidak sepenuhnya salah mama. Aku cuba untuk memahami yang mama memerlukan seseorang untuk membuatnya bahagia dan tersenyum kembali. Dan orang itu tak lain tak bukan adalah ayah baruku Kim Jongkook.


30 March 1997
    “Henry, appa rasa appa perlu bagitahu sesuatu yang sangat penting dan kamu perlu tahu perkara ini”
    “Ya appa. Waeyo?”
    “Mama kamu menghidapi kanser tahap terakhir. Appa tahu kamu tidak dapat menerima hakikat ini. Tapi kamu harus kuat demi mama”
    Aku terdiam seketika. Kaku dan aku tidak dapat merasa tubuhku dapat berfungsi. Jantungku tiba-tiba menjadi lemah. Aku hanya mampu menangis, menangis dan menangis sepanjang hari. Aku seperti orang yang  tidak waras apabila mendengar berita yang disampaikan oleh appa tentang mama. Kenapa seorang demi seorang yang aku sayang perlu diambil dari aku. Tapi aku kena kuat demi mama. Aku tak mahu dia nampak aku lemah. Bukan ini waktunya untuk meratap segala-galanya. Aku perlu menjadi sumber kekuatan untuk mama bukan menjadi pelemah semangatnya apabila melihat aku menangis dan meratap seperti orang tidak siuman.
    Hari demi hari aku jalani dengan tabah demi mama. Aku sentiasa menjaganya di hospital bergilir dengan appa kerana aku tahu appa sibuk dengan kerjanya juga. Aku mengerti apa itu kesusahan seawal usiaku 13 tahun. Aku menjaga mama siang dan malam dan kadang-kadang aku akan menangis di tandas apabila melihat mama mengerang menahan kesakitan. Tidak mahu mama melihat aku yang begitu cengeng kerana menangis.

15 April 1998
    Rasanya seperti baru semalam aku menemani mama di hospital. Menyuapkannya makan dan terasa baru semalam rambutku ini diusap lembut oleh mama. Kini segala-galanya sudah tiada. Mama sudah pergi meninggalkan aku, appa dan hiong untuk selama-lamanya. Aku pada mulanya seperti orang buta yang kehilangan tongkat. Hilang tempat untuk mengadu dan berkasih. Akhirnya aku kuat apabila teringat pesan terakhir oleh mama.
    “Henry, kamu kena kuat ya sayang. Mama berkahwin kerana ingin memberi kamu keluarga baru dan tempat untuk kamu bergantung kerana mama sudah tahu nasib mama akan terjadi seperti sekarang. Jangan risau, mama tak akan pernah meninggalkan kamu. Mama akan sentiasa melihat kamu dari atas. Jadi kamu kena senyum dan kuat untuk menghadapi hidup. Janji dengan mama ya, Henry”
    Kerana terlanjur janji dengan mama, kini aku semakin kuat menghadapi hidup tanpa mama. Appa pula menyibukkan diri dengan kerja di café nya kerana mahu melupakan kenangan manis bersama mama. Appa sering lupa masak untuk aku dan hyung di rumah. Kerana penat dan muak makan “fast food” akhirnya Jaejoong hyung mengambil keputusan untuk belajar memasak dan sejak itulah dia lah yang masak di rumah walaupun masakan dia kadang-kadang hampeh.


2012 (Sekarang)
    “Yah Henry panli ! Bangun sekarang. Dah pukul berapa ni. Heechul hyung dah lambat nak pergi kerja ni”
    “Henry! Yah Henry! Sampai bila Hero dengan Heechul hyung kena kejut kamu setiap pagi ni. Teruk betulllah kamu ni”
    Aku hanya menarik selimutku kembali dan menyambung tidurku semula. Ya, aku akui setiap pagi hyung-hyung kesayangan aku ni akan bersusah payah mengejutkan aku untuk bangun pergi ke university. Aku terus terbangun apabila Hero hyung menyimbah sebaldi air keatas muka aku dan Heenim hyung meletakkan loudspeaker di telinga. Actually aku tak berapa terkejut dengan perbuatan mereka kerana setiap hari aku akan melalui perkara yang sama. Aku bangun dari katil dan mengambil tuala untuk mandi. Aku hanya ketawa mendengar ayat Hero hyung.
    “Haih Henry, habislah isteri kamu nanti terseksa bila nak bangunkan kamu dari tidur. Hyung mengalah. Ya, ya, kamu menang sebagai lelaki yang tidur paling teruk untuk bangun di alam semesta”
    Aku berjaya masuk ke Seoul University dan mengambil  bidang forensic  kerana aku ingin menyambung pekerjaan mendiang papa yang bertugas sebagai pakar forensic. Kebetulan mendiang mama juga menginginkan aku menjawat jawatan tersebut. Aku bersyukur kepada kedua abang tiri aku yang sering membantu aku dalam pelajaran. Bercerita tentang hyung-hyung aku , Heechul hyung kini bekerja sebagai  MC di sebuah rancangan iaitu “Let’s Gossip With Kim Heechul” dan dibantu oleh dua orang cameraman, Lee Hyukjae dan Lee Donghae  yang aku sendiri tahu tidak pernah suka terhadapnya kerana Heechul hiong seorang yang sangat degil dan fussy.
    Hero hyung pula mengambil keputusan untuk membantu appa di Sweet Café sebagai Barista. Pada mulanya dia tidak mahu membantu appa, tetapi memikirkan appa keseorangan tanpa pembantu dia menguburkan cita-citanya untuk menjadi pelakon dan penyanyi. Aku tahu dia memendam segala-galanya hanya untuk appa. Aku akui dia seorang hiong yang sangat baik dan anak yang patuh untuk appa.


Studio Kim Heechul
    “Eh Henry, apa kamu buat di sini ? Tak ada kuliah ke?”
    “Eh Hae hyung, oh saya tak ada kuliah. Saya sahaja nak menjenguk tempat kerja Heechul hyung”
    “Oh ingatkan ada hal penting tadi. Terkejut juga kami bila nampak Henry tadi” Hyuk hyung menyambung
    “Oh tak adalah, tak ada apa-apa. Mesti best kan hyung kerja dengan Heechul hyung di sini”
    “Yah pabo, awak nampak muka kami ni gembira ke dapat kerja dengan Heechul hyung. Kami ni asyik kena buli je dengan nenek sihir yang perasan diva tu” Eunhyuk hyung bercakap dengan menunjukkan muka yang menyampah.
    “Sebenarnya kami ni terpaksa bekerja dengan dia sebab manager sahaja nak kenakan kami berdua  sebab kami berdua suka memberontak” Donghae hyung menyambung.
    “Lah yeke, tapi Henry tengok hyung boleh saja bekerjasama dengan Heechul hyung”
    “Sebenarnya kami ni terpaksa tahan dengan karenah dia yang tak apa-apa entah tiap hari. Ada je yang tak kena” Eunhyuk hyung melepaskan rasa tidak puas hati.
    “Kalau nak tahulah dia tu adalah real bitch dengan mulut puaka dia yang tak boleh tahan tu. Dia tu…” Donghae hyung terus tergamam apabila mendengar seseorang berdehem.
    “ Ehem ! Haih Hyuk, Hae dah habis dah korang mengutuk aku. Ada Apa-apa lagi yang hendak ditambah. Adik aku memang kaunter meluahkan perasaan” Heechul hyung tiba-tiba muncul dengan membawa kipas bulunya yang berwarna pink.
    “Eh bos, ma… mana ada kitorang kutuk bos. Kitaorang cu..cuma bagitahu je perangai sebenar bos. Yelah bos kan yang paling baik, cantik dan indah” tergagap-gagap Hae hyung menjawab pertanyaan Heechul hyung.
    “Dahlah korang takpayah nak bodek sangat ya. Jangan lupa esok kita ada rakaman sebenar untuk talk show aku. Tak apalah nanti tetamu jemputan aku jemput korang eh. Korang kan suka berkongsi rahsia dan pendapat tentang  Diva macam aku” Heechul hyung bersuara dengan nada yang agak memerli sambil memandang sinis terhadap mereka berdua.
     “Eh boleh juga tu bos, saya ni dah lama teringin nak masuk tv macam bos juga. Mesti saya jadi popular. Saya nak telefon parents saya di kampung suruh tengok. Bila tu bos?” Eunhyuk hyung membuat muka polos
    “Eh Hyuk, aku tampar juga kau kan. Bos tengah perli kita lah gila. Kau ni lembap eh?” Hae hyung berbisik kepada Hyuk hyung tetapi cukup untuk membuat aku dengar.
    Heechul hyung hanya mampu menggelengkan kepalanya dan berlalu dari situ kerana malas mahu melayan karenah dua cameramans ”kesayangannya” itu. Aku juga mengikut Heechul hyung dan membiarkan hyung berdua tu menyambung kembali pertelingkahan mereka.


Rumah Keluarga Kim
    “Appa kenapa perlu saya? Kenapa tak Heechul atau Hero hyung je? Dieorang lagi umur dah lanjut. Lagi memerlukan seorang isteri dari saya”
    Aku terkedu seketika apabila appa menyuarakan keinginannya untuk aku berkahwin dengan anak kawan lamanya. Emm tak silap aku budak perempuan tu namanya Sunny. Eh matahari ? Ok aku main-main je. Aku memberontak di dalam hati. Kenapa mesti aku yang kena kahwin. Dahlah belum habis belajar dah nak kena sara anak dara orang. Yang paling bestnya, budak tu buta warna. K fine.
    “Nak suruh Heechul hyung kamu ? Memang jangan haraplah. Dia tu dahlah berlagak diva 24 jam. Tak boleh lihat orang lebih lawa dari dia, mesti memberontak macam apa. Hero hyung kau tu, dah macam perempuan appa tengok. 24 jam asyik di dapur je. Yang paling penting dieorang berdua tu lebih pentingkan kucing daripada perempuan. Kamu sahaja harapan appa”
    Aku kasihan melihat appa yang betul-betul mengharapkan aku. Aku berfikir sejenak dan membuat  keputusan untuk berjumpa dengan bakal isteriku dahulu seperti yang diingankan oleh appa. Tidak sanggup rasanya untuk mengecewakan hati appa. Dia sudah banyak berkorban. Aku hanya mampu bersetuju dengan keinginannya.
    Perbualan kami terhenti apabila mendengar suara orang yang sangat kami kenali. Yah Heechul dan Hero hyung. Emm macam biasa lah. Dieorang mesti mabuk lagi lah tu. Appa hanya menggelengkan kepala. Dieorang berdua memang terkenal dengan hantu soju.
    “Ahh  Heebum, mari sini dengan appa. Mari sini. Alolo alolo” Heechul memanggil Heebum yang sebenarnya adalah Jiji. Begitulah Heechul hyung kalau mabuk.
    “Eh Henry, tengok hyung, hyung comel kan. Betul tak Heechul hyung?” Hero hyung mengedip-ngedipkan matanya di depan muka aku dan mencubit  pipi Heechul hyung. Hero hyung punya kesan mabuk lagi teruk dari Heenim hyung. So better jauhkan diri dari dieorang bila masing-masing sedang mabuk.
    Aku hanya masuk ke dalam bilik dan tidak langsung menghiraukan mereka.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
New York (2012)
    “Mama, why Amber must go to Korea and meet my real father?  No ma, I don’t  want to be a princess there. For addition, I really don’t know who’s him. No and no”
    Aku membantas sekerasnya-kerasnya permintaan mama yang menyuruh aku pulang ke tempat asal aku dan aku akan ditabalkan menjadi puteri di sana. Oh no of course, dahlah aku tak kenal sapa-sapa kat sana then suruh aku jadi puteri. Memang tak lah jadi nya. Tak sesuai dengan jiwa aku kot nak jadi puteri. Kena pakai high heels, crown bebagai, gaun seret tanah.  Macam jijik je. Mana nak letak muka kalau kawan-kawan aku tahu aku pakai high heels. Argghh no and no.
    “But you must go there my dear. Appa is waiting for you. He really need you. Don’t be stubborn my girl. If you really love me, please fulfill my dream. Please, you deserve it. I beg you”
    Timbul rasa kasihan di hati melihat mama begitu mengharapkan aku mengabulkan permintaannya. Tidak sampai hati rasanya ingin mengecewakan mama. Selama ni, mama sara aku seorang diri di kota New York tanpa appa. Aku sedikit terkilan dan sebab itulah aku kurang setuju untuk kembali bertemu dengan appa. Aku akui aku anak hasil dari hubungan yang tidak direstui. Tapi tak bermakna aku dan mama perlu diabaikan begitu sahaja. Aku tahu, mama cuma inginkan yang terbaik untuk aku kerana dia tahu sudah lama aku terseksa hidup tanpa seorang ayah. Setelah lama berfikir, aku bersetuju dengan permintaan mama. Lega rasanya apabila melihat senyuman yang terpancar dari bibir mama. Sudah lama aku tidak nampak senyuman sebegitu rupa muncul dari bibir mama.
    “Ok tomorrow you will went to Korea through flight. At Seoul National Airport, there’re two bodyguard will wait for you”
    “Ah mama, why must tomorrow? No! I don’t get any chance to say goodbye to my old friend. Ahh mama, I don’t want. Oh wait. Two bodyguards? I think they must be so old and ugly”
    “No you must go tomorrow. I will send your regards to your friends here. Appa will held the ceremony to make you as princess 2 days after you arrived at Korea. So you must prepare yourself. Don’t worry there’s someone will help you there”
    “Ah mama, ya ya ya. Don’t hear you. Urghhh”
    Aku menghentak kaki dan terus  masuk ke bilik untuk mengemas semua pakaian untuk esok. Aku memberontak macam mana pun, mama mesti tak akan layan punya. Oh tak iya, kalau aku pergi Korea aku boleh jumpa dengan Kpop idol aku Super Junior. Well, aku kan puteri, mesti appa bagi je apa yang aku nak. Aku nak Suju perform di istana nanti. Mesti best. Aku berkahayal sehingga tidak sedar bila masa aku boleh terlelap.


 Seoul International Airport (Keesokan Hari )
    Kenapa lah mama tak nak ikut aku sekali ke sini. Alasannya mama banyak kerja di New York yang masih perlu dia uruskan. See, aku dah keseorangan macam orang bodoh dekat airport ni. Aku mana pandai speaking bahasa Korea. Urghh apalah, mama pun tak nak bagitahu macam mana rupa bodyguards aku. Aku cuba mencari-cari dua lelaki yang tua dan hodoh. Yelah kadang-kadang bodyguard ni buruk. So aku decide cari yang buruk lah. Ketika sedang tekial-kial mencari, aku terpandang pada satu papan tanda yang bertanda “Princess Amber, Welcome Home Honey”. What’s wrong with the caption. Buang tebiat ke apa? Aku cuba approach kepada orang yang sedang memegang papan tanda tersebut. Tergamam aku di situ seketika.
    “Are you Princess Amber? I’m Jung Yonghwa, your first bodyguard. Then he is my brother. He’s also you second bodygourd, Jung Yunho. Nice to meet you princess” dia berkata sambil tunduk 90 darjah tanda hormat.
    Wah hensemnya bodyguard aku. Tough pula tu. Tak adalah pulak aku bayangkan bodyguard aku sehensem dan semacho ni. Then reti pulak speaking English. Good package. Awesome gila lah. Aku terpana seketika sebelum aku dikejutkan dengan teguran oleh Jung Yunho. Kalau tak silap aku lah tadi nama dia tu. Entahlah sampai tak perasan nama sebab handsome sangat.
    “Are you okay princess? Do you want something? Are you sick? If you need something, just tell us. Don’t feel shy. Now, we’re belongs to you. Anything we can do it for you”
    “Anything? Serious? Umm I want Super Junior. Can?”
    “I think TVXQ is more better princess rather than Suju. Or CNBLUE. Who’s know right?”
    “I don’t want, I just want Suju. Please bring them to castle. I want them there be in my princess ceremony to make performance. Deal?”
    “I just don’t know princess. If Crown Prince Choi give us permission, we will invite them” Yonghwa berkata dengan melemparkan senyuman.
    “Okay, so what we want to do right now? Picnic at this airport? So, why you still at this place? I just want to go home. I’m so tired”
   “Ohh sorry Princess Amber. Yes, we can go now. Please follow us. We will scout you”
    Aku hanya mengikuti mereka sehingga sampai di satu kereta. Tergamam aku seketika. Tak pernah aku nampak kereta sebesar dan semewah ini. Aku terus masuk ke dalam dan yang paling bestnya, pintu aku juga dibuka. Rasa macam heaven gila. Wow, mulutku melopong melihat isi di dalamnya. Tersangat mewah sehingga tidak terkata. Aku cuba melelapkan mata kerana terlalu penat melalui perjalanan yang agak lama di dalam kapal terbang. Ketika aku hampir terlelap, dua bodyguard aku membuka lagu Trot. Itu okey lagi kot. Yang tak tahannya dua ekor ni ikut nyanyi sekali. Tapi aku tak nafikan, suara dua ekor ni sedap gila. Apahal tak jadi penyanyi je. Rupa ada , suara ada, nak juga jadi boyguard. Aku cuba menutup mata kembali. Aku terbangun apabila suara Yonghwa memecah kesunyian.
    “Ahh, hyung, I think someone is following us and I think they are paparazzi. Famous paparazzi, Lee Donghae and Lee Hyukjae. What we gonna to do. Are we really want to hide princess?
   “ What Yonghwa, what you said? Paparazzi is following us? Are you kidding me? Oh god, I really can’t believe it. Serious, I tried so hard to make it as a secret. I don’t want peoples know about me. Ahh no, we must hide for a while”
    “I think it too princess, we can hide at R&R in Gongju because it’s not so far from here. And that is a best place for you to hide from them. I just don’t get why they can know you return Seoul today. Sorry princess” Yunho bersuara dengan suara yang serba salah.
    “Oh don’t worry lah, I’m okay. Just can’t believe about it. Never mind, it’s not your fault. But you must promise me something. Okay?”
    “Anything for you, princess. What?”
    “Never leave me because I really don’t have any friends here. Please I beg to two of you”
    “Oh of course, If you don’t tell us, we will never leave you. You’re our responsibility princess” Yonghwa melemparkan senyuman dan aku akui aku terpaut dengan senyumannya. What the, aku tak boleh jatuh cinta dengan bodyguard sendiri. Puihh.
    Yonghwa memberikan jaketnya kepada aku supaya penyamaran aku tidak terbongkar dengan mudah. Dia dan Yunho tidak dapat mengikuti aku kerana terpaksa menarik perhatian paparazzi tersebut ke tempat lain supaya kehadiran aku tidak dapat dijejaki. Kini satu Seoul dah kecoh aku pulang kembali ke Korea. Haih kenapa lah benda ni kena terjadi kat aku. Aku tak nak jadi popular. Aku tak hadap pun semua benda ni. Tiba-tiba aku teringat mama. Walaupun baru satu hari berpisah, aku sudah merinduinya. Airmata mula jatuh titik demi titik turun ke bumi. Cepat-cepat aku kesatnya dengan hujung jari apabila Yonghwa mengatakan yang kami sudah tiba di R&R Gongju.
----------------------------------------------------------------------------------------
R&R Gongju
    Kaki dijingkitkan untuk mencari susuk tubuh yang sesuai dengan characters yang appa berikan. Sunny seorang yang rendah, tingginya sekitar 156cm, cantik dan juga comel. Tetapi sayangnya dia buta warna. K fine itu je yang spoil gila. Tapi batang hidung dia langsung aku tak nampak. Kenapalah appa perlu set tempat aku jumpa dia di tempat yang crowded gila ni. Ingat ni Running Man or Hide And Seek punya game ke. Actually aku ni bukan suka tunggu orang. Bak kata orang, menunggu itu satu penyiksaan kan. Baru aku tahu sekarang ianya memang seksa. Alahai manalah Si Matahari ni. Aku kembali menoleh ke belakang untuk mencari kelibatnya. Air coke yang aku beli dari tadi sudah tinggal separuh gara-gara lama menunggu. Ketika aku menoleh ke hadapan kembali, badanku seperti di langgar oleh seseorang. Dan tak pasal-pasal baki air coke tersebut tertumpah di atas jaketnya. Hah mampus, mampuslah aku.
    “Hoi, are you crazy. Don’t you see me just behind you and why you must spill the coke on my jacket. This jacket is so precious you know? You really make me insane”
     “ I’m so sorry. I didn’t mean it. I hope you can forgive me. It’s my mistake. So follow me, I will change your jacket with mine”
    “I don’t want. My bodyguard gives this to me and I must keep this jacket until the end. So don’t worry, it also my mistakes. Sorry for being rude just now”
    “Nae gwaenchana, but you must change your jacket. It’s too wet for you to wear it again. Don’t worry you can keep the jacket on your own” aku berkata-kata lalu menarik tangannya untuk mengikutiku.
    “Yah! Don’t you hear me? Are you a deaf boy? I said I don’t want to change the jacket with you. And one more thing, don’t easily lands your hand to my body. It’s so disgusting man” dia sedaya upaya menarik tangannya dariku.
    Perghh budak perempuan ni, mulut puaka gila. Tengok penampilan pun tahu dia ni memang jenis tomboy. Ni tak boleh jadi ni, aku kena ajar dia ni. Mana boleh aku kalah dengan perempuan belagak tomboy. Aku menarik tangannya kembali sekuat hati aku dan dia akhirnya mengalah dan mengikutiku ke tandas untuk menukar pakaian. Dalam perjalanan ke tandas, tak semena-mena kakiku tersadung batu dan akhirnya kami berdua terjatuh di atas lantai. Dan yang paling mengejutkan, aku dan dia tercium dan kami terkedu seketika. Nak tahu apa yang buat cerita dramatik lagi, Sunny ternampak kami berdua berkucupan. Sebelum bercium tak nak pula dia datang. Hah mampuslah aku kali ni. Mampus.
    Aku melihat Sunny menuju kearah kami berdua selepas seketika dia berdiri tanpa bergerak seinci pun. Mungkin gara-gara terkejut melihat scene tadi. Actually aku pun tergamam buat seketika. Tiada tanda-tanda marah di mukanya. Aku lega seketika. Ketika Sunny betul-betul sudah berada di hadapanku, dia tersenyum sinis lalu dengan tidak disangka-sangka, sedas pelempang percuma melayang kearah pipi aku. Terasa pedih dan malu. Malu diperlalukan sedemikian di hadapan ramai orang. Dia mengeluarkan handpone dan segera menelefon ibunya, Lee Hyori untuk membatalkan perkahwinan kami dan terus berlalu dari situ. Kali ni aku aku betul-betul cari maut dengan appa. Ini semua gara-gara perempuan tomboy tu. Tapi tak boleh salahkan dia sepenuhnya, aku yang tersadung batu tadi. Aku menoleh ke sebelahku untuk mencari kelibatnya. Tapi sayang, dia telah pergi tanpa dapat dijejaki. Aku mengeluh kerana tidak sempat bertanya identitinya.
      -------------------------------------------------------------------------------------- 
Rumah Keluarga Kim
    “Appa betul-betul kecewa dengan kamu. Siapa perempuan yang Sunny nampak dengan kamu tu. Kenapa tak beritahu appa yang kamu sudah ada teman istimewa. Kamu tahu betapa hancurnya hati Sunny. Haih apa-apa betul marah dengan kamu kali ni!”
    “Tapi appa….”
    “Tak ada tapi-tapi. Sebagai hukuman, appa akan kurung kamu di cafe dan tak boleh keluar kemana-mana walaupun ke pesta pertabalan puteri baru Putera Mahkota Choi yang baru tiba dari New York. Appa betul-betul sedih dengan sikap kamu. Ingat! Jangan sekali-kali jejakkan kaki keluar cafe”
    Aku hanya mampu mengeluh. Kenapa lah appa buat aku macam ni. Kan pihak istana menjemput semua penduduk  negara menghadiri pesta tersebut. Kenapa appa tak benarkan aku pergi. Aku pun teringin nak tengok pertabalan puteri tersebut. Bukan senang pihak istana nak beri peluang kepada penduduk biasa untuk datang ke istana. Kenapalah perlu sekarang appa kurung aku.


Malam Pesta Pertabalan
    “Hah Henry, kamu jaga rumah. Jangan kamu berani keluar dari cafe. Hukuman kamu belum selesai. Appa dengan dua hyung kamu hendak pergi ke pesta tersebut. Dah kami minta diri dulu”
    Aku hanya mampu melihat mereka meninggalkan aku untuk pergi ke pesta tersebut. Tangisan aku tidak dapat dibendung lagi dan aku menangis semahu-mahunya seperti budak kecil yang kehilangan botol susu. Nasib tiada siapa yang melihat aku ketika itu kerana aku di dalam café. Aku kan tak boleh keluar. Aku mengesat airmataku apabila terdengar suatu bunyi dari arah luar cafe. Aku memberanikan diri untuk keluar. Aku terkedu apabila melihat susuk tubuh yang aneh atau boleh dipanggil dengan gelaran pari-pari. Aku mengusap mataku berkali-kali. Eh, aku masih di dunia realiti kan. Sungguh aneh.
    “Benar anak muda, kamu tidak bermimpi. Ini benar aku wujud di depanmu. Namaku pari-pari Onew. Aku tahu kamu lagi bersedih kerana tidak dapat menghadirkan diri ke pesta tersebut kan? Tidak apa aku akan membantumu tapi kamu perlu menenangkan diri dahulu”
    “Tapi bagaimana?”
    Dia hanya tersenyum. Dia menarik tanganku untuk keluar dari café tersebut. Sebelum kami berdua dapat melangkah keluar, kami ditahan oleh dua pemuda yang berpakaian seperti pembantu dihospital. Aku semakin pelik. Kenapa tiba-tiba ada ramai orang ni.
    “Maafkan kami, kami cuba ingin menahan kembali pesakit kamu yang lari dari hospital gila. Saya Kyuhyun dan ini Sungmin. Onew ini adalah pesakit gila kami”
    “Ya, betul tu. Dia sudah melarikan diri selama seminggu dan dia telah mengambil wallet Kyuhyun. Akhirnya kami sudah dapat menemuinya”
    “Lelaki ini gila rupanya ya. Patutlah rasa macam pelik je tiba-tiba muncul pari-pari. Macam cerita dongeng je. Haha, sumpah kejadian ni sangat lawak”     
    Aku hanya mampu tergelak mendengar alasan mengapa Onew boleh memasuki Hospital Gila. Dia yang mulanya pelajar top di university yang sama dengan aku menjadi gila sebab tak boleh terima kenyataan dapat 99% kerana selama ni dia hanya mendapat 100%. Sungmin dan Kyuhyun cuba untuk menahan kembali Onew. Tetapi Onew meminta supaya mereka berdua membantu aku untuk pergi ke pesta tersebut. Setelah berbincang, mereka berdua bersetuju dengan permintaan Onew. Onew menyuruh Kyuhyun dan Sungmin tinggal di café untuk menyelesaikan tugas mop dan menyapu lantai sementara aku dan Onew menuju ke kedai pakaian Cosplay. Akhirnya, tubuhku dilengkapi dengan sut berwarna putih dan topeng yang menutup separuh mukaku.
    Yang paling best, aku dihantar ke istana oleh Kyuhyun menaiki van hospital gila selepas kami selesai menyiapkan tugasan di cafe. Aku mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka bertiga. Aku melangkah masuk ke istana dan kelihatan sudah ramai yang berpesta di dalam istana. Sungguh meriah dan gilang-gemilang. Aku terlihat kedua hyung ku dan appa disampaing Lee Hyori yang mengada-ngada dengan appaku. Sebab dialah aku terpaksa dikurung di café macam orang gila. Aku terpinga-pinga di situ dan ketika itulah aku ternampak susuk tubuh dan wajah yang sangat aku kenali. Cuma penampilannya pada malam itu sangat berbeza. Gadis tomboy itu berdiri disamping dua bodyguardnya dengan memakai gaun panjang yang berwarna putih dan lebih menampakkan keanggunnya .  Oh tidak, budak tomboy ni rupanya puteri. Menyesal dulu aku tumpahkan coke ke atas jaket dia.
    Aku memberanikan diri untuk mendekatinya. Aku berdiri disampingnya. Dia menoleh ke arahku dan dia tergamam seketika. Mungkinkah dia mengenaliku walaupun aku sudah menutup muka ku hampir separuh. Dia menghulurkan tangannya kepadaku tanda untuk mengajakku menari. Aku serta merta  menerima ajakannya. Tangannya di atas bahuku dan tanganku berada di pinggangnya. Seperti kami berdua yang berada di situ kerana terlalu asyik menari dan terbuai dengan alunan melodi lagu yang indah.
    Abang kepada Puteri Amber, Putera Minho tiba-tiba menukarkan lagu tersebut kepada lagu Sorry Sorry by Super Junior dan serta-merta mood pesta berubah 360 darjah. Yang paling kelakarnya, puteri tersebut membuka kasut tumitnya dan menari mengikut tarian tersebut dan aku hanya mengikuti gerakannya. Pelbagai lagu yang dipasang pada malam itu, dari Shinee Ring Ding Dong sehinggalah TVXQ Keep Your Head Down. Langkah tarianku terhenti apabila melihat appa melangkah keluar dari istana bersama Hyori. Aku harus pulang segera ke rumah atau tidak aku punya hukuman mungkin akan bertambah berat.
    Aku meminta diri kepada Puteri Amber untuk pulang ke rumah dengan alasan sudah lewat malam. Aku terkocoh-kocoh berjalan meninggalkan istana walaupun berat hati aku ingin melakukannya. Dalam kelam-kabut, tidak aku sedari rantai yang diikat dengan cincin perkahwinan ibuku telah tercicir. Aku terus berlari ke jalan utama untuk mendapatkan teksi walaupun aku tahu amat sukar mendapatkan teksi lewat malam begini. Akhirnya aku membuat  keputusan untuk menahan sebuah kereta. Mujurlah ada sebuah kereta yang pemandunya sangat baik hati ingin menumpangkan aku. Oh lupa nama dia Choi Seung Hyun tapi dia kata orang lebih memanggil dia dengan panggilan TOP.
    “So you want to go home hah boy. But for you information, I just got my “P” for my car license”
    Selepas sahaja dia berkata begitu, aku terkejut beruk. Dia memandu seperti orang gila. Lajunya bukan main macam nak tercabut jantung aku. Huh nasib baik dia ambil jalan shortcut so aku sampai rumah dulu sebelum appa. Well macam biasa, Jiji dengan Heebum je ada di café yang merangkap rumah aku juga. Jiji makan makanan Heebum sebab bekas makanan Heebum kuning dan Jiji suka kuning, Heebum pula makan makanan Jiji sebab bekas makanan Jiji hijau. Well Heebum suka hijau. Hyung-hyung aku langsung tak peka dengan kegemaran kucing dieorang. Tengok, Jiji dengan Heebum dah gaduh golek-golek dah. Hah lantaklah korang. Aku masuk ke bilik kerana malas nak layan dieorang.
    Hariku kembali seperti biasa dan aku tetap dikurung. Nasib-nasib. Aku cuma rindukan Puteri Amber. Aku cuma penduduk biasa mana sesuai dengan dia. Aku mengeluh.Kenapalah aku tak ditakdirkan sebagai keturunan diraja. Mungkin aku akan lebih sesuai berdampingan dengannya. Mungkinkah aku sudah jatuh hati dengannya. Padahal aku memang tak percaya langsung dengan istilah “Fall in love in first sight”. Aku mengelamun sebelum kepalaku diketuk oleh appa.
       -------------------------------------------------------------------------------------
Istana Putera Mahkota Choi
    “One, two, there, four, five, six,seven,eight. Ok now change your direction”
    Rutin harianku langsung tidak sedikit pun berubah. Aku tetap mengajar aerobik untuk pengawai-pengawai di istana di tepi tasik istana. Well aku memang suka aerobic dan memang wajiblah semua lagu aerobic aku lagu Super Junior. Haha. Aku diperhatikan oleh appa dan Minho oppa. Kadang-kadang dieorang ikut join sekali. Kelakarlah pulak bila tengok dieorang ikut aerobic. Muka macho tapi belajar aerobic. Appa terpaksa mengikuti semua kehendak aku. Kasihan aku melihatnya. Hah bodyguard aku pun ikut aerobic sekali. Aku paksa Yonghwa dengan Yunho pakai headband warna pink. Padan muka dieorang. Kadang-kadang aku keluar ride motorbike dengan Jung Brother. Dieorang asyik kena buli je dengan aku. Ada satu hari tu, aku ambil gambar dieorang tidur then post dekat twitter. Merah padam muka dieorang gara-gara terlalu marahkan aku.
    Wajah lelaki itu tiba-tiba muncul di fikiranku. Mungkinkah aku telah jatuh cinta padanya? No way man ! Takkan lah. Tapi, aku rindu senyumannya, rindu di saat dia memegang tanganku, rindu ketika dia menciumku. Aku mengusap bibirku. Damn, dia berjaya mengambil ciuman pertamaku. Lelaki pertama yang berhasil membuat aku tidak tidur lena pada waktu malam. Aku terlalu merinduinya. Aku bertekad untuk mencarinya dengan bantuan dua boyguardku. Apa guna dieorang kalau aku tak suruh macam-macam kan. Aku menyuruh dieorang mencari semua maklumat tentang lelaki tersebut. Aku betul-betul ingin berjumpanya sekali lagi atau mungkin ingin berjumpa setiap hari. Siapa tahu kan.
    Aku tahu lelaki yang menari denganku dan lelaki yang meragut ciuman pertamaku merupakan lelaki yang sama. Melihat kearah bibirnya dan cara tangannya memegang lembut tanganku sudah dapat memastikan yang dia memang lelaki yang aku cari-cari. Aku tidak dapat menghabiskan lebih banyak masa pada malam tersebut bersama dengannya sehingga aku lupa bertanyakan nama sebenarnya.  Terasa menyesal juga ada di dalam hati. Airmataku jatuh ke bumi setitik demi setitik. What the heck with me menangis sebab lelaki. Malu lah hoi malu. Cepat-cepat aku kesat airmataku dengan hujung jari.
    “Ala, puteri takyah pura-pura gembira. Macamlah kiteorang tak nampak puteri menangis. Takyah menangis lagi. Kiteornang dah jumpa tempat tinggal lelaki tersebut dan siapa nama sebenarnya. Dah senyum jangan sedih sedih”
    “Hoi Yonghwa, tahu je kau aku kat sini. Eh bila pulak aku nangis. Eh kau tipu menipu pentipu. Serious ahh, kau tahu mana dia tinggal?”
    “Ye, puteri. Saya dan Yonghwa tahu dimana budak lelaki tu tinggal. So what’s next what we want to do?”
   “Takyah, kau dengar je cakap aku. Haih mamat dua ekor ni degil betul. Aku cepuk kau karang. Dah takyah nak pening-pening, tahulah apa aku nak buat nanti” aku berkata sambil tersenyum sinis.
         -------------------------------------------------------------------------------
Sweet Café Kim Jongkook
   “Anyeonghaseyo boleh saya bantu cik. Minum sini atau bawa pulang” appa bertanya sambil menunjukkan muka yang comel.
     Macam biasalah dia memang tak boleh tengok perempuan lawa. Mulalah dia berlagak comel. Jiji dan Heebum yang tidak tahan dengan perangai appa selalu sahaja menendang appa jika appa berlagak comel. Selagi dua ekor kucing itu tidak dileraikan selagi itulah dieorang tak akan puas menendang. Kadang-kadang kelakar juga. Kali ini Hero hyung pula yang meleraikan mereka berdua kerana aku sudah puas melakukan perkara sedemikian.
    Kami semua sibuk menyiapkan kerja masing-masing tetapi semua pekerjaan terhenti dan seluruh mata tertumpu pada susuk tubuh yang baru tiba di café aku. Aku terkedu seketika. Bagaimana di boleh jumpa aku di sini. Heh Henry, perasan gila lah kau, takkanlah dia ke sini nak jumpa dengan kau. Mestilah dia nak minum coffee di café appa. Aku hanya mampu terdiam dan aku meluru ke dapur kerana malu. Tetapi langkahku terhenti apabila suatu suara menyapa aku.
    “Oh wait. Are you Henry? Did you forget me already? I’m Princess Amber. Do you know me?”
    “ Oh No! Of course I know you. How come I forget you. We dance together at the party”
    Appa dan Hero hyung kelihatan bingung. Apabila aku menyebut perkataan party tadi, riak wajah appa terus berubah. Alamak rahsia aku dah ketahuan. Matilah aku lepas ni. Apa aku nak jawab.
    “I search for you because emm because…be..cause”
    “Because you love me right? I love you too. I just don’t want to express my feeling because I think I’m not suitable for you. I’m just a ordinary person but you are a princess. How come I want to tell you about my feeling”
    “Yes, I’m a princess but I also a ordinary person which have feelings toward another person. And do you know what, the person is you Henry. Yes is you. Do you want to be my prince? Follow and stay beside me forever and ever. I just need you in my life. You complete my day”
    Aku tergamam seketika. How come seorang perempuan yang melamar aku. Nah dan perempuan itu adalah puteri. Malunya aku sebagai seorang lelaki. Sepatutnya aku yang propose dia. Seluruh café termasuk appa dan Hero hyung menyuruh aku menerima lamaran puteri itu. Oh my god, aku just tak tahu nak cakap apa. Aku just speechless. Dan tiba-tiba Heechul hyung yang tiba dari mana entah dengan dua cameraman dia tu merakam saat itu. Aku menarik nafas dan memulakan bicara.
    “I’m Henry, will accept Princess Amber as my wife and princess in my heart. I will take care of you for my entire life. I will not dare to leave you and stay beside you no matter what happen because I really love you”
    Selepas sahaja aku menuturkan ayat itu, satu café digegarkan dengan tepukan gemuruh dan pelbagai laungan. Aku mengusap lembut titisan mutiara yang jatuh dari tubir mata Amber. Aku memeluk dia sekuat hatiku. Seperti kami berdua sahaja yang berada di situ. Appa, Hero dan Heenim hyung menangis untuk aku. Tapi yang paling lebih Heenim hyung lah. Sampai teresak-esak. Aku tersenyum ke arah mereka kerana aku terlalu terhutang budi dengan mereka bertiga. Mereka hanya mengangguk tanda mengerti. Aku berbisik sesuatu di telinga Amber.
    “How come you will come here and search me? How do you know me?”
    “Do you know where you precious necklace with a ring tied on it”
    Aku mencari rantai tersebut dan baru aku perasan that necklace telah hilang. But macam mana dia tahu yang aku ada rantai yang diikat dengan cincin perkahwinan mama.
    “How do you know my little princess?”
    “Here. You leave it at my castle. I know it’s yours because I saw you wear it at R&R Gongju that day”
    Aku mengambil kembali rantai yang ada di tangan Amber. Aku membuka ikatan rantai itu dan mengeluarkan cincin tersebut. Serta-merta aku sarungkan cincin itu ke jari manisnya. Dia terkedu seketika dengan perlakuan aku. Satu café juga terkejut dengan perbuatan aku.
    “My mom said, if I found my soulmate I must give her wedding ring to my soulmate. So now I found it and the person is you. Do you want to be the only one princess in my heart?”
    Dia hanya mengangguk tanda setuju dan serta merta aku mengucup lembut bibirnya. Begitulah pengakhiran cerita cinta kami. Bermula dari pergaduhan kecil sehinggalah aku kini bergelar seorang putera bukan hanya untuk negara tetapi satu-satunya putera yang bertakhta di hati Puteri Amber. Kata-kata ini seringkali diungkapnya kepadanya dan tidak pernah sekali pun aku merasa jemu.
    "I love you and forever you will stay in my heart my little tomboyish princess"

1 comments:

F. said...

;AAAA; HENRYYY AMBER OMG AKSHAJAMJSAKAK SWEET GILA AKAK !!! NICE ^O^