22 December 2011

Love Or Sacrifice Chapter 1

Donghae POV
Jieun adalah seorang budak perempuan yang sangat terkenal dengan otaknya yang kurang cerdik dan memiliki sifat yang tersangatlah polos. Orangnya mudah dibuli tetapi memiliki rupa paras yang mudah menyenangkan hati setiap lelaki ketika melihatnya. Senyumannya pula amat menawan dan menambat hati para jejaka akan tetapi amat dibenci oleh para wanita. Sikapnya yang tersangat polos lebih membuatkan diriku untuk menjaga dan melindunginya untuk setiap saat dan detik. Kehadiran dirinya sering memberi sinar dan membuatkan hariku yang biasa menjadi indah. Aku akan mula merasa resah apabila tidak melihat wajah mulusnya walaupun hanya sehari.

Lamunanku terhenti apabila aku dikejutkan dengan suara yang agak kuat dari arah depanku. Suara yang amat menyejukkan hati dan sering aku dambakan setiap hari. Ya, itu adalah suara Jieun.

"Donghae, kita nak ke mana ni ? Mata Jieun dah sakitlah Donghae tutup lama-lama. Aishh cuba Donghae rasa kene tutup mata, mesti Donghae memberontak, urghh !"

Aku hanya menggeleng-geleng kepala. Jieun, jieun aishh. Termasuk ini, sudah 27 kali Jieun bertanyakan hal yang sama kepadaku dan sebanyak itulah aku bersabar untuk menjawabnya.

"Aishh Jieun sabarlah, nanti kalau dah sampai Donghae bagitahu ok ?"

"Ala Hae ni, asyik ulang jawapan yang sama je, tapi kita tak sampai-sampai juga tempatnya. Kita dekat mana ni ? kata Jieun."

"Em yela yela,  Ok kita dah sampai, emm tapi tunggu dulu belum boleh muka mata."

"Aishh Hae ni, geramlah Jieun macam ni !"

Aku tergelak kecil melihat telatahnya.

"Kenapa tak boleh buka ? Waeyo oppa, wae ?"

Jieun membuat suara comel. Alahai comelnya dia kataku didalam hati

Selang beberapa minit, Ok dah boleh buka mata sekarang dan ketika itulah aku melihat mulut Jieun ternganga.

"Woahh mana Hae jumpa tempat macam ni ? Mana Hae tahu yang Jieun suka kelip-kelip?Cantiknya."

Alahai Jieun ni, dah berapa lama kita couple takkan benda yang Jieun suka Hae taktahu, kataku didalam hati. Soalan Jieun aku endahkan.

"Jieun suka ?"

Dia hanya menggangguk dan leka bermain dengan kelip-kelip itu. Hatiku tersenyum puas melihat dirinya yang tertawa riang.

Ya aku juga berasa pelik bagaimana aku yang sebegitu pandai dan amat terkenal di sekolah kerana diriku adalah presiden boleh terjatuh hati dengan seorang budak perempuan yang tersangatlah biasa. Dan yang paling anehnya, aku sudah bertahan denganya lebih kurang setahun dan aku amat bahagia dengannya. Dirinya amat berharga buatku, senyumannya, tawanya, tingkahnya selalu membuat aku tersenyum sendiri. Ya, itulah Jieun, gula hatiku.

Jieun POV
"Woahh mana Hae jumpa tempat macam ni ? Mana Hae tahu yang Jieun suka kelip-kelip. Cantiknya."

Mulutku ternganga besar, dan aku sedar Hae sedang memerhatikan gelagatku. Tapi apa aku peduli , ada aku kisah. Yang penting aku dapat lihat kelip-kelip yang cantik dan banyak nie. Kesakitan mataku akibat ditutup oleh Hae berbaloi sekali jika kesakitan itu dibalas dengan pemandangan yang sangat indah ini.

Donghae hanya diam dan mukanya kelihatan seperti sedang berfikir sesuatu. Tiba-tiba Donghae bersuara

"Jieun suka ?"

Aku hanya mengangguk kerana kelip-kelip tu lebih menarik perhatian aku daripada pertanyaan kekasihku Hae. Aku tertawa dan tersenyum, bukan hanya kerana aku dapat melihat pemandangan yang tersangat indah ini, tetapi ianya kerana aku dikurniakan seorang lelaki yang amat mengambil berat tentangku, sentiasa ada bersamaku ketika susah dan senang. Lelaki sesempurna dirinya tidak pernah aku dambakan walaupun hanya didalam mimpi. Dirinya seperti putera mahkota dan aku hanyalah Cinderella yang hanya bernasib baik bertemu dengan puteraku. Aku bersyukur kepada Tuhan kerana diberikan lelaki yang sebaik dirinya.

4 comments:

Nani Nazmi said...

Romantiknya Donghae. <3 Ehemm, bila eunhyuk and Han Nani nak keluar. LOL

Sherr Eyra said...

@Nani Nazmi Alahai Teujanya Kau, Aku Mcam Dah Kekontangan Idea Kau Tahu Tak ? Oh Maybe Chapter 2 Keluar Kot. Tunggula

kakipendek said...

>.<

Sherr Eyra said...

@kakipendek Kenapa ? Kenapa ?